Pada pagi di hujung minggu hari ini,Dato Muaz akan berangkat bersama pemandunya untuk pulang ke kampung tempat kelahiran mereka berdua."Mar,abang pergi dulu ye".Pinta Dato Muaz kepada Isterinya."Baik bang,hati-hati tau..kalau ngantuk atau penat berhenti perhentian dulu".Pesan Datin maria kepada dua lelaki dihadapannya.
"Baik Datin,insyaallah Datin jangan risau nanti kami dah sampai ke kampung kami akan maklumkan pada Datin".Pesanan wanita itu disahut oleh pemandunya Ibrahim."Datin saya dengan Dato minta diri dulu ye ?".Ucap Ibrahim kepada majikannya itu."Mar,abang gerak dulu ye ?".Ucap Dato Muaz yang sedia menghulur tangannya untuk dicium oleh isterinya.Datin Maria menunjukkan riak wajah yang sedih dan difahami oleh lelaki dihadapannya itu.Dahi Datin Maria dikucup penuh kasih sayang oleh Dato Muaz dan ada sesuatu beban yang terhempap di atas kepalanya.Air mata suami isteri mengalir deras."Sayang doakan abang ye".Ucapnya dengan sepenuh harapan.Hati dan perasaan mereka kini hanya allah saja yang tahu.Berat hatinya mahu meninggalkan isteri tercinta tapi ada satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.Hampir empat jam punya perjalanan,akhirnya mereka tiba di destinasi
Parit Sulung,Batu Pahat,Johor.Sewaktu Ibrahim memasuki kawasan pendalaman itu,Dato Muaz mengalirkan air mata apabila dia ternampak sebuah bangunan buruk yang lusuh catnya iaitu tempat dia dan anak-anak sahabatnya membesar...rumah anak yatim NUR QASEH.Dia rasa sudah tidak mampu hendak menempuh liku-liku berikutnya,tetapi demi menebus kesilapan atas ketamakan dirinya dia harus tempuh juga walau lautan berapi sekali pun.Dia perlu menebalkan mukanya untuk menghadap orang-orang yang pernah dikecewakannya."Dato,kita dah sampai rumah saya..mari Dato ?".Ajak Ibrahim setibanya mereka di halaman rumah yang luas milik Ibrahim."Besar juga rumah kamu ye Ibrahim ?".Puji Dato Muaz yang tertarik dengan kawasan rumah itu."Allah,takdalah Dato..dulu rumah saya ni rumah papan je tapi semenjak saya kerja dengan Dato duit simpanan keluarga tu saya hantar ke kampung untuk bapa mertua saya uruskan membuat ubah suai sedikit demi sedikit dekat rumah ni".Jelas Ibrahim panjang."Ohh,
bapa mertua kamu duduk dengan kamu jugak ke Ibrahim ?".Soal Dato Muaz sambil mengikut jejak Ibrahim ke tangga rumahnya itu."Eh,tak Dato..bapa mertua saya duduk sorang-sorang je,rumah dia dekat hujung kawasan sana tu".Tunjuk Ibrahim dari kawasan rumahnya itu ke suatu arah yang sekali lagi menyentap hati Dato Muaz.Arah itu adalah kawasan dia bermain bersama sahabat-sahabatnya.Mereka melangkah masuk kedalam rumah."Ayahhh..yeayaayyyy ayah balik...yeayaayyy ayah balik".Jerit anak-anak pemandunya itu apabila kepulangan ayahnya itu amat mereka harapkan dan rindui dengan tubuh itu.Sebak hati Dato Muaz melihat gelagat anak-anak Ibrahim,dia juga tersenyum."Dato maaflah,anak-anak saya ni memang macam ni sikit,anak empat orang je tapi dia punya riuh rendah macam 14 orang".Ibrahim membuat penjelasan kepada majikannya takut lelaki itu kurang selesa dengan suasana rumahnya itu."Eh,takpa saya faham Yim,rupanya macam ni dorang menanti kepulangan awak ye...saya rasa berdosa pulak".Tiba-tiba satu air hangat mengalir di pipi Dato Muaz."Dato,saya minta maaf kalau buat Dato sedih tapi saya ikhlas kerja dengan Dato takda harapkan balasan".Jujur Ibrahim kepada majikannya.Dato Muaz tersenyum melihat kejujuran dan keikhlasan Ibrahim dari anak matanya."Dato sila,mari kita kedapur isteri saya dah siapkan jamuan sikit untuk kita tu..kami takda makanan yang sedap-sedap nak hidangkan harap Dato sudi jamah makanan yang kami sediakan untuk kedatangan Dato ni".Luah Ibrahim."Apa yang awak makan,itu yang saya makan".Jujur Dato Muaz dengan mata yang berkaca.Sebak Ibrahim ketika mendengar kata-kata Dato Muaz.
"Dato saya kenalkan ini isteri saya Aminah..sayang ni lah Boss abang Dato Muaz".Ibrahim memperkenalkan Dato Muaz kepada isterinya."Ohh
yeke,apa khabar Dato...minta maaflah kalau ada yang kurang di rumah kami ni ye Dato".Ucap Aminah kepada majikan suaminya itu."Jangan risau,saya yang buat keputusan untuk ikut Ibrahim pulang ke kampung jadi saya akan hadapi cabaran yang sudah lama saya tinggalkan".Jelas Dato Muaz dengan ketawa kecilnya.Mereka turut tertawa dengan penjelasan jujur dari lelaki separuh abad itu."Dato,nanti saya kenalkan Dato dengan bapa mertua saya ye".Ujar Ibrahim kepada Dato Muaz.Petang telah menjelang,tidak lama lagi akan berakhir ke waktu malam.
