Izhar sudah 1 bulan tidak ke pejabat angkara Mawar.Dia tidak boleh keluar rumah itu tanpa Mawar.Kebiasaannya wanita yang mengandung akan mengidam mahu makan-makanan yang pelik.Tetapi berbeza dengan Mawar,dia mahu Izhar sentiasa ada disampingnya untuk dirinya bermanja-manja dengan suaminya.Izhar tidak boleh menolak dengan permintaan Mawar itu kerana dia akan jadi serba salah.Mawar mahukan Izhar setiap waktu.Sehingga Izhar sukar hendak melakukan kerja-kerjanya kerana mahu melayan kerenah isterinya.
"Abang,Mawar bosan lah tengok tv".Ujar Mawar dengan riak yang bosan."Habis sayang nak apa ?".Soal Izhar yang mula mengeluh dengan permintaan isterinya."Nak baring.Jom kita baring kat bilik".Ajak Mawar kepada suaminya."Abang kan tengah buat kerja ni sayang,apa kata sayang masuk bilik..baring-baring dulu nanti sekejap lagi abang datang okay ?".Jelas Izhar panjang lebar dengan penuh tenang."Taknak,Mawar nak abang ikut sekali".Mawar meronta mahukan Izhar yang sedang melakukan kerja di komputer ribanya.Izhar sudah masak dengan perangai Mawar itu hanya turut sahaja akan permintaan ibu mengandung yang ada di sebelahnya.Sabarlah Izhar,kata Baby Girl !.
Sesampai mereka di bilik tidur,Mawar sudah mengambil tempat pembaringan di sebelah tempat suaminya.Manakala,Izhar sedang membuka pakaiannya satu persatu dan hanya bertuala sahaja.Ia itu adalah permintaan daripada Mawar juga.Izhar sudah selesai membuat kerjanya itu,dia turut baring disebelah Mawar.Segera sahaja Mawar meletakkan kepalanya di atas lengan Izhar yang agak besar itu dan tangan kirinya bermain-main didada bidang milik suaminya."Abang,
abang sayang Mawar tak ?".Soal Mawar ingin perhatian Izhar."Mestilah abang sayang,isteri abang kan ?".Jawab Izhar dengan lembut."Mawar nak abang je tau".Luah Mawar kepada suaminya."Habis macam mana abang nak kerja kalau sayang asyik nak abang melepek sama dengan sayang ?".Soal Izhar dengan perangkapnya."Abang bawak lah Mawar sekali,apa yang susah ?".Jawab Mawar dengan selamba."Sayang tak boleh berterusan macam ni tau,lepas ni kita akan ada anak..sayang nak buat perangai macam ni depan anak kita ?".Soal Izhar menyedarkan Mawar dengan perilakunya itu."Alaa,abang lah yang kena adil nak layan anak dengan Mawar..kenapa Mawar pulak yang nak kena berubah ?".Soal Mawar kembali kepada Izhar.Izhar hanya mampu diam dengan persoalan Mawar itu,Ya dia yang perlu berlaku adil kepada anak dan isterinya..dia merasakan dirinya sebagai seorang suami yang perlu berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya.Izhar terus memejamkan mata dan tertidur bersama dengan isterinya.Lepas Isyak Izhar membuat keputusan untuk menyambung kembali membuat kerjanya yang tertangguh akibat kerenah Mak Buyung seorang itu.Dia sedang ralit meneliti kertas-kertas kerja yang bersepah di atas meja kerjanya itu.Tiba-tiba ada secawan air mendarat di atas meja kerjanya.Izhar memusingkan tubuh untuk melihat gerangan yang meletakkan cawan itu,dan...isterinya tersenyum manja melihat suaminya yang agak kacak berkain pelikat dan berbaju melayu berwarna hitam."Mawar tak tahu nak buat apa untuk abang,tu yang Mawar buatkan air untuk abang".Jelas Mawar kepada suaminya apabila lelaki itu memberi isyarat kening meminta penjelasan daripadanya."Kenapa sayang susah-susah buatkan abang air,nanti kalau abang nak..abang boleh ambil sendiri lah".Jelas Izhar lembut sambil memandang isterinya yang comel dengan baju besarnya berdiri di tepi meja kerja Izhar."Mawar dah banyak sangat susahkan abang,sebab Mawar abang tak boleh pergi office.Mawar tak boleh nak masakkan untuk abang sebab Mawar preggy..so dengan cara ni lah Mawar nak balas jasa abang..Mawar minta maaf...ye abang".Luah Mawar diiringi esakan kecil.Izhar terharu dengan pengakuan Baby Girl dia,kerana Mawar jujur mengaku salah dirinya penyebab Izhar tidak mampu buat kerjanya."Dah lah sayang,jangan sedih-sedih lagi.Abang akan cintakan sayang hingga ke syurga".Luahan romantis itu dibuat oleh Izhar buat isteri tercinta.Mereka tersenyum bahagia !.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...