Pada awal pagi lagi dia sudah berada dibilik kerjanya di syarikat IZHAR COMPANY'S.Dia sedang menunggu kedatangan seseorang yang membuatnya tidak tidur sepanjang malam."Min,masuk bilik aku sekejap".Arah Izhar kepada wanita itu sebaik sahaja dia melihat Min berada di meja kerjanya."Yes Boss ?".Tanya Min."Aku nak tanya kau something ? kau ada beritahu apa-apa ke dekat Mawar tentang aku ?".
Soal Izhar dengan wajah yang menakutkan,dahi berkerut dan keningnya hampir bercantum.Min sudah mengeletar dengan soalan itu,dan melihat raut wajah majikannya yang seperti singa kelaparan itu.
"C.....cakap apa Boss ? I takda cakap apa-apa ?".Tanya Min."Kau yang bongkar pasal hidup aku dekat Mawar kan ?".Tanya,Izhar dengan penuh rasa amarah tapi di dalam nada yang perlahan."I....I minta maaf Boss,I just bual kosong je dengan Mawar,takda niat nak burukkan u pun Boss".
Terang Min kepada majikannya."Kau tu cuma pembantu atas urusan kerja je,bukan urusan peribadi aku..FAHAM !".Keras amaran diberi kepada Min.Min tidak dapat lagi menahan air matanya pantas saja mengalir di pipinya yang gebu itu."Aku taknak kau masuk campur dalam hal keluarga aku lagi,apa yang kau dah tahu kau diam je..FAHAM".
Sekali lagi jerkahan diterima oleh Min daripada Izhar.Izhar betul-betul melepaskan rasa amarahnya kepada Min.Mawar sedang menonton tv, kerana harini dia membuat keputusan tidak mahu kerja kerana malas hendak berperang dengan Izhar dan tidak berminat mahu tengok lelaki itu.Sedang asyik Mawar menonton televisyen.
Ting Tong ! Ting Tong ! Ting Tong .
Loceng rumahnya berbunyi kerana ada tetamu yang datang."Hai selamat tengahari Cik,kami ada bawa pesanan untuk Cik".Terkejut Mawar Arissa kerana dia tidak membuat sebarang pesanan makanan di atas talian."Eh,saya tidak ada pesan makanan".Jelas Mawar kepada penghantar makanan tersebut."Eh,tapi pesanan ini atas nama Cik dan sudah pun membuat bayaran secara online".Jelas lelaki yang berusia 30an itu kepadanya."Baiklah,terimah kasih ya".Ucap Mawar seraya lelaki itu meminta diri.Pelik siapa yang hantar makanan kepada Mawar !.
"Hai sayang".Belum sempat Mawar menutup pintu rumahnya Izhar Hakim sudah terjegul di hadapan."Awak nak apa ? saya tak ada mood nak layan awak".Laju sahaja tangan Mawar ingin menghempas pintu itu.Namun tetap dapat ditahan oleh Izhar.Izhar terus sahaja nasuk kedalam rumah tanpa ada rasa bersalah terhadap Mawar."Awak ni memang manusia tak faham bahasa ke ? tak semua benda kita boleh buat gurauan Izhar Hakim !".Tengking Mawar pada Izhar.Izhar memandang Mawar dengan wajah yang serius dan mendekati wanita itu."Saya nak tahu,kenapa awak marahkan saya sangat ?".Mawar diam,tiada jawapan."Mawar Arissa,saya tanya awak..kenapa awak marahkan saya seperti saya melakukan satu kesalahan yang amat besar ?".Izhar tanya pada Mawar yang masih belum memberi sebarang jawapan."Sebab awak GILA !".Luah Mawar dengan satu jerkahan terhadap Izhar."Itu bukan salah saya sayang".Terang Izhar dengan penuh kecewa."Kenapa awak tipu saya ? awak cakap awak sayang saya tapo awa tipu saya,awak tak jujur dengan saya tentang diri awak yang sebenar".Menangis Mawar meluahkan rasa hatinya yang terpendam selama dua hari."Sebab saya taknak awak hilang dari hidup saya lagi,cukuplah awak seksa jiwa raga saya,sebab saya dah tak sanggup nak tempuh benda ni lagi..saya cuma nak awak je sayang..cause..you are..My Baby Girl".Terang Izhar panjang lebar."Awak ada kekayaan,awak ada keluarga,awak ada kerjaya yang hebat kepunyaan awak sendiri..apa lagi yang awak nak dalam hidup awak ?".Tanya Mawar."Saya nak awak Baby".Luah Izhar dengan penuh lembut."Saya nak cari kebahagiaan hidup,dengan awak...apa yang awak lihat sekarang ni bukanlah milik saya,hanya tubuh,nyawa akal dan awak sahaja yang saya ada sekarang ni...nasib kita sama Mawar".Luah Izhar kepada Mawar.Terkejut Mawar dengan pernyataan Izhar itu.Adakah Izhar juga anak yatim piatu sepertinya !.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...