BAB 34

385 9 0
                                    

Sudah seminggu Mawar dan suaminya pulang dari Berbulan Madu.Kini Izhar telah masuk bertugas seperti biasa di pejabat,manakala Mawar telah berhenti kerja atas permintaan Izhar kerana dia mahu Mawar jadi suri rumah sepenuh masa buatnya."Sayang,harini tak payah masak ye daddy panggil pergi rumah dia malam ni".Terang Izhar kepada isterinya.
"Okay,abang jangan balik lambat pulak".Ucap Mawar kepada suaminya sewaktu mereka sedang sarapan bersama-sama di rumah.

------------------------------------

"Bie,tadi umi call sayang.Umi kata malam ni kita pergi rumah uncle Muaz sebab dia panggil ada makan-makan".Terang Nayla kepada suaminya."Hmm,okay..sayang nanti tak payah masak lah makan malam kita..lepastu gerak awal skit dari rumah kita sebab nanti nak ambik umi kan ?".Ujar Irfan kepada Nayla.Nayla hanya mengiakan kata-kata suaminya itu.

------------------------------

"Abang,dah fikir masak-masak dengan apa yang abang nak buat ni ?".Soal Datin Maria ingin kepastian."Abang dah taknak tunggu-tunggu lagi dah.Abang dah tak mampu nak tanggung dosa-dosa ni lagi".Ujar Dato Muaz."Yelah,kalau itu keputusan abang.Saya ikut je..harap allah permudahkan segalanya".Ucap Datin Maria.Dia memeluk suaminya dengan penuh erat.Apa yang bertandang di hati mereka sekarang ini hanya allah sahaja yang tahu.Pada jam 9 malam tetamu yang dijemput Dato Muaz telah tiba  ke rumah agam itu termasuk anak dan menantunya.Jalil juga dijemput makan malam bersama pada malam ini,dia sudah berada di Kuala Lumpur 1 hari awal."Assalammualaikum,
apa khabar ?".Sapa Jalil sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu."Waalaikummusalam,alhamdulillah khabar baik".Jawab Dato Izhar seraya berpelukan dengan sahabatnya yang akan menjadi saksi buatnya malam ini.

Tetamu sudah berkumpul di ruangan makan untuk bersantapan hidangan yang dimasak oleh Datin Maria."Emm,sedapnya rasa aunty masak".Puji Nayla melambung."Ishh,Nayla ni..mana ada..aunty masak simple-simple je".Jujur Datin Maria."Alaa aunty,Nayla ni semua yang masuk tekak dye semua dia kata sedap".Sampuk Irfan mengenakan Nayla.Satu cubitan ketam hinggap di paha Irfan."Aduhh".Jerit Irfan mengaduh dengan perbuatan isterinya itu."Eh,kenapa dengan kamu ni Irfan ?".Soal Puan Zainab."Takda lah umi,ada semut gigit".Nyata Irfan cuba menutup kesalahan pelaku tersebut.Suasana di meja makan menjadi riuh dengan gelak tawa kerana gelagat Irfan.Nayla hanya tertawa melihat suaminya itu.Irfan senyum kembali dan mengambil tangan Nayla diletakkan diatas paha kirinya sambil diusap-usap dengan penuh kasih.

Selepas makan malam,mereka semua berkumpul di ruang tamu rumah Dato Muaz.Mereka tidak terfikir kenapa mereka dipanggil makan malam di rumah agam ini pada hari ini.Yang tahu asbabnya hanya Jalil dan Puan Zainab.Suasana di ruang tamu itu sekarang riuh rendah dengan gelak tawa anak-anak mereka itu."Daddy suka tengok kita berkumpul macam ni".Luah Dato Muaz dengan mukadimahnya untuk permudahkan ia berbicara perkara selanjutnya."Yes dad,Iz pun suka juga".Balas Izhar yang tidak memahami situasi ayahnya itu.Datin Maria memandang wajah suaminya yang kini tepat ke arah anak-anak mereka itu.Dia memahami apa yang dirasakan oleh suaminya sekarang.Dia memegang tangan suaminya dan memberi secebis senyuman kepada suaminya tanda sokongannya.

Dato Muaz mengambil nafas dalam-dalam untuk berbicara dengan serius tentang perkara yang sudah 28 tahun berlalu."Sebenarnya,daddy ada perkara nak cakap".Luahan Dato Muaz berjaya menyepikan keadaan yang riuh rendah itu."Are you okay dad ?".Soal Izhar untuk kepastian.Selalunya Dato Muaz akan menjawab okay apabila soalan itu diaju oleh Izhar tapi tidak tahu mengapa hari ini dia berasa takut dengan soalan itu."D...dad...daddy nak cakap tentang parents kamu semua".Jujur Dato Muaz takut-takut ingin menyatakan hasratnya.Izhar dan Mawar berasa pelik,manakala Nayla dan Irfan tenang untuk mendengar tetapi ada juga rasa tidak sabar ingin tahu tentang kenyataan yang bakal dibuat Dato Muaz itu.

