Chap 6

960 97 42
                                    

Praanngg!!

Bunyi kaca yang jatuh di atas lantai begitu kuat sekali kedengaran. Bunyinya seperti ada orang yang sedang bergaduh.

"U! What is this?! Why I get the news yang family U nak jodohkan U dengan pilihan mereka?! Why not I?! "

"Dear, listen to me first! Kita boleh bincang benda ni! I sendiri pun baru tahu tentang ni but don't worry! I tahu macam mana nak handle benda ni! "

"How, Hali?! U tak tahu ke yang berita ni dah satu dunia tahu?! Halilintar, pelakon terkenal dunia, bakal menikahi calon pilihan keluarganya sendiri! What is this?! Dah terang-terang artikel ni tertulis dekat majalah dan seluruh tempat!"

Di dalam sebuah apartment mewah, di sudut tingkap apartment itu dapat dilihat dengan jelas bayang susuk tubuh seorang lelaki dewasa bersama kekasih wanitanya. Mereka sedang bergaduh tentang sesuatu.

Namun nampaknya perbalahan mereka lebih dingin dari yang disangka. Ini kerana, asal si lelaki yang disebut dan dipanggil 'Hali' itu ingin mendekati kekasihnya, pasti kekasihnya akan menolaknya dengan kasar. Seolah-olah tidak mahu menerima sebarang pelukan mahupun penerangan daripada lelaki tersebut.

"Dear, listen. You have to trust me. I tahu apa yang I perlu buat. But U kena tunggu. Ok? "

"Sampai bila, Hali?! I tak boleh nak terima benda ni! How could you do this to me?! U ni tak sayangkan I ke?! "

"No! It's not like that! Ok, macam ni. U bagi I masa untuk uruskan tentang family I, and after that kita back to usual ok? "

Gadis tadi berpaling semula ke arah kekasihnya sambil berpeluk tubuh.

"You promise me? "

"Yes... I promise you, darling. "

Entah bagaimana reaksi gadis itu ia tidak dapat diceritakan kerana mereka disorok oleh tirai jendela. Gadis tadi berjalan mendekati kekasihnya lalu mereka pun mula bercium bersama.

Usai bercium, mereka pun saling menatap wajah masing-masing.

"I love U, Halilintar. "

"Love U too, Ying. "

Dan si lelaki pun mendukung kekasihnya dengan cara bridal style lalu dibawa masuk ke dalam bilik milik gadis tersebut. Dan hanya penghuni di dalam rumah itu sahaja tahu apa yang mereka berdua sedang buat di dalam bilik itu bersama.

•°•°•

"Hi, Uncle Amato! Aunty Sara! Gempa ada tak? "

Yaya menyapa bapa saudara dan ibu saudaranya dengan ramah sambil berjalan mendekati mereka. Gadis berselendang pink itu memeluk wanita separuh usia dengan erat sekali. Sebagai melepaskan rindu yang mana mereka sudah lama tidak bertemu di atas pekerjaan Yaya yang selalu sibuk.

"Selamat datang, Yaya! Dah lama aunty tak jumpa kamu! Gempa ada dekat bilik dia. Kamu naiklah. "

"Ok! Oh, dan... Aunty dan uncle dah tengok berita tadi? "

Mendengar persoalan daripada Yaya, kedua suami isteri itu pun menghela nafas dan mengangguk.

"Haih... Kalau ikutkan, kami ni tak kisah pun dengan apa-apa keputusan pihak lelaki. Tetapi... Gempa pula yang buat perangai tiba-tiba. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now