Irfan hanya mendiamkan diri didalam kereta sepanjang perjalanannya bersama Nayla.Hanya corong radio yang memecah kesunyian.Begitu juga Nayla membuat keputusan untuk berdiam diri.Mereka masih buntu dengan hubungan cinta mereka.Penjelasan daripada pakcik Jalil tentang hubungan ibu-ibu mereka telah mengubah corak langkah jalan hidup yang patut mereka bina tidak lama lagi.
"Irfan".Panggil Nayla dengan penuh lembut.
"Ya".Jawab Irfan ringkas dengan suara yang mendatar.
"U okay tak ? kenapa diam je ? taknak cakap something ke dengan I sayang ?".Soalan demi soalan ditalukan pada lelaki itu.
"I takda benda nak cakap dengan u".Jelas Irfan ringkas.
"Habis,u nak diam je pasal benda ni, sampai bila ?".Suara Nayla agak tinggi kepada Irfan.
"Hmmmm....kita break je lah kan senang".Jawab Irfan bersahaja seperti tiada perasaan yang perlu dijaga ketika itu.
"U cakap boleh guna otak tak ? u nak ambil jalan mudah,then u suruh I break ? u ingat senang ke I nak lupakan u Irfan ?".Soal Nayla yang agak berang dengan jawapan lelaki itu.Kesunyian kembali menguasai suasana didalam kereta itu.Setelah hampir 30 minit perjalanan,mereka tiba dirumah umi Irfan.Irfan dan Nayla berasa sungguh berat hati mahu melangkah masuk kedalam rumah itu.Irfan memberi salam dan masuk kedalam rumah lalu mendapatkan uminya begitu juga dengan Nayla.
"Kenapa ni Irfan,macam tak boleh tunggu hujung minggu nak balik rumah umi,macam ada yang mustahak je ?".Soal Puan Zainab kepada anak lelakinya itu.Nayla dan Irfan saling berpandangan,kerana mereka tidak tahu hendak mula dari mana ?."Sebenarnya umi,kami ada perkara yang amat penting nak bincang dengan umi".Jelas Nayla bersuara."Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu hari cuti ?".Tanya Puan Zainab didalam keadaan yang masih tenang."Weekend yang lepas,
Nayla dan Irfan pergi berjumpa dengan seseorang".Jujur Irfan kepada uminya."Kamu berdua pergi jumpa siapa ?".Soal Puan Zainab ingin tahu."P....pakcik Jalil".Jawab Irfan terketar-ketar.Tiba-tiba sahaja wajah Puan Zainab berubah pucat tiada darah."Kami inginkan kepastian tentang empat sahabat itu,dan tentang keluarga kami yang sebenar".Jelas Nayla kepada Puan Zainab.Puan Zainab sudah tidak mampu berkata-kata hanya mengalirkan airmata di hadapan dua anaknya itu.Nayla menjadi serba salah dengan Puan Zainab,dia tidak tahu hendak meneruskan atau berhenti sahaja cerita tentang kisah itu.
"Jalil sihat ?".Soal Puan Zainab tiba-tiba selepas tangisannya agak reda."Alhamdulillah sihat,dia cakap dia rindu dekat ayah dengan kawan-kawanya".Jelas Irfan dengan tenang.Sekali lagi air mata Puan Zainab gugur."Pakcik Jalil tu ada cerita apa-apa lagi tak ?".Tanya Puan Zainab teragak-agak."Dia dah ceritakan semuanya pada kami,sekarang ni Nayla nak cari adik Nayla".Luah Nayla kepada Puan Zainab."Tapi...
ada sesuatu yang Irfan nak umi tahu,....pakcik Jalil dah terangkan segalanya pada kami dan...siapa umi dan ibu Nayla ? Kami minta jasa baik umi untuk merestui kami,kerana sekarang ni kami tidak tenang untuk harungi hubungan kami ini".Luah Irfan kepada uminya.Alangkah terkejut Puan Zainab anak saudara yang dihantar kerumah anak yatim itu kini ada didepan matanya.Lantas Puan Zainab menarik Nayla kedalam dakapannya dan meminta maaf bertalu-talu."Umi sayangkan kamu berdua,umi restu hubungan kamu....jagalah Nayla baik-baik Irfan dalam dunia ni dia tak pernah rasa kasih sayang".Luah uminya itu.Irfan hanya mampu terdiam seribu bahasa.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...