BAB 20

382 8 0
                                    

Dato Muaz membuat keputusan untuk bermain golf pada hari ini.Dia sudah berjanji dengan Dato khalid iaitu merangkap rakan kongsinya itu untuk bermain Golf.Ibrahim yang sedang ralit mengelap cermin kereta bahagian hadapan itu dipanggil oleh Dato Muaz.

"Ibrahim,awak dah siapkan semua barang saya untuk ke country club tu ?".Tanya Dato Muaz."Dah Dato,saya dah siapkan semuanya..ada apa-apa lagi ke Dato nak saya buat ?".Tanya Ibrahim kepada majikannya dengan penuh hormat."Tak..tak ada apa-apa lagi".Jelas Dato Muaz kepada pemandunya."Dato..saya nak minta izin boleh ?".Pinta Ibrahim kepada Dato Muaz."Apa dia ?".Soal Dato Muaz.
"Saya nak minta izin,nak balik kampung..lama saya tak jumpa keluarga saya Dato".Luah Ibrahim tentang hasratnya itu."Ohh,okay..boleh nanti awak isi borang cuti di pejabat saya ya..minta dengan PA saya Ain".Terang Dato Muaz kepada Ibrahim."Baik Dato,terima kasih bebanyak ya Dato".Ucap Ibrahim."Ibrahim,di kampung kamu ada siapa je lagi ?".Soal Dato Muaz kepada pemandunya."Saya masih ada ayah mertua tapi ibu mertua dah meninggal 10 tahun lepas akibat kanser darah".Luah Ibrahim yang agak sedih."Ohh,kalau awak tak keberatan..
saya nak minta izin untuk ikut awak pulang ke kampung sebab saya pun orang batu pahat juga".Jelas Dato Muaz dengan senyuman kecil.
"Ehhh,apa salahnya Dato,boleh je itupun kalau Dato rasa selesa nak balik sekali dengan sayalah".Jelas Ibrahim lagi."Takpa,nanti dua hari sebelum balik kampung,awak hantar kereta ni untuk diservis..nanti kita balik guna kereta saya je".Jelas Dato Muaz yang agak tidak selesa dengan cara perjalanan Ibrahim pulang ke kampung.Di dalam baiknya masih ada keegoannya.Dato ! Dato !.

Dato Muaz sudah tiba di country club untuk bermain golf bersama rakannya Dato Khalid."Dato,saya akan pergi ke Batu Pahat pada hujung minggu ni".Jelas Dato Muaz kepada lelaki yang mempunyai gelaran yang sama dengannya itu."Batu Pahat ? itu bukan kampung halaman awak ke Dato Muaz ?".Soal Dato Khalid kepada Dato Muaz ingin penjelasan."Ya..itu kampung saya tapi saya tidak tahu sesiapa yang masih saya kenal masih berada di kampung atau tidak".Luah Dato Muaz yang suaranya agak kendur."Awak masih berhubung dengan bekas pemandu awak tu ?".Soal Dato khalid bertanya tentang seseorang kepada Dato Muaz."Tak....selepas kejadian 28 tahun yang lepas dia terus tidak berhubung dengan saya lagi".Jawab Dato Muaz yang suaranya masih lagi mendatar."Awak rasa dia masih hidup lagi ?".
Soal Dato Khalid sambil membuat pukulan Tiger Woodnya itu."Itu saya tiada jaminan untuk berkata ya...dia juga kecewa dengan saya seperti yang lain-lain..kematian yang pergi semuanya kerana kecewa".Luah Dato Muaz yang agak sayu."Hmmm,saya minta maaf kalau saya punca mereka jadi sebegitu".Ucap Dato Khalid seperti kesalahan kecil yang dilakukan."Semuanya dah terlambat Dato".Ucap Dato Muaz seraya terasa dirinya gagal menjadi seorang manusia yang baik.

Sepanjang perjalanan pulang,Dato Muaz hanya membuang pandangannya keluar tingkap,tetapi kelakuannya itu dapat dilihat oleh Ibrahim melalui cermin pandang belakang."Dato...Dato okay ke ?".Tanya Ibrahim ingin tahu keadaan majikannya itu."Saya okay je".Jawab Dato Muaz dengan sayu.Sepanjang perjalanan dia hanya memikirkan nasibnya apabila pulang ke kampung nanti.. . Kesian tengok Dato Muaz !

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now