Halilintar baru sahaja pulang dari membeli beberapa makanan untuk sarapan pagi dia dan Gempa. Yang dia sangkakan adalah untuk membuat kejutan kepada isterinya itu. Mungkin sebagai menaikkan lagi semangat Gempa yang dia rasa pasti agak muram kerana perihal kelmarin. Tetapi siapa sangka? Halilintar tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi seseorang muntah di dalam bilik mandi setelah sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
"Gempa?? "
Cepat-cepat Halilintar meletakkan beg plastik di atas kaunter dapur dan meluru ke arah tandas yang berada berdekatan dengan dapur. Sebaik sahaja pintu tandas dibuka, Halilintar pun dikejutkan dengan keadaan Gempa yang seperti sedang muntah air ke dalam singki.
"Gempa! "
Dengan langkah yang cepat dan masih berhati-hati, Halilintar pun segera mendapatkan isterinya dan membantu Gempa untuk menepuk-nepuk belakangnya.
"Aah.. "
Gempa menghela nafas lega setelah rasa mualnya hilang dan loya di tekak sudah hilang. Gempa kembali berdiri dengan tegak walaupun badannya masih lemah. Wajahnya yang pucat itu kini dipandang oleh Halilintar yang sedang memegangnya.
"Gempa? Kau ok? Kenapa ni? "
Gempa tercengang seketika.
'Alamak... Takkan aku nak beritahu yang aku sedang mengandung dan aku baru je morning sick? '
Gempa menggigit bibirnya bagi menahan dirinya untuk tidak terlalu gelabah. Dia pun menggelengkan kepalanya dan cuba untuk tersenyum.
"T-takde apa. Cuma... Tersalah makan rasanya? "
"Tersalah makan? "
"Ya... M-mungkin sebab makanan yang kita makan kelmarin? "
"Ah... Ya. Betul juga. Sebab tadi perut aku pun memulas. Takpelah, mesti perut kau pun kosong juga sekarang. Jom makan? Aku dah belikan sup ayam! "
Kecur air liur Gempa apabila dia mendengar menu sarapan mereka. Biarpun masih awal pagi namun Gempa rasa amat terliur dengan sup ayam tersebut. Dan sambil-sambil itu, sempat dia berasa bersyukur kerana Halilintar tidak terlalu memikirkan tentang dirinya yang muntah tadi.
Dengan pimpinan Halilintar, Gempa pun berjalan bersama suaminya untuk keluar dari tandas dan menuju ke dapur bersama.
•°•°•
"Waahhh! Macam sedap je! Mana awak beli ni, Halilintar? "
"Dekat restoran yang selalu Nut bawa aku. Makanannya sangat sedap! Aku gerenti kau akan suka juga! "
Halilintar menyodorkan pinggan berisi nasi putih kepada Gempa dan membantunya mencedok kuah sup ke dalam. Halilintar tidak menjamah dulu makanannya. Sebaliknya, dia menunggu Gempa untuk menyantapnya dahulu.
Kerana terlalu lapar, Gempa terlebih dahulu sudah menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Terasa seperti sudah lama tak makan makanan yang lazat, wajah Gempa jelas sekali menunjukkan bahawa dia amat suka akan rasa sup yang baru dimakannya itu.
"Mmm! Sedap! "
"Hahaha! Aku dah cakap, kan? "
Gempa mengangguk gembira sambil memandang ke arah Halilintar yang kini sedang tersenyum senang. Baru pertama kalinya dia melihat Halilintar tersenyum sebegitu rupa dan apa yang paling dia tidak sangka adalah dia yang menjadi sebab Halilintar tersenyum sebegitu.
Kerana segan dipandang oleh suami sendiri, Gempa pun menundukkan sedikit wajahnya untuk menutup mukanya yang kemerahan. Ditambah pula dia juga mula menguis-uis nasi di dalam pinggannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...