Dato Muaz baru selesai menghadiri mesyuarat bersama Ahli-Ahli Lembaga syarikat MUAZ' HOLDINGS.Kini dia sedang berada di dalam bilik pejabatnya.Harini adalah hari yang bahagia buatnya kerana harini adalah hari ulangtahun syarikat MUAZ' HOLDINGS yang ke-30 tahun.
Sepanjang usia syarikat ini tidak pernah sekali pun Dato Muaz rasa bangga terhadap hasil titik peluhnya.Kerana...ada sesuatu yang telah berlaku di dalam hidupnya yang sampai mati pun tidak akan dapat dilupakannya.-------------------------------
Muaz kini berusia 23 tahun,dia ingin menjadi seorang usahawan berjaya tapi apalah malang nasibnya menjadi yatim piatu.Dia tidak merasai menjadi yatim piatu itu seorang diri,dia dibesarkan oleh rumah anak-anak yatim NUR QASEH.Dan Muaz juga mempunyai sahabat yang dianggap seperti keluarganya sendiri iaitu Razak,Muzamil dan juga Hadi.Rumah anak yatim itu kepunyaan bapa Razak.Jadi dia,Hadi dan muzamil dibesarkan oleh rumah anak yatim tersebut.Razak kerap kali mengikut Ibu dan ayahnya kerumah anak yatim tersebut sehingga menjadi sahabat karib kepada mereka bertiga.
"Razak,aku ingat nak buka bisnes lah Zak".Jelas Muaz kepada sahabatnya itu dihadapan Hadi dan Muzamil.Terkesima mereka bertiga dengan hasrat Muaz itu."Kau nak bisnes apa Muaz ?".Tanya Razak minta penjelasan dari lelaki itu."Zaman sekarang ni,bisnes apa yang boleh dibuat Muaz,saingan makin banyak".Nyata Razak kepada Muaz.
"Aku berminat dalam bidang pembinaan".Nyata Muaz kepada sahabatnya itu.Mereka bertiga terdiam melihat Muaz."Kau biar betul ? Boleh ke kau buat dalam bidang tu bukan senang tau nak buat,pesaing ramai".Nyata Razak kepada Muaz."Zak kalau kita fikir tentang pesaing sampai bila-bila pun kita takkan berjaya".Nyata Muaz."Hmm,habis apa rancangan kau sekarang ni ?".Soal Razak kepada sahabatnya itu."Aku nak kerja nak cari duit nak tampung pelajaran aku sebab aku kena ambil course untuk pembinaan ni dulu".Terang Muaz kepada Razak."Tapi kerja apa yang kau nak buat dan boleh jamin wang untuk kau sambung belajar nanti ?".Soal Muzamil tiba-tiba bersuara."Aah,kau nak kerja apa Muaz,mampu ke tampung pembelajaran kau tu nanti ?".
Sokong Hadi dengan soalan Muzamil tadi.Hampir satu jam mereka berempat diam di meja itu.Orang yang datang kedai kopi itu pun sudah bersilih ganti.Tetapi mereka berempat masih memikirkan cara untuk membantu Muaz tampung pelajaran di universitinya nanti."Macam ni lah,aku bagi kau pinjam duit aku dulu nanti kalau kau dah habis belajar,kau dah ada kerjaya barulah kau fikirkan tentang pembayaran balik duit tu".Pernyataan ikhlas itu dibuat oleh Razak.Terbutang mata Muaz apabila mendapat tawaran hebat itu daripada sahabat baiknya Razak."Wahhh,tahniah Muaz..nanti kalau dah berjaya janganlah kau lupakan kami dekat sini".Luah Muzamil kepada Muaz."Ye betul tu Mil,manalah tahu nanti dah jumpa permata dia buang yang kaca".Sakat Hadi kepada sahabatnya itu."Korang pegang kata-kata aku ni, 'susah senang kita bersama' ,rintangan apa pun yang datang dalam tempoh persahabatan kita,AKU...AKU akan datang pertahankan adik beradik aku".Kata Muaz dengan megah sambil menepuk-nepuk dadanya yang bidang itu.Mereka bertiga hanya tersenyum dengan sahabatnya itu.Dapat ke Muaz tunaikan janjinya !
Dato Muaz hanya mampu mengalirkan air mata bila teringatkan kisah itu.Dia amat menyesali perkara tersebut. 'kerana mulut badan binasa'.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...