Chap 70

950 77 15
                                    

A/N : Warning - MC (Mature Content), Adult Talk, Lots of Curse >:3

Tidak pernah dalam seumur hidup Gempa dia merasai debaran yang cukup kuat seperti sekarang kerana gelisah. Jam sedang menunjukkan pukul 10 pagi, dan kini, Gempa bersama-sama Halilintar, Yaya, Nut dan Gopal sedang berada di kawasan lokap Pusat Balai Polis Pulau Rintis. Mereka sedang berjalan seiringan untuk menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh seorang polis yang ditugaskan untuk membawa mereka ke sana.

"Di sini tempatnya. "

Polis tadi menunjukkan sebuah bilik yang mempunyai sebuah pintu besi yang tebal dan kuat yang sudah amat dipastikan jika terkena peluru pistol juga tidak akan tembus. Gempa dan Yaya meneguk ludah mereka saking gelisah dan takutnya mereka dengan apa yang ada di sebalik pintu tersebut. Lebih tepatnya, di dalam biliknya.

Bilik tersebut hanya mempunyai sebuah cermin kaca yang jaraknya dengan tempat mereka agak jauh. Mungkin dalam lingkungan 2 meter tetapi Gempa tidak dapat menjeguk ke sana untuk melihat apa di dalam bilik tersebut kerana mereka sedang berada betul-betul di hadapan pintu besi bilik tersebut.

"Silakan masuk. "

Sebelum masuk, Halilintar sempat meraih tangan Gempa dan menggengam erat tangannya dan mereka berdua berjalan masuk terlebih dahulu ke dalam. Tiada sesiapa pun antara mereka yang tidak takut. Gopal juga tidak kalah takut sehingga dia meraih tangan Nut untuk memegangnya. Takut-takut ada kejutan yang menakutkan, sekurang-kurangnya Gopal sudah berlindung awal-awal.

Kreeeaaaakkkkk....

Halilintar dan Gempa berjalan secara beriringan bersama dan bergerak ke hadapan tanpa berkata apa sehinggalah mereka menemui sebuah bingkai cermin yang besar dan lutsinar di hadapan mereka. Di sebalik cermin tersebut, terdapat 2 buah kerusi dan 3 orang pegawai polis lelaki dan perempuan sedang menjaga sebuah pintu besi.

Halilintar hairan dengan tempat yang sedang mereka berada sekarang. Jadi, dia pun menoleh kembali ke arah polis tadi untuk bertanya.

"Uuhh... Tuan? Apa tujuan sebenar kita ke sini? "

"Saya telah diarahkan untuk membawa kamu semua ke sini sejurus selepas kamu semua tiba. "

"Tapi untuk tujuan apa? "

"Itu... "

Di tengah-tengah perbualan antara Halilintar dan polis tadi, Gempa kembali menoleh ke arah seberang bilik lagi yang kini pintunya tiba-tiba terbuka. Dan bagaikan gerakan masa yang perlahan, keluar susuk tubuh seseorang yang amat mereka kenali.

"Fang... "

"Ying... "

Yaya dan Gempa berdesis bersamaan.

"Ah, inilah dia. Saya telah menerima arahan daripada Tuan Kaizo untuk menemukan anda semua dengan mereka berdua. "

"Tapi untuk apa? Kami dah takde kaitan dengan mereka! "

"Tuan Kaizo ingin anda semua menyelesaikan segalanya di sini dengan segera. Tentang apa saya tidak dapat menjawabnya. Tapi beliau berharap agar anda semua akan berdamai. Itu saja. "

"Damai tengkorak kau. "

Gempa melirik ke arah Halilintar apabila dia terdengar suara bisikan sindiran Halilintar kepada polis tadi. Tapi Gempa yakin, ia bukan dituju kepada polis tersebut, ia lebih tepat kepada Kaizo. Ayahnya.

"Silakan ambil tempat anda semua. "

Gempa terpaksa menarik Halilintar untuk segera mendapatkan tempat duduk mereka di hadapan bingkai cermin yang besar tadi dan menghadap ke arah Fang dan Ying secara bersamaan.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now