"Morning Umi,wauu sedapnya bau".kata Irfan kepada Uminya."Pandailah tu nak ambil hati Umi,sebab dah buat hal kan?".kata Puan Zainab kepada anak lelakinya itu."Mana ada Umi,Fan cakap ikhlas tau".Nyata Irfan kepada Uminya sambil tersengeh.Irfan adalah anak tunggal kepada Puan Zainab Dan juga Arwah suaminya.Mereka hanya tinggal dua beranak sahaja didalam keluarga dan tiada ahli keluarga lain.Kecuali seorang perempuan yang ada pertalian darah dengan keluarga Puan Zainab tetapi tidak dibela semenjak kecil lagi.
"Irfan ada outstation tau Umi next week".Beritahu Irfan sambil menyuapkan bihun goreng ke mulutnya."Hmm,kamu ni tak habis-habis outstation..kerja takdalah dasyat sangat tapi outstationnya bukan main lagi..boleh dikatakan tiap-tiap minggulah".Membebel Puan Zainab kepada Irfan.Irfan sudah menunjukkan riak bosan kepada Uminya yang telah menutup lubang kedua-dua telinganya dengan kedua-dua jari telunjuk kiri dan kanannya."Haa tutup lah telinga tu,lepas ni kalau pekak terus baru padan muka kamu..jangan masa tu baru nak menyesal pulak".Marah Puan Zainab kepada Irfan.
"Eh,Izhar kamu tak ke pejabat ke harini ?".Soal Datin Maria kepada anaknya yang sedang leka bermain permainan video itu."Malas lah Mummy,takda mood nak pergi office,harini mood Iz nak Main game je".Nyata Izhar sambil tersengih."Suka hati kamulah Iz,jangan sampai ada masalah bila kamu tak ke pejabat pula ya".Amaran diberi kepada anak bujang Datin Maria itu.Tiba-tiba telefonnya berbunyi,apabila dia melihat nama pemanggil di skrin telefon itu Izhar sudah membuat riak muka menyampah."Hello,nak apa ?".Tanya Izhar agak tidak suka."Ishh u ni dah kenapa tiba-tiba pulak jawab kasar dekat I,takdalah I ingat nak ajak U lunch,jom kita lunch sayang".Ajak Nayla Marissa kepada Izhar."I takda mood nak keluar harini,and I tak pergi office pon..okay lah bye".Panggilan dimatikan Izhar,dia malas mahu melayan perempuan yang tidak setia seperti Nayla itu.Nayla mendengus marah"okay takpa,harini hari kau,esok lusa hari aku pula Izhar".Rungut Nayla dalam hati.
"Aduhh,kenapa aku tak boleh pergi office pulak harini..semalam baru first day,harini dah tak boleh pergi office..apa punya gilalah syarikat ni".Leter Mawar,kerana Izhar pagi ni Mawar juga tidak dibenarkan ke pejabat,pagi-pagi lagi Izhar sudah melaksanakan tugasnya dengan memberi arahan kepada Min supaya memberitahu Mawar bahawa dia tidak dibenarkan hadir ke pejabat pada harini,apabila Mawar minta pernyataan,jawapannya adalah arahan daripada orang atasan.Mawar sudah dapat mengagak siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Min itu,kalau lain tak bukan IZHAR HAKIM lah..perangai dia tu buat Mawar takut untuk keluar dari rumah dan mahu pergi kerja kerana dia berinteraksi dengan Mawar seperti kenalan lama yang sudah lama kenal.Adoii Izhar ! Izhar !
Tiba-tiba telefon Mawar berdering,pantas saja dia menjawab tanpa melihat nama si pemanggil."Hello,siapa ni ?".Tanya Mawar kepada si pemanggil tersebut."Hye Baby Girl,buat apa tu ?".Tidak terkata Mawar dibuatnya kerana dia sudah tahu siapa pemanggil tersebut."Ehh takda buat apa awak,cuma tengok tv je".Nyata Mawar kepada Izhar."Baby jom kita outing nak ? I bosan lah baby duduk rumah".Izhar berbual dengan Mawar seperti Mawar itu kekasih yang diiktiraf."Ehh awak kenapa tak pergi office harini ? awak tak sihat ke ?".
Tanya Mawar kepadanya tanpa endahkan ajakkan lelaki itu."Aah sakit lah Baby,sakit rindu..hihihi".Jawab Izhar diiringi tawa di penghujung kata-katanya."S..saya segan lah awak".Nyata Mawar kepada Izhar."Lah,buat apa nak segan..emm..okay kalau macam tu hujung minggu ni kita keluar boleh Baby ?".Tanya Izhar kepada Mawar untuk mendapatkan persertujuan."Emm okaylah awak,setuju".Jawab Mawar yang agak tertarik dengan ajakan Izhar itu."Yahoo,hujung minggu ni kita keluar okay Baby".Nyata Izhar."Okay,awak".Jawab Mawar seraya mematikan panggilan tersebut.Tiba-tiba rasa bahagia lah pulak !
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...