Chap 20

952 93 68
                                    

"Dah lama tak jumpa Gempa. Macam mana Gempa sekarang? "

Fang bertanya kepada Gempa sambil mereka berdua berjalan bersama di ruang laman rumah.

Sementara Yaya pula, dia kata dia ingin terus berbual dengan ibu Gempa. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum keluar, Gempa sempat memastikan supaya Yaya tidak membocorkan rahsia antara mereka dan Yaya hanya membalas dengan anggukkan sahaja.

Dan sekarang, Gempa boleh berbual dengan Fang tanpa merisaukan apa-apa.

"Hm, boleh tahan lah. Fang macam mana pula sekarang? Masih belum jumpa si pemilik hati?"

Gempa bertanya sambil melihat ke arah lelaki di sebelahnya. Sengaja tersenyum mengusik ke arah lelaki tersebut.

Fang mengembungkan pipinya kerana geram. Tak boleh nak bagi peluang langsung untuk Gempa. Ada saja nak mengusik si Gempa ni!

"Kan dah cakap sedang menunggu. Eish, cubit juga pipi tembam tu! "

Fang memberikan amaran sambil tangannya cuba untuk menghampiri wajah Gempa. Merasakan dirinya bakal diserang, Gempa terus mengelak dan tertawa.

"Eiip! Pipi jangan main! "

"Apasal pulak?! Haih kamu ni suka sangat usik orang. Ni, nak tanya ni. Takde apa-apa perkembangan ke antara kamu dan Hali? "

Mendengar soalan Fang membuatkan senyuman di wajah Gempa terus pudar. Lelaki itu terus menundukkan kepalanya lalu memalingkan wajahnya dari melihat ke arah Fang.

"Ok je. "

Gempa menjawab singkat. Dia cuba untuk sembunyikan rasa sedihnya tatkala dia tiba-tiba mengingat kembali akan saat dia bersama dengan Halilintar selama ini di rumah mereka. Tiada langsung tanda-tanda perkembangan baik di antara mereka. Mereka berdua ibarat pasangan yang berada dekat jaraknya tetapi hati masing-masing sangat jauh.

"Gempa? "

Fang menepuk bahu Gempa dengan lembut. Gempa mendongak dan melihat ke arah lelaki di hadapannya itu.

Fang memberikan pandangan simpati kepada Gempa. Seolah-olah dia faham apa yang sedang dilalui oleh carrier di sebelahnya itu.

"Saya tahu Gempa sedang cuba sembunyikan satu kebenaran dari saya. Beritahu saja, kamu mesti gaduh dengan Hali, kan? "

Gempa tidak tahu harus memberikan jawapan apa untuk Fang. Rasanya perkataan 'bergaduh' tidak sesuai sama sekali untuk mendiskriminasikan situasi dia dan Halilintar. Malah, rasanya lebih ia teruk lagi.

Namun, Gempa tidak mahu disyaki. Teruk padahnya jika dia tidak pegang kepada amaran Halilintar sebelum ini.

Jadi Gempa menganggukkan sahaja kepalanya.

"Ha'a. Kami gaduh je. Tapi tak lah teruk sangat. Biasa-biasa je. "

"Oohh... Dengar kata Halilintar ada dekat luar negara, kan? Dia buat apa? "

"K-katanya ada... Shot dekat sana. Tapi seminggu saja. Lepastu dia akan balik semula. "

"Oohh... Hmm.. Peliknya. Hali biasanya kalau ada shoot, mesti sebulan lebih. Tapi ni seminggu je. Tak ke cepat sangat? "

Gempa sudah mula menggelabah saat dia mendengar persoalan itu keluar dari mulut Fang. Alamak. Adakah rahsia akan terbongkar?

"Hm, mesti cerita pendek je tu. Takpelah. "

Gempa menghela nafas lega sebaik sahaja Fang sendiri membuat spekulasinya. Walaupun berbunyi tidak masuk akal tetapi sekurang-kurangnya rahsia antara dia dan Halilintar masih dapat dipegang dengan baik.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now