Chap 26

899 98 18
                                    

Halilintar menatap ke arah Gempa dengan pandangan yang kosong. Matanya langsung tidak memancarkan apa-apa cahaya harapan di dalamnya. Ia kosong seperti permata ruby yang hilang kilauannya.

"Halilintar, awak ok ke? "

Gempa bertanya sekali lagi. Tipulah kalau dia tidak risaukan lelaki di hadapannya itu. Walaupun dia sering dilukai dan terseksa di saat bersama-sama Halilintar, sehingga timbul rasa bencinya terhadap suaminya itu, tetapi dia sentiasa ingat akan pesanan ibunya, tidak kiralah apa pun, tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Jangan abaikan suami. Biarpun kita sendiri yang sedang terluka.

Halilintar menyelak rambut depannya ke belakang. Dia menarik nafas lelah.

"Aku tak tahu... Aku rasa... Sangat tertekan sekarang. "

Gempa mula tersenyum setelah mendengar yang akhirnya Halilintar mula berkata-kata. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berusaha lebih untuk cuba memujuk lelaki itu. Biarlah dia yang menceritakan segalanya sendiri. Dia pula menjadi pendengar sahaja.

"Hidup aku... Kucar-kacir. Aku tak tahu dah kemana perginya hala tuju hidup aku. Kesemuanya macam... Hancur. "

Gempa mengangguk dan terus mengusap tangan Halilintar dengan lembut. Dia biarkan Halilintar terus berkata-kata.

"Kau tahu tak..? Dulu, aku rasa yang aku ni kanak-kanak paling bertuah dalam dunia sebab aku memperoleh kasih sayang yang mencukupi dari Mommy dan Daddy aku. Mereka berikan aku segalanya. Termasuk perhatian mereka kepada aku. Tapi.. "

Wajah Gempa berubah di saat dia perasan terdapat airmata yang mula keluar dari tubir mata Halilintar. Adakah Halilintar ingin menangis?

"...makin lama aku membesar, aku rasa macam aku ni tak diperlukan. "

Kening Gempa berkerut. Dia tertanya-tanya, kenapa Halilintar boleh berfikir sebegitu?

"Bila aku makin besar, aku perasan yang... Daddy aku sangat bergantung harap kepada aku. Dia kata, sebab aku ni anak dia, apa yang dia suruh aku kena buat.

Dan bila aku tanya kenapa tak suruh je abang aku tu buat, dia cakap yang dia takkan suruh apa-apa dekat dia. Sebab Fang tu bukan anak dia. Jadi dia tiada hak untuk menyuruh apa-apa dekat Fang. "

Halilintar tertawa miris. Dia sendiri berasa kesian dekat nasibnya sendiri.

"Aku rasa yang benda tu tak adil. Kenapa dia boleh dilepaskan begitu sahaja? Sedangkan segala beban yang lain aku kena pikul? "

Halilintar menundukkan wajahnya sambil membiarkan airmatanya mengalir. Hatinya terasa sungguh sakit sekali. Tatkala mengingat kembali saat-saat waktu dia kecil dahulu. Dia masih ingat lagi, dia membawa pulang keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk ditunjukkan kepada ibubapanya dan dia amat berharap agar mereka akan memujinya. Sama seperti mereka berdua pernah memuji Fang sebelum ni.

Dan entah kenapa tapi mungkin nasib tidak menyebelahi Halilintar, pada saat yang sama juga Fang membawa pulang hadiah kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan kuiz pelajar cemerlang. Ibubapa mereka sangat bangga pada Fang dan memujinya dengan begitu banyak sekali.

Dan di saat Halilintar menunjukkan pula markahnya, ibubapanya terutama sekali Kaizo hanya tersenyum dan mengucapkan tahniah sahaja. Kaizo juga memberitahu bahawa itulah salah satu langkah yang baik untuk dia kejar kejayaannya dan Kaizo juga menyatakan bahawa dia akan tambah wang saku Halilintar kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Walaupun dia gembira kerana sekurang-kurangnya dia mendapat respon dari ibubapanya, tetapi dia masih sedih.

'Kenapa Mommy dan Daddy tak berikan pandangan yang sama macam diorang berikan kepada Abang Fang? '

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now