BAB 14

347 7 0
                                    

Setelah mengambil masa lima tahun untuk mendapatkan segulung ijazah.Muaz kini pulang ke kampung dengan jurusan yang diambilnya di Universiti Kuala Lumpur iaitu Pembinaan.Sesampai sahaja ia dikampung terus rakan-rakannya dicari terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara lain."Assalammualaikum".Sapa Muaz kepada seorang lelaki."Waalaikummussalam,ehh Muaz,bila kau balik ?".Soal lelaki itu kepada Muaz."Ehh,aku baru je sampai,kau sihat Lil ?".Soal Muaz kepada lelaki bernama Jalil itu."Alhamdulillah,macam ni lah aku,kau tu..makin segak aku tengok ?".Gurau Jalil."Mar sini kat abang jap".Panggil Muaz kepada seorang wanita yang berdiri tidak jauh darinya."Lil,ni aku kenalkan isteri aku Maria,kami berkahwin semasa kami berada di tahun kedua dekat Universiti".Jelas Muaz kepada Jalil serta mengenalkan isterinya Maria kepada lelaki itu."Oh,apa khabar ? Tahniah Muaz..dah berumahtangga dah kawan aku sorang ni".Nyata Jalil pada Muaz.Muaz hanya tersenyum melihat isterinya itu."Okaylah,Jalil..aku nak pergi rumah Razak ni..nak buat kejutan pula disana".Terang Muaz."Okay Muaz,mungkin dorang pun dah tak sabar nak jumpa kau tu".Kata Jalil.Persahabatan mereka berempat itu diketahui oleh penduduk kampung Parit Sulung,Batu Pahat,Johor.

"Dato ! Dato ! ohh Dato !!".

Dato Muaz tersedar daripada lamunannya apabila namanya dipanggil oleh pemandu peribadinya untuk berkata sesuatu."Maaf Dato,tadi Dato kata nak pergi main golf kan ?".Tanya pemandunya itu."Hmm,saya rasa macam tak jadi pula nak main golf,takpalah awak pergi sambung buat kerja awak semula Ibrahim".Arah Dato Muaz kepada pemandunya itu.Ibrahim hanya mengangguk tanda akur dengan arahan majikannya itu."Ibrahim,awak asal dari Batu Pahat kan ?".Soal Dato Muaz tiba-tiba semasa pemandunya itu hendak melangkah keluar ke halaman rumah.
"Ya Dato,kenapa Dato bertanya,ada apa yang boleh saya bantu ?".Soal pemandunya itu dengan penuh rasa hormat."Tidak ada apa,hanya untuk kepastian kerana saya juga dari sana".Jelas Dato Muaz dengan tenang kepada pemandunya itu."Ohh yeke,mesti Dato ramai kawan di kampung kan ?".Tersentak Dato Muaz dengan pertanyaan pemandunya itu.
Soalan yang agak sensitif buat dirinya."Hmm,saya pun sudah tidak ingat kawan-kawan lama saya dekat kampung,tapi tidak tahulah kalau mereka masih ingat saya ke tidak ?".Jawab Dato Muaz dengan nada yang sedikit hambar.

Pemandunya itu terus keluar ke halaman rumah untuk menyambung kerja setelah mendapat arahan daripada majikannya itu.Dato Muaz berfikir sejenak tentang seseorang yang dikenalinya agak rapat.
"Agak-agak dia masih menetap di kampung ke tidak ya ?".Soal Dato Muaz bersendirian tentang seseorang yang amat dia kenali.Kemudian Dato Muaz bangun dari kedudukannya itu berlalu ke bilik tidurnya untuk melihat aktiviti yang dilakukan isterinya pada waktu petang yang hening sebegini.Sesampainya dia di hadapan pintu bilik dia membuka pintu bilik itu dari luar dan dia tersenyum apabila melihat isterinya sedang mengaji ayat-ayat suci Al-Quran.Tetapi sayang,sekali pun hatinya tidak tenang di dalam rumah itu.Kerana rumah itu menyaksikan segala perbuatan kejinya terhadap manusia yang tidak bersalah.Sekali lagi air matanya gugur.Dato Muaz amat kecewa dengan dirinya !

"Abang ? abang kenapa berdiri dekat pintu tu marilah duduk dekat dengan Mar".Ajak Datin Maria kepada suaminya yang hanya berdiri di pintu sambil menyaksikan dia melaungkan ayat-ayat suci Al-Quran."Mar,
marah kan abang tak ?".Soal Dato Muaz tiba-tiba."Lah,kenapa pulak Mar nak marah abang ? abang buat salah apa dekat Mar sampai Mar nak marah abang ?".Soal Datin Maria kepada lelaki itu dengan penuh kasih."Abang nak cakap sesuatu ni".Dato Muaz nyatakan hasratnya.
"Abang nak balik kampung".Mengucap syukur Datin Maria kepada suaminya itu."Mar tak marah abang ?".Soal Dato Muaz sekali lagi.
"Perkara yang paling Mar tunggu-tunggu abang,akhirnya Allah makbulkan doa Mar,Alhamdulillah".Luah Datin Maria kepada suaminya.
Mereka berdua hanya tersenyum memandang antara satu sama lain.
Semoga kebahagiaan yang di idami dapat dikecapi !

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now