Chap 45

1.1K 98 12
                                    

Selepas lebih kurang 30 minit, akhirnya Halilintar keluar dari bilik tamu dan berjalan ke arah ruang tamu. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada pembantu yang menolongnya tadi. Dan sewaktu dia menghampiri ruang itu, dia ternampak kelibat abangnya sedang berborak dengan Tok Aba.

'Huh? Apahal dia datang ke sini pulak? '

Jelas sekali Halilintar nampak seperti dia tidak suka akan kehadiran abangnya itu. Tambahan pula dia melihat Fang boleh berbual dengan baik sekali bersama-sama Tok Aba. Timbul pula rasa iri hati ke atas abangnya yang serba-serbi berkebolehan itu.

"Ha, Hali? Dah siap dah? Meh, lah minum air teh ni dulu. "

Halilintar hanya tersenyum sewaktu dirinya dipelawa oleh Tok Aba. Dia pun berjalan ke arah Tok Aba dan Fang dan mengambil tempat di kerusi sofa single untuk menikmati secawan teh yang dihidangkan.

"Atok lupa pula nak tanya, kenapa kamu datang ke sini ni? "

Kini Tok Aba kembali mengalihkan pandangannya kepada Fang.

"Ah, saya datang sebab nak berborak dengan Gempa saja. "

"Fftt-! "

Tersembur air teh yang diminum oleh Halilintar selepas dia mendengar kata-kata abangnya. Dia segera mengambil tisu yang ada berdekatan dan mengelap mukanya.

"Kamu kenapa, Hali? "

"T-takde apa-apa, tok. "

"Hm, air tu panas lagi. Baik-baik sikit. "

"B-baik tok.. "

Tok Aba menoleh ke arah Fang semula.

"Oh, kalau nak jumpa Gempa, kamu kena tunggulah sikit. Sebab Gempa tengah ada dalam bilik sekarang. "

"Oh, ok. Takpe saya tak kisah pun, tok. Lagipun sekali-sekala boleh borak dengan Tok Aba pun tak salah, kan? "

"Heish, atok ni nak diajak berborak buat apa? Atok bukannya boleh tahu perkembangan semasa macam kamu orang muda ni. "

"Alah, apa salahnya, tok? Lagipun Tok Aba kan pengurus syarikat terkenal dekat sini? Jadi mesti Tok Aba tahu serba sedikit pasal isu semasa, kan? "

"Atok tahu yang penting je. Gosip-gosip semua atok tak tahu. "

Fang hanya tersengih mendengarnya. Manakala Halilintar pula kekal diam. Sejujurnya dia tidak faham akan perbualan orang-orang tua ni. Maklumlah dia masih muda.

"Oh? Fang datanglah! "

Kedengaran suara Yaya muncul dari tempat yang tidak jauh dari ruang tamu tersebut. 3 orang lelaki yang berada di situ menoleh dan menemui Yaya bersama-sama Gempa sedang mendekati mereka.

"Hi, Fang! Datang sini nak jumpa Gempa ke?"

Fang mengangguk.

"Itu kalau tak kisahlah. "

"Oh, takde hal lah. Lagipun.... "

Yaya menjeling ke arah Halilintar sekilas.

"...aku yakin keselamatan Gempa terjamin dengan kau. "

Halilintar terpaksa menahan kata-kata pedas daripada mulut Yaya itu. Sungguh dia terasa ingin sahaja untuk menghumban kerusi sofa yang sedang dia duduki itu. Tetapi dia tak boleh lakukannya. Tidak dengan Tok Aba yang ada bersama-sama mereka.

Dan dalam diam, Gempa memerhatikan sahaja gelagat Halilintar. Memang sejak dari tadi lagi dia sudah perasan yang segala tindak tanduk Halilintar seperti lain daripada kebiasaannya. Tetapi sejujurnya Gempa sudah tidak merasakan apa-apa. Dia hanya memandang dengan pandangan yang datar dan kosong sahaja.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now