BAB 23

345 8 0
                                    

Sedang Mawar ralit memilih sesuatu untuk dibeli buat dirinya di kedai Jam itu,selamba sahaja Izhar memeluk pinggang Mawar dari belakang dan menongkatkan dagunya di atas bahu kanan Mawar.Terkejut Mawar dengan perilaku selamba Izhar di khalayak ramai itu."Eh,awak buat apa ni ?".Tanya Mawar kepada Izhar."Ha,saya tengah peluk tiang lampu".
Nyata Izhar dengan selamba."Awak jangan nak buat hal kat sini eh,ni public tau ?".Terang Mawar dengan penuh rasa geram yang membuku itu."Oh,tak boleh buat hal kat sini eh ? kalau kat rumah boleh ?".Tanya Izhar dengan wajah yang tidak bersalah.Kecik saja Mawar Arissa tengok lelaki itu yang mukanya kini menongkat di bahu kanan Mawar."Boleh...boleh blah".Jawab Mawar yang agak kasar kerana geram dengan sikap Izhar Hakim.Tiba-tiba sahaja,dia merasakan yang bahunya terasa ringan,apabila dia pusingkan tubuhnya Izhar sudah jalan meninggalkan dirinya seorang diri."Dia terasa dengan aku ke ?".
Desis hati Mawar yang kini rasa bersalah bertandang dihatinya."Awak,
kenapa ? awak terasa dengan saya ke ? saya minta maaf saya takda niat nak cakap macam tu dekat awak".Pinta Mawar yang agak kesian dengan lelaki itu."Eh,taklah tadikan awak suruh saya blah ?".Jelas Izhar yang tidak mempunyai apa-apa reaksi.

Ketuk ! Satu ketukan hebat hinggap di kepala Izhar.Mawar kini memang rasa hendak telan hidup-hidup sahaja lelaki itu.Sabarlah Mawar,dah nasib nak buat macam mana !

--------------------------------

Termenung Irfan di sofa yang terletak di bilik kerjanya di pejabat.Kini dia berada seorang diri di pejabat itu,kerana ingin menenangkan hati yang entah tiba-tiba rasa diguris-guris.Dia memberitahu kepada Nayla dan uminya dia ke pejabat untuk membuat kerja yang tertangguh sedangkan dia tiada sebarang kerja pada masa ini.Dia ingin duduk berseorangan untuk merenungkan kejadian yang berlaku satu jam yang lepas di pusat membeli-belah itu.Dia ingin tahu bagaimana bunga yang dicarinya itu boleh keluar bersama Izhar ?.Sejak bila mereka kenal ?.

Irfan duduk dan hanya termenung,sehingga bunyi deringan telefon bimbitnya yang membuatkan lamunannya terhenti.Dia berdecit melihat nama pemanggil tersebut."Honey" iaitu Nayla.

"Sayang,where are you ?".Tanya Nayla yang tiba-tiba terjah dari dalam talian itu.
"Kan I dah cakap,I ada kerja dekat office".Terang Irfan kepada Nayla dengan suara yang agak mendatar.
"U boleh tipu umi,but not me okay ?".Nayla pintas jawapan daripada Irfan.
"Tak,yang sekarang ni u sibuk sangat I kat mana why ?".Soal Irfan dengan nada yang agak tinggi.
"U yang ada problem lepastu,u nak heret I sekali dalam problem u tu ? I know u okay..If I dapat tahu masalah u yang sebenar,jaga u eh ?".Marah Nayla kepada lelaki itu.Nayla terus mematikan talian.Irfan mencampakkan telefonnya di tempat duduk yang kosong di sebelahnya itu.Irfan meraup wajahnya,dia amat tertekan kini,entah perasaan apa yang sedang bertandang dihatinya pada masa ini.Irfan memang cari nahas ni !.

------------------------------
Izhar memberhentikan keretanya dihadapan sebuah pantai,dia terus membuka tali pinggang pemandu dan mematikan enjin lalu mengajak Mawar mengikutinya.Dia dan Mawar jalan beriringan sambil berpegangngan tangan menuju ke suatu kedai seperti menyewa permainan di pantai itu.

"Bang,basikal ni nak sewa kira macam mana ye ?".Tanya Izhar kepada penyewa basikal itu.
"1 jam RM 15 dik".Terang penyewa basikal itu kepada Izhar yang sesekali matanya pandang ke arah Mawar dapat diperhatikan oleh Izhar.
"Oh,sewa dua basikal lah bang".Nyata Izhar kepada penyewa itu.
"Awak pandai main basikal tak ?".Soal Izhar kepada Mawar.
"Saya ni kan budak kampung,mestilah saya terror main basikal".Jelas Mawar dengan penuh riak.Izhar hanya mencebikkan bibirnya kepada Mawar.
"Jom sayang ?".Ajak Izhar setelah dua buah basikal telah diberi kepadanya oleh penyewa.

Sepanjang pengkayuhan,mereka berdua hanya diam menikmati pemandangan sekeliling pantai tersebut.Tiba-tiba sahaja Izhar menahan basikal yang dikayuh Mawar dengan tangan kanannya yang hampir membuat Mawar terjatuh kesebelah sisi.Dia ingin mengambil gambar kenangan bersama wanita kesayangannya itu untuk dijadikan satu memori yang indah.Dia menahan seorang lelaki yang sedang berjalan di pinggir pantai tersebut dan meminta mengambilkan fotonya bersama Mawar.Lelaki itu bersetuju untuk tolong mengambilkan fotonya bersama Mawar.Kemudian lelaki itu meminta diri dan Izhar mengucapkan terima kasih.

"Comelkan budak perempuan ni ?".Tunjuk Izhar kepada Mawar tentang remaja perempuan yang berada di dalam galeri telefonnya.
"Mestilah comel,tengok lah sapa punya ?".Soal Mawar dengan berani.
Sepantas kilat sebuah kucupan hangat hinggap dibibir munggil milik Mawar.Wajahnya bertukar warna kerana menahan malu,bukan di khalayak ramai tapi dengan Izhar.Auwwww Izhar,kau buat aku angau lagi !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now