"Kamu pasti yang kamu akan jaga dia dengan baik-baik kali ni? "
Kaizo bertanya kepada Halilintar sambil lirikan matanya masih tidak lepas kepadanya. Sejujurnya, dia masih berang sama anaknya itu kerana hal tadi. Tetapi selepas ketahui bahawa Halilintar ingin cuba menebus balik salahnya, dan dipujuk pula oleh si isteri, akhirnya Kaizo terpaksa mengalah.
"B-betul. "
Kaizo menoleh ke arah Gempa pula.
"Macam mana dengan kamu pula, Gempa? Kamu akan ok saja? "
Gempa hanya mengangguk dan tersenyuk sahaja. Di sebelahnya sudah tersedia beg bagasi yang berisi pakaiannya. Nampaknya dia akan pulang bersama-sama Halilintar dan meneruskan hidupnya bersama-sama suaminya itu. Walaupun dia tahu Halilintar akan kembali ke 'rupa' asalnya, tapi Gempa akan cuba berdepan dengannya.
'Mungkin akan sakit, tapi aku akan cuba untuk tahan. '
Gempa berpelukan dengan keluarga mertuanya. Ibu mertuanya sempat berdoa semoga Gempa akan kuat sewaktu tinggal bersama-sama Halilintar nanti. Walaupun dia tidak sedap hati ingin melepaskan Gempa bersama Halilintar, tetapi dia tahu, Gempa sepatutnya tinggal bersama dengan suaminya.
"Mommy ada ambil orang gaji untuk jaga kamu dan makan minum semua. Jadi kamu duduk dan berehat saja, ya? "
Wanita itu sempat berpesan kepada Gempa dan Halilintar. Dia tahu, sejak Gempa lumpuh dan tidak dapat berkata-kata, lelaki itu menjadi lebih pendiam daripada biasa. Dan dia khuatir juga, kalau dia biarkan sahaja Gempa berada di bawah jagaan Halilintar, menantunya itu tidak akan dapat hidup lama. Macamlah dia tak kenal dengan perangai tak guna anaknya itu.
Halilintar dan Gempa hanya mengangguk sahaja. Mereka pun mula menaiki kereta milik Halilintar dan Gempa masuk ke dalamnya dengan dibantu oleh Fang. Pasangan suami isteri tadi perasan, yang Fang dan Gempa nampak jauh lebih akrab antara satu sama lain.
"Gempa hati-hati tau? Kalau ada masalah terus sahaja call, ya? "
Gempa mengangguk. Dia sempat memeluk Fang buat kali terakhir sebelum menutup pintu kereta dan melambaikan tangan kepada abang iparnya itu. Fang turut membalas lambaian tersebut dan tersenyum. Mereka berdua kelihatan begitu mesra sekali sehingga tidak perasan bahawa ada yang memerhatikan mereka dalam diam.
Halilintar.
•°•°•
Halilintar mengeluarkan beg bagasi dari bonet kereta dan meletakkannya di atas tanah. Dia kemudiannya menutup bonet kereta dengan kuat sekali seolah-olah dia ingin melepaskan amarahnya kepada kereta yang tidak bersalah tersebut.
Di tempat Gempa pula, lelaki itu sedang cuba untuk meraih tombol pintu untuk membuka pintu. Tetapi kerana ketinggiannya yang pendek dan jaraknya dengan tombol pintu agak jauh, nampaknya penat sahaja dia berusaha.
Kebetulan Halilintar datang dan dia terus membukakan pintu tersebut. Dia tidak membuang masa, dia terus membaling beg yang berada di tangannya ke dalam rumah dengan kasar dan seterusnya dia berpaling ke arah Gempa.
"So, this is your plan, huh? "
Gempa menatap Halilintar dengan wajah yang berkerut.
Halilintar berdecih. Menyampah dengan muka yang ditayangkan oleh Gempa.
"Kau jangan ingat aku tak tahulah, bitch. Kau berlakon je, kan? Kau berpura-pura untuk menjadi orang yang lumpuh dan bisu supaya kau nak Mommy dan Daddy aku kesian dekat kau dan salahkan semuanya dekat aku! Betul, kan? "
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...