"Macam mana keadaan isteri kamu tu, Hali? "
Halilintar sedikit mengeluh sewaktu dia dipersoalkan sedemikian daripada ayahnya. Dia sudah agak yang ayahnya menelefonnya kerana dia ingin tahu tentang keadaan Gempa bersama-sama dengannya. Dan tak mungkin Halilintar pun akan berkata benar!
"Dia ok ke, Daddy. "
"Really? Good then. Make sure you take care of your wife nicely. Daddy dah hantar maid dekat rumah kamu jadi Daddy rasa untuk makan dan minum kamu berdua takde masalah, kan? "
"Yes, Daddy. Everything's good. "
"Ok. Ah, by the way... Daddy nak kamu bawa isteri kamu ke satu tempat ni. Nanti Daddy hantar lokasinya. "
Wajah Halilintar mula berkerut sewaktu mendengar permintaan ayahnya. Ia berbunyi seperti lebih kepada arahan sebenarnya.
"For what? "
"I want both of you to make a family photo. Daddy perasan yang gambar untuk kamu berdua hanya di wedding sahaja. It's not looks like a real couple you know? "
"What?! But why?! Dad, Gempa dan Hali ok jelah! Takde apa-apa masalah pun! "
"I just said both of you not looks like a real couple sebab tak banyak gambar kamu berdua. Bukannya nak tunjuk yang hubungan kamu berdua ni ok ke tidak. "
Halilintar terdiam sambil menggigit bibirnya. Alamak, adakah ayahnya perasan sesuatu?
"Or... Are you hiding something from me, young man? "
"What? No! No no no! Nothing! Y-you want us to come, right? Alright... Alright... Hali faham. B-bila Hali kena pergi ke sana? "
"It's you and Gempa, Hali. Not only you. Tolong biasakan diri untuk include your wife too from now on. Your life, and everything. I want both of you to come today. Tolong beritahu Gempa and I don't want to hear any excuse from you or your wife. Sebab Daddy tahu kamu yang akan cipta alasan tu. Do I make myself clear, Halilintar? "
"Yes, Daddy. I will get him now. Bye. "
Halilintar mengeluh setelah sebaik sahaja panggilan dimatikan. Baru sahaja 10 minit dia berbual dengan ayahnya dia sudah berasa penat seperti bercakap selama separuh hari.
'That bitch really ruin my day. '
Dan tanpa membuang masa lagi, Halilintar pun terus berjalan keluar dari biliknya dan terus turun ke tingkat bawah untuk menyampaikan pesanan Kaizo kepada Gempa.
•°•°•
Di dapur, Halilintar ternampak Gempa sedang mengupas bawang bersama-sama MamaZila. Dia pun segera mendekati lelaki carrier tersebut dan menepuk bahunya yang membuatkan Gempa segera menoleh.
"Bersiap cepat. Daddy aku nak kita ke set pengambaran hari ni. "
Gempa hanya memandang Halilintar dengan terkebil-kebil. Tetapi dia segera menganggukkan kepalanya tanda faham. Setelah memastikan Gempa faham, Halilintar pun menoleh ke arah MamaZila pula.
"Maid, tolong siapkan dia. "
"Baik, tuan. "
Dan Halilintar pun terus naik kembali ke tingkat atas untuk mempersiapkan diri. Setelah memastikan ketiadaan Halilintar, Gempa dan MamaZila pun saling menoleh antara satu sama lain.
"Kenapa tiba-tiba je ni, Gempa? "
"Entahlah, Mama. Tapi... Saya rasa macam tak sedap hatilah.. "
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...