"Ying, U dah packing ke belum barang-barang U? "
Halilintar bertanya je arah kekasihnya yang nampaknya begitu khusyuk sekali bermain dengan telefonnya. Sejak mereka bercuti, Ying sentiasa dengan telefonnya. Kadang ada panggilan masuk dan kadang-kadang dia begitu khusyuk sekali bermesej dengan orang sampai terlupa untuk mandi atau makan. Dan bila setiap kali Halilintar tanya siapa yang call atau dia mesej, mesti dia menjawab agensi syarikatnya.
Halilintar tidak mahu berfikir terlalu banyak. Jadi dia anggukkan sahaja.
"Hmm... U boleh tak kalau kita duduk sini dalam beberapa hari lagi? I rasa enjoy lah bila duduk dekat sini. "
Ying meletakkan telefonnya lalu mendekati Halilintar. Dia memeluk belakang kekasihnya itu dengan erat sekali. Seolah-olah tiada maruah diri sebagai perampas suami orang lain.
"Well... I tak kisah sebenarnya. But are you sure? "
Halilintar bertanya sambil dia memandang ke arah Ying. Dia sebenarnya tidak berapa setuju untuk kekal lebih lama di situ. Entah kenapa hati dia sejak dua menjak ini berasa tidak tenang. Kadang-kadang dia ada termimpikan sesuatu yang aneh sewaktu tidur. Tetapi apabila fikir balik bahawa itu mimpi sahaja, jadi dia abaikan sahaja mimpu itu. Hanya saja, perasaannya pula yang tiba-tiba tak tenang.
"Alah... Boleh lah. Please? I pun dah beritahu manager I. Dan dia cakap ok je? "
"Hmm... Ok lah. "
"Yeaay! "
Riiingg
Tiba-tiba suasana mereka berdua diganggu oleh bunyi deringan telefon milik Halilintar. Halilintar melirik ke arah telefonnya untuk melihat siapa orang yang sedang menelefonnya itu.
"U, I pergi luar kejap, ya? "
Halilintar mengangguk. Dan sebaik sahaja Ying keluar dari bilik hotel mereka, Halilintar pun mencapai telefonnya dan melihat ke arah nama yang tertera di skrin telefonnya itu.
Gempa.
'Apahal dia ni tiba-tiba call aku? '
Halilintar mula berfikir sama ada haruskah untuk dia mengangkat panggilan tersebut?
'Mungkin dia nak cakap sesuatu. Ah, jawab jelah. '
Dan Halilintar pun menekan butang 'jawab' lalu meletakkan telefonnya itu di telinga.
"Helo? "
Halilintar tidak mendengar apa-apa suara buat seketika. Tiba-tiba hatinya rasa pelik. Dah kenapa dengan Gempa?
"H-Helo Halilintar... "
Akhirnya Halilintar dapat melepaskan nafasnya yang entah kenapa dia tahan tiba-tiba. Hatinya rasa pelik bila dia dapat dengar suara Gempa setelah seminggu tidak mendengarinya.
"Hm. Apahal call aku? "
"Ah, t-takde apa-apa... C-cuma... S-saya nak tanya, b-bila awak akan balik ke sini..?"
Halilintar mengetap bibirnya. Fikirannya mula bermain dengan hatinya, patutkah dia teruskan sahaja plan dia dan Ying untuk kekal di sini lebih lama?
'Tunggu. Buat apa kalau aku balik pun? Buat serabut juga kalau tengok muka dia selalu jadi why aku kena balik awal, kan? '
"Hmm... Tengoklah. Aku plan nak duduk lama lagi. "
Halilintar tidak dapat mendengar apa-apa jawapan setelah itu. Keningnya mula berkerut. Kenapa Gempa tiba-tiba senyap?
'Dia sedih ke? '
Itulah soalan pertama yang terlintas di dalam fikiran Halilintar setelah dia mendengar jawapan Gempa. Tetapi apa yang seterusnya dia dengar adalah sesuatu yang amat dia tidak menjangkakannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...