Dato Muaz duduk di kerusi yang tersedia di ruang tamu kecil itu.Dia duduk membelakangkan pintu masuk rumah tersebut sambil menghadap ke arah Ibrahim."Dato, macam mana ? sepanjang separuh hari Dato dekat rumah saya ni ?".Soal Ibrahim yang ingin tahu keselesaan lelaki itu."Alhamdulillah,saya rasa bahagia".Luah Dato Muaz
kepada Ibrahim dengan satu senyuman ikhlas yang terbit di bibirnya.
"Sekejap lagi bapa mertua saya datang.Nanti boleh Dato berkenalan dengan dia".Jelas Ibrahim."Dato,jemput minum Dato..Maaf lah ye,sebab buat minum petang goreng pisang je".Ucap Aminah kepada Dato Muaz yang datangnya dari dapur menatang dulang yang beriisi air panas dan sepinggan goreng pisang."Saya kalau kat rumah,waktu petang isteri saya buat minum petang,tapi biskut kering juga jadi pujaan hati saya".Jujur Dato Muaz yang memecahkan suasana yang agak sunyi dengan gelak tawa suami isteri diahadapannya itu.Sedang mereka minum petang,sebuah motosikal berbunyi di luar rumah Ibrahim."Dato,sebentar ye ada orang datang".Pinta Ibrahim kepada majikannya itu.Dato Muaz mengambil cawan yang berisi air kopi O itu lalu menghirupnya."Dato,saya perkenalkan ayah mertua saya".Dato Muaz segera meletakkan cawannya itu dan berdiri menghadap ke arah pintu rumah."ALLAHUAKHBAR,Jalillll.....".Mengucap Dato Muaz apabila berdirinya lelaki yang menjadi saksi atas ketamakannya itu,air matanya mengalir deras.Terus sahaja dia melangkah pergi kearah Jalil dan dipeluknya erat.Tangisannya seperti anak kecil.Jalil turut menyambut pelukan itu dan mengalirkan air mata,kerana semarah-marahnya kepada Dato Muaz dia amat merindui kisah silam bersama lelaki itu."Engkau tinggalkan aku terkontang-kantin
g Muaz.Sampai hati kau Muaz.Kenapa Muaz ?"Soalan diajukan bertalu-talu oleh Jalil dan dia menyeka air mata yang mengalir di pipi cengkung Dato Muaz itu.Mereka seperti saudara kandung,kerana tamakkan harta hubungan itu sanggup dileraikan.ALLAHUAKHBAR !Ibrahim mendekati Dato Muaz yang sedang termenung di beranda rumahnya itu."Dato....ada sesuatu yang saya tak tahu tentang Dato dengan ayah ke ?".Soal Ibrahim berani."Banyak perkara yang kamu tak tahu tapi untuk saya bercerita mungkin tidak kerana saya terlalu malu untuk bercerita cukuplah saya mengaku dengan kesilapan saya".Jelas Dato Muaz."Dato,macam mana sekarang okay ?".Tiba-tiba tanya satu suara dari belakang dengan nada gurauan,Ibrahim minta diri untuk masuk kedalam."Jangan kau panggil aku dengan panggilan tu,tak layak untuk kau panggil aku dengan panggilan Dato,panggillah aku macam mana kau pernah panggil dulu-dulu".Luah Dato Muaz diiringi air mata kecewanya."Macam mana keadaan kau sekarang ?".Soal Jalil kepada Dato Muaz."Aku ada banyak duit,aku ada banyak harta kalau makan pun 7 keturunan aku pun tak habis tapi satu je aku takda.....KEBAHAGIAAN"
Luah Dato Muaz kepada Jalil.Sudah tiga hari dia dikampung kelahirannya.Hari ini adalah hari terakhir dan dia akan pulang pada sebelah tengah hari.Dia menyantap sarapan pagi bersama-sama.Kebahagiaan yang dicari selama ini kini dia sudah jumpa separuh yang hilang,lagi separuh dia perlu perbetulkan."Sekejap lagi aku nak bawa kau pergi satu tempat".Ujar Jalil kepada Dato Muaz,
Dato Muaz hanya senyum dengan penjelasan Jalil itu.Selepas sarapan bersama mereka menuju ke suatu kawasan yang menuju ke arah hutan
Dato Muaz seperti sudah mengagak dengan hala tuju Jalil itu."Muaz,
kau ingat lagi tak tempat ni ?".Soal Jalil kepada sahabatnya itu.Dato Muaz tidak mampu lagi berkata,dia hanya megalirkan air mata yang tidak bisa diungkap dengan kata-kata."Aku rindu dorang lil".Ucap Dato Muaz."Aku pun,tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya".Ucap Jalil menenangkan hati Dato Muaz.Dia berganjak kehadapan sedikit untuk memetik sesuatu dari dahan yang berdekatan dengan mereka itu."Kau ingat lagi,benda ni ?".Soal Jalil kepada sahabatnya.Disuakan buah belimbing buluh itu kemulut Dato Muaz,sewaktu itu mereka berdua mengalirkan air mata yang begitu deras disaksikan oleh Ibrahim.Ibrahim tidak sanggup melihat adegan sedih itu dia juga turut mengalirkan air mata.Kasih sayang antara sahabat lagi hebat dari kasih sayang antara adik beradik !.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...