Harini Mawar dan Izhar akan berangkat ke Pulau Hawaii.Mereka pergi ke sana diatas pemberian hadiah perkahwinan mereka oleh Dato Muaz.
"Jaga Mawar baik-baik Izhar".Pesan Dato Muaz kepada anak lelakinya itu."Yes daddy,Iz tahu nak jaga wife Iz ni macam mana ?".Jawab Izhar dengan senyuman manisnya."Daddy jangan risau ye,Mawar dengan Iz akan okay je dekat sana".Jelas Mawar kepada Dato Muaz dia tidak mahu anak dengan bapa itu bergaduh terus.Mereka bersalaman dengan ibu bapanya dan bergerak masuk ke pintu balai berlepas.Setelah hampir satu hari punya perjalanan mereka pun tiba di Hawaii.
Pemandangan yang cukup indah."Cantik kan sayang ?".Soal Izhar kepada isterinya sambil matanya melilau memandang suasana Pantai itu."Aah cantik,yang tak pakai baju pun cantik".Jelas Mawar yang geram dengan perangai Izhar.Sedangkan yang lalu lalang depan mereka semuanya berbikini sahaja."Elehh,sayang kalau nak pakai macam tu pun abang izinkan lah".Jujur Izhar kepada isterinya.Mawar memberi jelingan maut kepada Izhar,namun Izhar hanya ketawa sahaja.Mereka berehat-rehat di bilik.Izhar sedang mandi membersihkan diri sebelum meneruskan aktiviti mereka di tepi pantai malam nanti.Mawar pula sedang ralit main telefon.Tiba-tiba Mawar terasa badannya disentuh-sentuh.Dia memusingkan kepalanya.CUP ! satu kucupan hebat hinggap di bibir munggil miliknya itu."Apa ni ? abang ni suka tau main cium-cium orang".Luah Mawar geram."Benda dah halal kan,takkan tengok je".Jawab Izhar sambil menghadiahkan kenyitan mata pada isterinya.Mati lah Mawar !
--------------------------------
"Abang,bila abang nak cakap dekat budak-budak tu tentang perkara sebenar ?".Tanya Datin Maria kepada suaminya."Insyaallah,abang dah niat nak cakap lepas Izhar dengan Mawar balik dari hawaii.Dan lepas Nayla kahwin nanti".Jawab Dato Muaz yang melepaskan satu keluhan yang berat didada.Datin Maria hanya turut akan kata-kata suaminya.
"Abang harap sangat bila abang beritahu budak-budak tu nanti diorang akan dapat terima perkara ni dengan baik".Luah Dato Muaz.Di rumah Nayla Irfan hanya menonton televisyen."Sayang,awak dah siapkan barang-barang awak tak ?".Soal Nayla kepada Irfan."Barang apa ?".Soal Irfan kembali kepada Nayla."Ishh,barang hantaran sume lah".Jawab Nayla bosan dengan cara Irfan."Sayang,I love you".Ucap Irfan sambil menghulurkan sebuah kotak yang ada isinya di dalam."Wauu apa ni sayang ?".Tanya Nayla teruja."U bukalah".Pinta Irfan kepada Nayla.Nayla membuka kotak tersebut dan terdapat sebuah cincin terletaknya permata diatas cincin tersebut."Sayang,
thank you".Ucap Nayla tanda terima kasih."Sama-sama sayang".Ucap
dibalas Irfan seraya tersenyum kepada Nayla.Bahagia yang tidak ada galang gantinya.----------------------------------------
"Abang,jom lah jalan-jalan Mawar boring lah".Luah Mawar kepada suaminya."Alaa,sayang sekarang kalau keluar pun kita tak tahu nak pegi mana,setakat jalan dekat pantai tu malam pun boleh.Aktiviti kita kan malam nanti,so tunggu je lah malam nanti".Jawab Irfan tidak endahkan permintaan isterinya."Abang ni,daddy bagi kita percutian ni bukan suruh duduk dalam bilik je".Jawab Mawar yang seakan merajuk dengan Izhar."Memanglah daddy tak suruh duduk dalam bilik je tapi pandai-pandai lah nak buat kalau dah duduk dalam bilik".Jawab Izhar sambil merangkak perlahan-lahan kearah Mawar.Seperti pemangsa mencari mangsa."Ishh,sana..Mawar taknak kawan abang".Luah Mawar sambil menolak dada bidang suaminya."Mawar tengok muka abang".Pinta Izhar serius."Ada abang kisah".Nyatanya dengan gelak tawa yang besar."Sayang taknak kawan abang ke ? tak kesian kat abang ?".Soal Izhar meminta simpati.Mawar memang cair dengan permintaan Izhar itu.Mawar terus sahaja menurut permintaan suaminya.Pada jam 5 petang,Mawar dan Izhar mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan tepi pantai sambil menyaksikan sesi terbenamnya fajar di waktu senja.Izhar memimpin erat tangan Mawar Arissa seperti seorang ayah yang memimpin tangan anak kecilnya dengan erat supaya tidak hilang dari pandangan."Abang kita nak pergi mana ?".Tanya Mawar kepada Izhar."Haa,tulah sayang..tadi abang ajak duduk bilik je sayang taknak..sekarang dah keluar takda hala tuju nak kemana ?".Jawab Izhar dengan leteran.Mawar hanya diam.Kerana dia tahu suaminya ingin menegaskan perkataan dalam BILIK saja.Dia cukup masak dengan perangai lelaki itu."Abang ni,orang tanya nak pergi mana bukan tanya nak suruh bebel apa ?".Jawab Mawar muka selamba.Tiba-tiba Mawar terasa badannya dipusingkan dan...CUP ! sekali lagi.Izhar menarik tubuhnya menghadap tubuh Izhar dan Izhar mencium bibir isterinya di khalayak ramai.Sehingga mereka berdua seperti orang tidak cukup nafas."Sekali lagi sayang menjawab dengan abang,abang akan buat lebih daripada ni okay ?".Amaran diberi dengan nada yang cukup romantis dan senyuman menggoda.Tetapi Mawar harus mengambil serius dengan amaran itu,kerana dia amat mengenali lelaki dihadapannya kini,lelaki yang tak pernah berputus asa,lelaki yang ego dan sombong dengan kelebihannya.Sabar lah Mawar dapat suami macam ni,dia punya berani lain macam !.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...