BAB 19

335 8 0
                                    

Datin Maria baru sahaja selesai mengaji,dia berbaring-baring di atas katil.Tiba-tiba,dia teringatkan peristiwa dia membawa Izhar pulang ke rumah agamnya itu."Iz,sini dekat mummy..ni sekarang rumah Iz tau nanti Iz bolehlah belajar,main dan buat apa-apa je yang Iz suka dalam rumah ni".Terang Maria kepada anak angkatnya itu.Izhar hanya memberi anggukkan kepada Maria kerana dia masih belum pandai bertutur di usianya 2 tahun lebih itu.

Datin Maria mengalirkan airmata kerana merasa bangga menjadi seorang ibu kepada seorang lelaki yang berjaya itu tetapi kadang perasaan takut,sedih dan kecewa menghurung hatinya yang lara.

28 tahun yang lepas ,

"Mar dah berapa tahun,kahwin dengan Muaz ?".Soal Faridah kepada Maria."Tahun ni adalah tahun ke 4 perkahwinan kami Idah".Jelas Maria kepada wanita itu."Oh,Mar takda perancangan nak anak ke ?".Soal sarah bersahaja."Sebenarnya,Mar doktor dah sah kan tak boleh mengandung,sebab ada masalah rahim".Jelas Mawar kepada mereka bertiga."Ya Allah Mar,Sarah minta maaf...Sarah tak tahu yang Mar ada komplikasi untuk mengandung?".Pinta Sarah yang seperti ingin menangis dengan kesilapan kata-katanya itu."Eh,takpa-takpa Sarah,Mar okay je..dah biasa dah dengan soalan tu..takda apa-apalah".Jawab Maria dengan penuh kecekalan di hati.

"Assammualaikum".Salam diberi oleh seseorang dimuka pintu bilik Datin Maria sehingga terhenti lamunannya itu."Waalaikummusalam,eh..
Iz,kenapa datang bilik mummy ni ?".Soal Datin Maria yang ingin penjelasan anak lelakinya itu."Mummy...".Panggil Izhar meleret."Macam mana kita nak pujuk perempuan ?".Soalan Izhar itu membuat Datin Maria terkedu kerana lelaki itu setahunya tidak pernah ada keinginan untuk pikat wanita."Kenapa Iz tanya soalan tu dekat mummy ? Iz gaduh -gaduh manja je".Terang Izhar kepada mummynya."Macam mana boleh gaduh ni ? mesti Iz suka sakat Mawar kan ? lepastu Mawar marah,Mawar merajuk ? betul ?".Soal Datin Maria inginkan jawapan.
"Eh,mana mummy tahu yang Mawar merajuk sebab Iz kacau dia ?".Soal Izhar tapi bukanlah kerana gurauannya tapi penyakit gilanya membuat Mawar merajuk dan benci dengan dirinya.Dia ingin menyembunyikan pergaduhannya dengan Mawar daripada Puan Maria."Haa,mummy ada idea,apa kata Iz bawa Mawar pergi tempat-tempat kegemaran dia..mana tahu lembut hati dia dan berbaik dengan kamu semula".Jelas Datin Maria kepada anak lelaki yang sedang mengelamun didepannya.

"Gedebuk !".

"Mummy,sakitlah..kenapa mummy tolak Iz dari atas kebawah..adoiii !".
Aduh Izhar yang terjatuh dari atas katil kebawah akibat ditolak Datin Maria."Sapa suruh mengelamun,dah mintak pandangan kita...kita pun dah bagi idea pastu dia berangan pulak".Jelas Datin Maria selamba seperti tidak bersalah."Iz tengah fikir lah ni mummy,mana nak bawa Mawar ?".Terang Izhar sambil mengosok-gosok kepalanya yang sakit akibat terjatuh ditolak oleh mummynya.Izhar berasa geram kerana wanita kesayangannya itu dia dapat bala dari mummynya.Kalau lah Mawar ada dihapannya sekarang sudah lama dia menarik rambut perempuan itu sekuat hatinya.Siap kau Mawar !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now