Chap 28

886 97 51
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Tuan Halilintar? Mari turun makan, ya? "

Halilintar mencelikkan matanya sebaik sahaja dia terdengar bunyi ketukan pintu dari luar biliknya. Halilintar mengangkat kepalanya dari katil dan melihat ke arah pintu bilik yang tertutup dengan wajah yang masih mamai.

"Tuan? "

"Hah? Ah, ya... Nanti saya turun. "

"Baiklah. "

Setelah memastikan bahawa MamaZila telahpun pergi, Halilintar pun menggeliat dan menggeram kuat. Badannya terasa lebih segar dari sebelum ni setelah mendapat tidur yang cukup. Halilintar pun melihat ke arah jam yang berada di atas meja kecil di sebelah katilnya.

Ah, mungkin ia bukan tidur yang sekejap. Tak terasa sudah 2 jam berlalu dan Halilintar betul-betul tidur tanpa diganggu. Nasib baik MamaZila datang dan kejutkannya. Kalau tak, entah bila lagi dia akan sambung tidur.

Halilintar bangkit dari katil lalu segera ke bilik mandi untuk mencuci mukanya. Dan setelah selesai, dia pun terus keluar dari bilik untuk turun ke bawah.

•°•°•

"Silakan makan, tuan. "

"Hn. "

Halilintar mengambil tempat di kaunter dapur dan terus menikmati makanan yang dihidangkan. Sambil-sambil dia sedang makan, dia perasan yang Gempa sedang berada di ruang tamu sambil menonton TV.

Halilintar memerhatikan sahaja Gempa yang tampak seperti khusyuk sekali menonton TV tersebut. Dia pun menoleh ke MamaZila dan berbisik kepadanya,

"Dia tu tak makan ke? "

"Ah, maksud tuan Gempa ke? Dia sudah makan. "

Kening Halilintar berkerut. Kenapa makan terlebih dahulu sebelum dia?

"Awalnya dia makan? "

MamaZila hanya tersenyum canggung.

"Saya ada tanya dia, nak tunggu tuan turun makan dulu tak? Tapi dia geleng sahaja. "

Halilintar hanya mengangguk sahaja. Dia pun terus meneruskan sesi makannya tanpa berkata apa-apa. Dia nampak seperti tidak kisah walaupun kenyataannya dia agak mempersoalkan kenapa Gempa seolah-olah seperti dingin dari biasa.

'Mestilah. Aku dah seksa dia, kan? '

Tiba-tiba Halilintar terdetik untuk ingat semula akan memori Gempa sentiasa melayan baik kepadanya.

'Dia pun dah mula bencikan aku, ya? Ok. Buat apa aku nak kisah? '

•°•°•

"Kau tak makan ke? "

Halilintar bertanya sebaik sahaja dia melaburkan punggungnya di atas kerusi sofa yang berada berdekatan dengan kerusi roda milik Gempa. Matanya sempat menjeling ke arah Gempa sebelum ia terus beralih ke arah kaca TV.

Gempa menoleh ke arah Halilintar. Dia pun mengangguk.

Halilintar tidak berkata apa-apa setelah itu. Dia pun tiada topik untuk dibualkan dengan Gempa. Yelah, Gempa kan bisu? Mana boleh tanya macam-macam sebab susah nanti Gempa nak terangkan.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now