Chap 22

880 94 32
                                    

"Aku dah call parents kau. Nanti diorang akan datang melawat. "

Yaya berkata sambil tangannya terus menyuapkan makanan ke dalam mulut Gempa. Gempa hanya mengunyah dan mengangguk sahaja. Dia sudah tiada perasaan untuk dirasai sekarang. Hatinya bagaikan hilang entah ke mana.

Yaya melihat sahaja Gempa. Dia sedar yang sepupunya itu pasti masih kecewa tentang apa yang dia ceritakan tadi. Tapi nak buat macam mana? Kalau tidak diberitahu juga Gempa akan tahu akhirnya.

"Gem, aku nak tanya kau sekali lagi. Kau betul-betul ke... Nak biarkan je suami kau tu buat macam ni dekat kau? Pijak kepala kau. Kau nak ke Gempa? "

Gempa hanya diam tanpa mengungkapkan apa-apa kata.

Yaya mula mengeluh.

"Aku bukannya apa, Gem. Tapi sebagai sepupu kau, aku rasa kau tak layak terima benda ni. Tolonglah... Kita lakukan sesuatu untuk buat suami kau tu sedar dengan kesilapan dia. Selagi dia tak sedar silap dia, selagi tu lah dia takkan tahu yang mana betul dan yang mana salah. Mak mertua kau pun pernah cerita dekat aku yang sebenarnya Hali ni dulu manja orangnya. Dia selalu dimanjakan oleh mertua kau. Jadi sebab itulah dia jadi macam ni sekarang. Tak terkawal. "

"Aku tahu. "

Singkat sahaja jawapan yang diberikan oleh Gempa. Tapi Yaya tidak berkata apa-apa. Dia tahu mesti Gempa sedang fikirkan sesuatu.

Wajah Yaya kembali tenang. Dia dapat menjangkakan sesuatu yang menarik akan berlaku selepas ini.

Melihat sahaja dari riak wajah Gempa yang seolah-olah sedang termenung jauh, Yaya yakin, Gempa sedang merancang sesuatu. Itulah tabiat Gempa yang sentiasa Yaya perhatikan. Setiap kali lelaki itu sedang memikirkan sesuatu, pasti dia akan termenung. Tetapi pendengaran dan tumpuannya masih tertumpu kepada persekitarannya.

"Yaya. Kau masih akan balik semula ke? "

"Hm? Uuhh... Aku tak pasti. Aku fikir... Nak jaga kau. Lagi-lagi bila... "

Mata Yaya teralih ke arah kaki Gempa. Gempa juga melihat ke arah kakinya. Ya, dia sudah tahu bahawa kedua belah kakinya sudah patah kerana kemalangan itu. Tipulah kalau Gempa tidak terkejut dan menangis kerananya setelah mendapat tahu tentang hal tersebut. Tetapi memikirkan bahawa dia akan pulih juga, akhirnya dia tenang kembali.

Lagipun Gempa bersyukur sekurang-kurangnya dia hanya patah dan Yaya masih ada untuk menemaninya. Cuba kalau Gempa keseorangan? Pasti dia akan meraung kesedihan.

Tetapi memikirkan bahawa takdir sudah menentukan bahawa kakinya akan patah, dia terima sahaja. Gempa tidak boleh salahkan takdir. Dia juga bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak ditakdirkan untuk lumpuh.

Mengingat kembali akan persoalan Gempa tadi, Yaya pun mula bertanya,

"Kenapa Gempa? "

"....aku ada rancang sesuatu. Dan aku rasa, baik kita berdua sahaja yang tahu tentang ni. "

"M-maksud kau? "

Gempa menoleh ke arah Yaya. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

"Yaya, aku akan berpura-pura untuk lumpuh di kaki dan bisu. "

Mata Yaya membutang. Sungguh dia tidak sangka bahawa Gempa akan berfikir sebegitu.

"K-kenapa? Kau rancang untuk apa sebenarnya? "

"Relaks, Yaya. "

Gempa tahu Yaya sudah mula naik panik apabila dia tiba-tiba berdiri dan memandang ke arah Gempa dengan takut. Tetapi Gempa mempunyai perancangan yang lain. Dan dia bertekad untuk melakukannya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now