"Kenapa kau nak ke rumah mertua kau dulu ni, Gempa? "
Yaya bertanya kepada Gempa sambil matanya tidak lekang dari fokus di jalan raya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 tengahari dan Yaya dan Gempa sedang berada dalam perjalanan untuk ke bandar. Tetapi memandangkan waktu perjanjian untuk berjumpa itu pada pukul 12.30 tengahari, Gempa bercadang untuk singgah di rumah keluarga mertuanya terlebih dahulu.
"Alaah... Biarlah. Aku memang saja nak melawat diorang pun. Kan sebelum ni diorang susah nak melawat aku sebab ayah mertua aku sibuk? Jadi apa salahnya kalau aku melawat diorang? "
"Heeiishh... Menantu idaman betul lah kau ni, Gempa! Cuba lah jangan jadi perfect sangat! "
Gempa hanya tertawa mendengar cemuhan Yaya. Dia tahu yang sepupunya itu bukannya membawa apa-apa maksud. Hanya saja kadang-kadang Yaya geram dengan perangai Gempa itu. Kalau jangan baik sangat boleh tak? Tapi Gempa tidak mempermasalahkannya sama sekali.
Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan, akhirnya kereta yang dipandu oleh Yaya pun masuk ke dalam perkarangan rumah mewah keluarga Halilintar. Yaya menarik handbrake dan mematikan enjin kereta.
Secara kebetulan ibu mertua Gempa sedang berada di laman rumah dan sedang berbual dengan para pekerjanya ternampak ketibaan Gempa dan Yaya. Wanita itu pun tersenyum lebar dan dia pun segera berjalan mendapatkan menantunya.
"Gempa..! Kamu sihat? "
Wanita itu terus memeluk tubuh Gempa. Dia melepaskan segala kerinduannya kepada lelaki yang sedang duduk di atas kerusi roda itu. Dan memang tidak dapat dinafikan lagi, ibu mertua Gempa amat merindui menantunya walaupun mereka hanya beberapa hari sahaja tidak bertemu antara satu sama lain.
Gempa membalas pelukan ibu mertuanya dan turut mengangguk bagi menjawab soalannya. Wanita tadi melepaskan pelukan dan mula mempelawa Gempa dan Yaya untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
•°•°•
"Macam mana dengan keadaan kamu sekarang? Sudah baik ke Gempa? "
Wanita tadi bertanya seraya menghulurkan cawan teh kepada Gempa dan Yaya. Senyumannya masih tidak lekang di wajahnya sejak Gempa tiba di situ. Dia betul-betul bersyukur kerana Gempa masih sudi datang melawat walaupun suaminya, iaitu Halilintar telah lakukan banyak perkara buruk kepada Gempa.
Gempa hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Dia menikmati air teh yang dibuat oleh MamaZila dengan berselera sekali.
"Gempa.. Mommy nak minta maaf sangat-sangat... Tentang apa yang Hali buat dekat kamu. "
Kata-kata wanita tadi menghentikan Gempa dari minum tehnya. Gempa menatap wajah ibu mertuanya yang nampak serba salah itu. Lelaki itu pun segera meletakkan semula cawan tadi dan memegang tangan ibu mertuanya dengan erat.
Wanita itu faham yang Gempa tidak mahu dirinya rasa serba salah. Tetapi dia tidak dapat menahan diri dari merasainya. Halilintar telah lakukan banyak perkara yang kejam kepada Gempa. Dan sebagai seorang ibu, bagaimana dia tidak rasa malu kepada Halilintar?
"Maafkan kami... Dan tolong maafkan Hali ya, sayang? "
Wajah Gempa berubah sebaik sahaja dia mendengar permohonan terakhir dari ibu mertuanya itu. Sejujurnya Gempa sentiasa sudi memaafkan keluarga mertuanya. Tetapi untuk Halilintar? Mustahil.
Dulu Gempa sudi memaafkans segala tingkah laku tak guna suaminya. Tetapi setelah apa yang berlaku malam itu, Gempa tidak sanggup.
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...