Chap 50

975 81 16
                                    

•°•°Flashback°•°•

20 tahun sebelum itu, di dalam sebuah rumah banglo yang bersaiz medium, kedengaran suara tangisan seorang anak kecil dari dalam rumah itu. Dan apabila dilihat dari sudut pandangan dalam rumah tersebut, terdapat sepasang suami isteri sedang melayan bayi mereka sambil dilihat oleh seorang kanak-kanak yang umurnya dalam lebih kurang 10 tahun di samping mereka berdua.

"Mommy... Kenapa adik nangis? "

Kanak-kanak itu bertanya sambil melihat ke arah bayi tersebut. Jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil itu amat risau akan keadaan bayi yang sedang menangis tersebut. Sang ibu tersenyum sahaja mendengar pertanyaan anaknya lalu dia pun mendukung bayi tersebut untuk menenangkannya.

"Adik lapar. Sebab adik baru bangun. Fang tak lapar ke? Dah tengah hari ni. "

Kanak-kanak itu menggeleng.

"Tak. Sebab Fang rasa kenyang bila tengok muka adik. "

Ayah kanak-kanak itu pun tersenyum dan mencuit pipinya.

"Kamu budak yang baik, Fang. Daddy bangga dengan kamu. "

Kanak-kanak yang bernama Fang itu tersenyum senang. Dia pun kembali melihat ke arah adiknya yang kini sedang diberikan susu oleh ibunya.

•°•°•

3 tahun kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke dalam rumah baharu mereka. Rumah tersebut jauh lebih besar dan lebih mewah daripada rumah yang diduduki oleh mereka sebelum ini. Hal ini kerana sang ketua keluarga telah berjaya membangunkan perniagaan sehingga memperoleh keuntungan besar. Itupun kerana berkat pertolongan daripada semua pihak yang terlibat.

Kini kanak-kanak yang bernama Fang tadi sudahpun berumur 13 tahun. Manakala adiknya pula berumur 3 tahun. Dia sangat gembira kerana semenjak adiknya semakin membesar dan boleh bergerak, mereka boleh bermain dengan seronok sekali.

Suatu hari, Fang mengeluarkan mainan lamanya yang disimpannya sekian lama untuk diberikannya kepada adiknya. Baginya, permainannya itu adalah salah satu harta terpentingnya dan dia ingin memberikannya kepada adiknya kerana dia amat menyayangi adiknya itu.

Namun sebaik sahaja dia ingin membawa mainan tersebut kepada adiknya yang berada di ruang tamu, kelihatan ibubapanya sudah berada di sana dan sedang menemani kanak-kanak berumur 3 tahun tersebut.

"Nah, Hali. Daddy dan Mommy belikan kamu mainan baru! "

Sang ibu memberikan sebuah mainan berbentuk kenderaan dan diberikannya kepada anak keduanya itu. Kanak-kanak itu menerimanya dengan senyuman dan bermain dengannya dengan senang sekali.

"Thank chu, Mummy! "

Kanak-kanak itu mencium wajah ibu dan ayahnya dengan gembira sekali. Dia pun kembali bermain dengan mainannya yang bertaburan di atas lantai tersebut.

Tidak lama kemudian, Fang datang bersama-sama dengan mainannya di tangan. Dia menghampiri ibubapanya dengan wajah yang takut-takut.

"Mommy, Daddy... "

Fang memanggil kedua ibubapanya. Dua orang dewasa itu pun berpaling untuk melihat ke arah Fang.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now