•°•°Continuation of Flashback°•°•
"Aku masih tak percaya yang kau masih tak nak beritahu keluarga kau tentang rancangan kau yang sebenarnya, Gem. "
Yaya berkata sambil menatap kesal ke arah sepupunya itu.
Kini Gempa dan Yaya sedang berada di sebuah taman hospital yang mana mereka berdua sedang melihat pemandangan kolam ikan yang sederhana kecil di hadapan mereka. Yaya sengaja meminta izin untuk berjalan-jalan bersama-sama Gempa dengan alasan ingin mengambil angin kerana dia ingin melepaskan perasaan kecewanya terhadap sepupunya itu.
"Maafkan aku, Yaya. Tapi bila tengok keadaan muka Mommy tadi. Aku rasa aku tak sanggup. "
Yaya memutarkan bola matanya malas.
"Itu je alasan kau, Gem. Aku dah muak dengar alasan kau tu. Setiap kali kau marah, kau nekad, tapi dengan mudah juga kau lembut hati. Kenapa kau mesti macam ni, Gempa? "
Airmata Gempa mula mengalir turun dari kelopak matanya. Dia tahu bahawa dia tidak sepatutnya menangis. Namun kerana hormom dirinya yang sedang mengandungi, ia membuatkan dia tiba-tiba menjadi emosional dan tidak terkawal.
Gempa mengusap airmatanya. Sejujurnya dia sendiri rasa marah kepada dirinya. Seperti yang Yaya sentiasa kata kepadanya sebelum ini, dia terlalu baik. Mudah sangat memaafkan orang dan sentiasa membiarkan orang mengambil kesempatan dan akhirnya dia terluka.
"Maaf... Maafkan aku, Yaya... "
Yaya memandang sahaja wajah sepupunya yang kini sudah kemerah-merahan kerana menangis. Jujur saja dia tidak bermaksud untuk meninggikan suara kepada Gempa. Terutama sekarang sepupunya itu sedang mengandung. Tetapi apa Yaya boleh buat? Dia juga tidak dapat mengawal emosinya.
Yaya pun menyandarkan dirinya pada bangku kerusi yang diduduki sembari menghela nafas.
"Kebahagiaan tak akan kekal selamanya, Gempa. Soon ia akan pergi dan digantikan dengan kesedihan dan seterusnya kebahagiaan yang baharu.
Lupakan yang lama dan fokus pada tujuan kau, Gem. Tolong jangan beri muka sangat pada suami kau tu.
Aku harap kau masih berpegang pada tekad kau untuk bercerai dengan suami kau, Gem. Aku tak nak tengok kau merana lagi. Sudah cukup dengan peluang yang kau bagi pada dia sebelum ni. Move on and forget about him. "
Usai sahaja berkata demikian, Yaya pun berdiri dari tempatnya dan berjalan meninggalkan Gempa yang masih sesenggukan di tempatnya.
Gempa menatap ke arah tanah dengan pandangan yang hampa. Hatinya terasa perih dikala memikirkan tentang jiwanya yang seperti dikatakan oleh Yaya sendiri, terlalu baik.
'You're a loser, Gempa. '
Gempa mengutuk dirinya sendiri.
•°•°End of Flashback°•°•
"Gempa? "
Gempa tersedar dari lamunannya. Dia melihat Halilintar kini masih setia duduk di tempatnya sambil memandang ke arahnya.
"Kau ok? "
"Hah? Aah... Y-ya. "
"Oh... Baguslah kalau macam tu. "
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...