Chap 5

966 105 34
                                    

2 bulan kemudian...

Halilintar yang baru sahaja selesai menikmati mandi siangnya menghela nafas lega. Semalam dia pergi ke kelab sekali lagi dan dia pulang lebih kurang dalam pukul 5 pagi. Dan balik-balik sahaja, dia sudah pun masuk ke alam dunia mimpi sehinggalah dia terjaga di pukul 1 tengah hari. Dan oleh kerana badannya melekit, dia pun terus sahaja mandi tanpa mempedulikan perutnya yang sudah berkeroncong kerana kelaparan.

"Haaa.. Nothing much better than you can control your life. "

Halilintar membaringkan dirinya di atas katil besar di dalam biliknya. Wajahnya tidak henti-henti tersenyum. Bangga dengan hidupnya sekarang.

Halilintar adalah seorang artist yang terkenal di mata dunia. Dia yang awalnya dulu hanyalah dikenali sebagai pelakon tambahan kini sudahpun menjadi pelakon utama buruan semua. Terima kasih di atas usahanya sendiri yang kuat menguasai bidang lakonan. Sekarang, namanya mula melonjak naik dan dia sering dipanggil oleh pelbagai agensi dan syarikat untuk lakonan, menjadi model majalah, mempromosikan produk dan macam-macam lagi. Beginilah hidup seorang artist terkenal. Sibuk mengalahkan perdana menteri!

Riiinnggg!

Fikiran Halilintar terus terganggu sebaik sahaja dia terdengar bunyi deringan telefonnya. Dia bangun semula dari baringnya lalu dengan malas dia pun mencapai telefonnya yang berada di atas meja kerjanya.

"Helo? "

"Helo? Hali! Kau kat mana tu? "

"Ah... Kau Nut. Apahal? Aku kat rumah lah."

"Tak. Aku nak kau bukak TV sekarang! Kau masuk berita weyh! "

Wajah Halilintar mula berkerut. Kalau tidak silap, Halilintar tidak pernah melakukan apa-apa hal yang berjaya ditangkap oleh media. Dia sudah tentu akan memastikannya! Jadi kenapa dirinya disebut dalam berita pula?

Oleh kerana tidak mahu berfikir terlalu lama, Halilintar pun terus mencapai remote TV lalu menghidupkan TV yang berada di dalam biliknya.

"Selamat sejahtera. Di sini disampaikan satu berita baik, untuk para peminat pelakon terkenal kita, iaitu Halilintar Thunderstorm, keluarga beliau telah mengumumkan tentang majlis pertunangan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Dan nampaknya, pelakon terkenal kita ini sudahpun menemui pasangan hidupnya iaitu cucu kepada bekas pengurus syarikat KokoTiam Corporation yang terkenal iaitu Tok Aba yang mana seperti diberitahu oleh ahli keluarga beliau.

Menurut bapa Halilintar, keluarganya akan bertemu dengan keluarga pasangan Halilintar tidak lama lagi dan mereka akan memutuskan bila tarikh perkahwinan anaknya. Dan setakat ini sahaja perkongsian baharu yang dapat kami kongsikam.

Kami, pihak media mendoakan semoga kebahagiaan rumahtangga antara pelakon terkenal kita, Halilintar Thunderstorm akan hidup bahagia bersama dengan pasangannya. "

Mulut Halilintar terlopong luas. Dirinya terkejut. Cukup terkejut. Baru sahaja beberapa bulan yang lalu dia dan ibubapanya berbincang tentang hal ini, dan sekarang ia sudahpun diwar-warkan?

Halilintar menggenggam alat kawalan jauh TV dengan kemas. Dan dengan kuat, dia melemparkan remote tersebut ke lantai sampai hancur berkecai. Tanpa mengasihani remote tersebut, Halilintar terus meluru keluar dari biliknya dan terus turun melalui tangga untuk bertemu dengan ibubapanya. Hatinya mula membara.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now