Chap 69

838 80 20
                                    

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tidak terasa bahawa sekarang hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Gempa dan Halilintar akan bercerai. Dan sepanjang itu juga, nampaknya Halilintar sama sekali tidak sedar akan rancangan Gempa dan Yaya. Kedua ibubapa Gempa termasuk Kaizo dan isterinya juga amat baik hati sekali kerana tidak mengutarakan apa-apa rahsia yang selama ini diberitahu oleh Gempa kepada mereka.

"Asalkan kamu bahagia dan demi menebus kembali kesalahan Halilintar. Daddy dan Mommy merelakan kamu berpisah dengan Halilintar. Semoga kamu akan menemui insan yang setia mencintai kamu di suatu masa nanti. "

Itulah kata-kata yang Kaizo ungkapkan kepada Gempa sewaktu Gempa memberanikan dirinya untuk memberitahu bapa mertuanya untuk berpisah dengan Halilintar. Biarpun perasaannya pada awal itu amat takut jika Kaizo akan marah, tetapi ia serta-merta hilang sejurus selepas isteri Kaizo menceritakan segalanya.

Kaizo, walaupun pada awalnya sedikit sedih namun dia pada akhirnya menerimanya. Salahnya juga kerana tidak mendidik dan menjaga Halilintar dengan baik sehingga ia membuatkan Halilintar menjadi suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup mencederakan isterinya sendiri. Itu tidak termasuk yang Halilintar juga telah melukai hati isterinya dengan bersama dan berduaan dengan perempuan lain.

Kaizo cukup malu akannya.

Dan demi membayar balik segala kesalahan itu, Kaizo terima sahaja. Walaupun di dalam hatinya dia betul-betul berharap agar Gempa akan memberikan peluang kedua buat Halilintar namun sekarang dia sedar yang ianya seperti sangat tipis peluangnya.

Tidak jauh berbeza juga dengan situasi keluarga Gempa sendiri. Sara dan Amato masih tidak dapat menyangka bahawa Gempa sungguh berani mengambil tindakan drastik itu. Namun apa mereka boleh buat? Selepas mereka tahu tentang masalah rumahtangga anak mereka yang selama ini dirahsiakan oleh Gempa, akhirnya mereka juga mengeluarkan kata putus bahawa mereka akan membiarkan sahaja Gempa dengan keputusannya. Lagipun apa hak mereka untuk masuk campur dalam urusan rumahtangga Gempa?

Sudah cukup Amato dan Sara harus berdepan dengan keadaan Gempa yang dahulunya amat teruk. Ditambah pula mereka juga tidak sangka bahawa Halilintar pernah berbuat keji kepada Gempa. Jadi kali ini, biarlah anaknya hidup bebas kembali. Amato dan Sara nekad untuk membiarkan Gempa bahagia dengan keputusannya sendiri. Tambahan pula, Gempa sememangnya layak menerimanya.

•°•°•

"Lebih kurang dalam 5 hari lagi aku balik semula. Waktu tu dah weekend jadi kita akan cari cara untuk elak dari diketahui oleh suami kau."

"Kau yakin ke, Yaya? Aku... Aku takutlah kalau dia tahu... "

"Kau tak payah risaulah! Aku dah plan benda ni awal-awal dengan Nut dan Gopal. Diorang akan cuba alihkan perhatian suami kau sementara kita lari selepas tinggalkan surat cerai tu. "

Gempa diam seribu bahasa. Sejujurnya tidak pernah dia membayangkan bahawa perkara seperti ini akan berlaku di dalam hidupnya. Dirinya seolah-olah seperti seorang watak utama yang sedang melarikan diri dari segala kekejaman dunia dan dia juga dibantu oleh rakan-rakannya yang sanggup membantunya. Namun begitu, hati Gempa masih tidak tenang. Dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku tetapi pada masa yang sama dia sudah teruja dengan perkara ini.

Lebih kurang seminggu sahaja lagi Gempa akan pergi meninggalkan Halilintar. Dia sangat gembira. Akhirnya penghancur kehidupannya akan lenyap dari hidupnya dan Gempa dapat membuka kisah yang baharu.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now