"Macam serius je daddy ?".Soal Izhar yang melihat bapanya tidak lagi keruan."Macam apa yang kamu semua tahu,yang kamu kehilangan ibu bapa seusia bayi lagi.Jadi daddy nak beritahu,apa yang terjadi pada ibu bapa kamu itu adalah berpunca daripada....daddy".Penyataan terkahir Dato Muaz itu disuarakan mendatar kerana sebak sudah bertandang dihatinya."Selepas apa yang terjadi selepas 28 tahun ini tidak sekali pun daddy rasa tenang walaupun daddy buat macam-macam amal jariah".Luah Dato Muaz."Daddy harap kamu semua dapat ampunkan daddy ?".Pinta Dato Muaz kepada 4 orang anak yatim yang berada dihadapannya."Apa yang Daddy dah buat ?".Soal Nayla berani.Dato Muaz terkejut dengan pertanyaan Nayla itu."Daddy penyebab parents kamu meninggal Nayla,Mawar".Jawapan Dato Muaz itu membuat mereka berempat terkejut."Daddy bunuh parents Mawar ke ?".Soal Mawar dengan suara seperti anak kecil."Kalau itu yang Mawar rasa,daddy terima sebab daddy penyebab mereka mati".Sekali lagi Dato Muaz membuat kejutan kepada anak-anak yatim itu.Mereka berempat mengalirkan air mata yang deras.Jalil yang melihat tangisan anak-anak yatim itu dia sendiri tidak dapat menahan sebak didada turut mengalirkan air mata."Setitis air mata kamu jatuh,daddy rasa daddy pendosa yang tak layak dapat pengampunan".Luah Dato Muaz.

"Sebabkan harta,yang tidak boleh dibawa mati itu daddy tipu semua kawan-kawan daddy.Sebab masa tu masih muda,darah muda menguasai,so rasa macam yang kita ni takkan rasa mati.Razak kena tahan polis sebab rasuah,sedangkan pelaku dia daddy.Hadi melabur sebab nak ada bahagian dengan daddy bila buat bisnes tapi sayang penjenayah macam daddy ni dah tipu dia hidup-hidup,dia pun kemurungan lalu meninggal.Muzamil,sahabat yang sentiasa menyokong tanpa menyiasat sesuatu perkara.Disebabkan dia terlalu percaya kan daddy,polis cakap nak tahan dia pun dia buat biasa sedangkan daddy dah dapat apa yang daddy nak dan dia dah masuk perangkap".Luah dengan penuh keinsafan oleh Dato Muaz."Sekali lagi,daddy minta maaf dan ampun..tapi kalau kamu semua tak boleh maafkan daddy takpa daddy faham".Ikhlas Dato Muaz bertutur.Dia menangis teresak-esak atas perbuatannya terhadap anak-anak yatim itu.

Tiba-tiba Mawar datang berdepan dengan lelaki itu dengan wajah yang tidak dapat dimaksudkan.Dato Muaz agak cuak melihat wajah itu.Kejadian itu disaksikan semua yang duduk bersedih di ruang tamu itu.Mawar melutut di hadapan lelaki yang berusia 50an itu."Mawar tak pernah jumpa abah ngan ibu,Mawar tak pernah rasa kasih sayang macam mana Izhar rasa daripada daddy dengan mummy dan Mawar baru je dapat jumpa dengan kakak Mawar".Dia memegang tangan Dato Muaz dan berkata "Daddy,daddy boleh tak sayang Mawar macam mana daddy sayang Izhar dengan yang lain,daddy baik daddy tak jahat,allah uji daddy sebab allah sayang daddy,Mawar maafkan daddy walaupun disebabkan daddy Mawar tak dapat membesar dengan parents Mawar".Luah Mawar dengan penuh keikhlasan diiringi tangisan yang teresak-esak.Dia memeluk lelaki itu dan berkata "Macam ni ye agaknya rasa peluk seorang ayah,Mawar sayang daddy tau".Ucap Mawar yang menagih kasih sayang dari lelaki itu.Perilaku Mawar itu dituruti oleh Nayla dan yang lain-lain.Mereka berpelukan dengan Dato Muaz.Tangisan syukur itu hanya allah sahaja yang tahu..ALLAHU,
hebat perancagan kau ya allah !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now