Irfan membelek telefon Samsung galaxy S10 yang berada di tangannya itu.Dia tergerak hati untuk membuat panggilan terhadap seseorang.
Namun dia segera mendail nombor gerangan tersebut.Tut ! tut ! tut.
"Hello,Siapa ni ?".Jawab gerangan yang dipanggil oleh Irfan itu.
"Aku....Aku ni Irfan".Terang Irfan lambat-lambat.
"Boleh tak kita jumpa sekejap ?".Soal Irfan kepada lelaki itu.
"Okay baik,lagi 20 minit aku sampai".Jawab Irfan seraya gerangan itu bersetuju untuk berjumpa dengannya di suatu tempat.Selepas 20 minit perjalanan Irfan ke suatu tempat dia sudah pun sampai ke destinasi yang telah dijanjikan itu.Dia mencari seseorang di kawasan pantai yang agak sunyi pada jam 10 malam itu.Dan....dia sudah menemui tetamunya itu.
"Assalammualaikum".Salam diberi oleh Irfan.
"Waalaikummusalam".Jawab gerangan itu.
"Kau apa khabar Iz ?".Soalan diberi kepada tetamunya Izhar Hakim.
"Sihat alhamdulillah,kau sekarang aku tengok macam berisi je ? Are you preggy ?".Soalan gila daripada Izhar itu disambut dengan gelak tawa yang kuat oleh Irfan.
"Kau agak-agaklah,nafsu aku masih pada perempuan lagi tau".Jelas Irfan kepada sahabatnya itu.Sesekali dia melihat wajah itu dengan penuh makna,kerana wajah itulah yang membuatkan dia menjadi orang yang berjaya.
"Hahaha,manalah tau test kau dah berubah ?".Soal Izhar selamba kepada Irfan.
"Kau sekarang buat apa Iz ?".Soal Irfan kepada sahabat karibnya itu.
"Aku macam biasalah,busy dengan company aku tu".Jelas Izhar.
"Aku ada baca buku keluaran terbaru kau tu..best..tak dinafikan cerita tu ada kena mengena dengan kisah benar".Terang Irfan tentang pendapatnya.
"Kau baca novel ? macam tak percaya aku".Soal Izhar dengan mengangkat kening.
"Bukan aku punya...Nayla yang baca novel kau tu".Jawab Irfan yang agak mendatar itu.
"Ohh,ingat kau sekarang dah jadi pencinta novel".Sakat Izhar lagi.
"Kau bila nak kahwin ? haritu aku ada ternampak kau dengan sorang girl dekat mall...dia dah tahu tentang kau ? aku bukan apa Iz,aku salah dan aku juga buat salah,tapi sebagai kawan aku dah kenal kau luar dalam jadi perempuan tu pun kena kenal dan terima segala kekurangan diri kau Iz".Luah Irfan panjang lebar.
"Ya,dia dah tahu pasal aku,masa permulaan dia tak boleh nak terima langsung tapi aku pujuk dia,tunjuk effort aku dekat dia baru dia terima aku seaadanya".Jelas Izhar kepada sahabatnya.
"Aku hope Bunga boleh jaga kau dan faham kau dengan baik".
Harapan diberi kepada Izhar.
"Bunga ? kau kenal ke Mawar tu ?".Soal Izhar sehingga keningnya bercantum.
"Kau dah lupa ke Iz siapa yang kau tengah kenal sekarang ni ?".Terang Irfan seperti bermain teka teki.Selepas beberapa lama Irfan menerangkan siapa Mawar itu,barulah Izhar faham dengan siapa yang sedang dia berkenalan.
"Ohh,baru aku tau siapa Mawar tu,hebat jugak kau eh boleh trace semua benda".Puji Izhar kepada sahabatnya itu.
"Aku minta maaf tapi apa yang jadi sekarang ni semuanya ada hikmah.Aku cuma nak Nayla sebab tu aku lepaskan bunga tu pada kau sebab aku tahu Nayla bukanlah yang terbaik untuk lalui semua benda dengan kau Iz.Bunga ni walau dia adik tapi dia matang.Aku sayang Nayla bro,so aku harap kau jaga lah bunga tu baik-baik."Pesan Irfan kepada Izhar."Aku dengan bunga kenal 7 tahun tapi aku tak pernah rasa lebih-lebih dengan dia dari seorang adik je".Terang Irfan lagi.
"Ialah,kau nak lebih-lebih dengan Nayla kan ?".Soal Izhar sambil tersengih.
"Habis Mawar dah tahu yang Nayla tu kakak dia ?".Soal Izhar inginkan jawapan dari Irfan.
"Belum lagi,tapi beberapa minggu lepas aku ada teman Nayla pergi Batu Pahat,jumpa dengan someone".Jelas Irfan.
"Siapa yang kau jumpa tu ?".Soal Izhar ingin tahu.Irfan terus berubah pucat lesi.
"Orang yang tahu tentang 4 sahabat dan siapa dan punca kematian Bapak aku,bapak kau dan juga bapak Nayla dan Mawar.Terkejut Izhar seketika dengan penjelasan Irfan itu.Siapa punca dan dalang semua ni !
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...