Sedang Nayla duduk di ruang tamu di rumah sewanya itu,terdengar bunyi enjin kereta yang berhenti hadapan pagar rumahnya.Bergegas Nayla menuju ke pintu untuk mendapatkan tetamunya itu.Termati senyuman Nayla apabila dia melihat gerangan yang semakin hampir dengan pagar rumahnya itu, iaitu Irfan Malique.
"Ish,U ni nak apa datang rumah I ?".Tanya Nayla kepada Irfan."I nak jumpa U lah sayang,takkan I nak jumpa jiran sebelah rumah u pulak ?".
Jawab Irfan seraya bergurau dengan buah hatinya itu."Dah lah,jom masuk".Ajak Nayla sambil memegang tangan lelaki itu."Sayang I laparlah,U masak apa harini ?".Tanya Irfan kepada Nayla."I tak masak,malas nak masak,ehh U dari mana ni takkan tak makan lagi kot ?".Tanya Nayla dalam nada yang pelik kepada Irfan."I dari rumah lah sayang,tapi Umi I takda sebab pergi kelas mengaji".Terang Irfan kepada buah hatinya itu."Hmm,Umi u pergi kelas mengaji,kenapa u tak ikut sekali ?".Tanya Nayla dengan sinis pada Irfan.soalan Nayla itu membuat Irfan berasa sedikit bengang.Siot punya perempuan !Irfan bukanlah seorang Perampas,tetapi dia sudah lama meminati Nayla Marissa semenjak Nayla ada hubungan dengan Izhar Hakim.Irfan juga salah satu punca Nayla putus hubungan dengan Izhar hakim.Dan dia terus sahaja memasuk jarum,melamar Nayla menjadi kekasihnya.
Tetapi sebelum dia bersama dengan Nayla,didalam hatinya ada seseorang yang tiada siapa pun tahu kecuali Tuhan Yang Maha Esa.
Dia sudah lama mencari wanita tersebut,dengan kuasa Tuhan Yang Maha Hebat,dia telah bertemu dengan wanita yang dicarinya sebelum ini beberapa hari lepas,tapi malangnya wanita itu sudah berpunya.
Tetapi Irfan nekad untuk teruskan penyiasatannya terhadap gerangan itu.-------------------------
"Daddy,hujung minggu ni,Iz bawa Mawar datang rumah kita ya ?".Nyata Izhar kepada bapanya yang sedang a8syik menonton berita TV3 itu."Eh,kenapa nak ajak datang rumah pula,kamu ni biar betul Izhar ?".Tanya Dato Muaz dengan nada terkejut kepada anaknya itu."Lah,betullah Daddy..kenapa Iz nak bergurau pula,nanti bolehlah Daddy and Mummy kenal-kenal dengan wanita pujaan Iz tu".Nyata lelaki itu kepada bapanya sambil tersenyum."Suka hati kamulah Izhar,yang penting pisang tidak berbuah dua kali".Sindir Dato Muaz kepada lelaki yang agak fit tubuhnya yang sedang berdiri tegak disisinya."Makesure,kalini Iz terus kasi halal".Jawab Izhar dengan penuh yakin dan berlagak.Terhambur tawa bapanya itu.Dato Muaz tidak senang hati dengan kata-kata Izhar yang ingin membawa seorang tetamu ke rumah agamnya itu pada hujung minggu ini.Bila teringatkan atas kesilapan yang dibuatnya,laju sahaja air matanya jatuh ke pipi yang sudah agak berkedut itu."Sudah lah tu bang,benda yang lepas jangan dikenang,Allah itu maha pengampun,Insyaallah dia akan mengampunkan dosa hamba-
hambanya".Tiba-tiba Datin Maria muncul dari satu sudut dan cuba menenangkan suaminya itu,dia juga tahu tentang kesilapan yang dilakukan suaminya itu.--------------------------
"Irfan I nak tanya u something boleh ?".Tanya Nayla kepada lelaki itu."Yes,boleh sayang u nak tanya apa ?".Jawab Irfan dengan manja dan tangannya yang sedang merayap dipaha Nayla."Ayah u meninggal sebab apa ya ?".Terkejut Irfan dengan soalan Nayla itu,kenapa pula perempuan itu tiba-tiba menanyakan tentang kematian ayahnya."Entahlah sayang,I pun tak pasti sangat sebab Umi I just terang dekat I yang ayah I meninggal sebab kemalangan..kenapa u tanya pasal ayah I pulak ni ?".Tanya Irfan kepada Nayla dengan keadaan pelik."Takda apa saja je tanya".Terang Nayla,dan lantas terus mencium pipi Irfan dengan penuh kasih.Ya,kadang kala Irfan lah yang membuat dirinya bahagia tetapi fikirannya masih ingatkan Izhar Hakim.
Mawar Arissa terasa amat bosan dengan dirinya dan hidupnya itu.Dia tidak bernasib baik seperti remaja lain yang mempunyai ahli keluarga yang lengkap.Tiba-tiba airmatanya jatuh berlinangan apabila dia mengingatkan tempat yang didiaminya selama ini.Iaitu RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR QASEH.Disitulah tempat dia mencari kekuatan untuk tempuh hari-hari yang mendatang dalam hidupnya.
Dia tidak pernah mengenali siapa ayah dan ibunya.Tetapi dia mempunyai seorang ibu saudara yang amat membenci dirinya sedangakan dia sendiri tidak tahu apa salahnya terhadap wanita itu.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Laju dia melihat nama si pemanggil."Hello,awak kenapa call ni ?".Tanya Mawar kepada si pemanggil yang berada di dalam talian itu."Eh,kenapa suara u
resah je Baby ?".Tanya si Izhar kepada Mawar dengan panggilan
Baby."Eh,taklah bukan apa..sebab tadi awak dah call kan,so bila
awak call lagi ni saya jadi risau sikitlah mana tahu saya ada buat
salah ke ? atau tersalah cakap ke tadi ?".Terang Mawar kepada
Izhar."Yes,memang u buat salah dengan I".Nyata Izhar kepada
Bunga kesayangannya itu."Eh,s..saya buat salah apa awak?".tanya
Mawar dalam suara yang terketar-ketar kerana Izhar mengakui yang
dia telah melakukan satu kesilapan terhadap lelaki itu.Mati lah nak !.
"Awak dah curi hati saya,chia..chia..chia".Spontan sahaja jawapan
Izhar yang hampir membuat jantung Mawar gugur dengan pernyataannya tadi.Sakit hati Mawar dengan perangai lelaki ini.Haihh
Izhar..Izhar !----------------------
"Muz,aku ingat nak berniaga lah,apa pemdapat kau ?".Tanya Muaz kepada sahabatnya itu."Eh,kau ni..kau nak pergi berniaga kan bukannya nak pergi berperang mestilah aku sokong,susah senang kita bersama..hahahah".Tergelak mereka berdua yang sedang berada di tepi pantai sambil menyaksikan lamunan ombak yang begitu kuat.
Astaghfirullahalazim ! ucap Dato Muaz selepas tersedar dari mimpinya
itu.Dia menekup muka dan mengucap kalimah tersebut tanpa henti.Dia berasa takut dengan dirinya,hari demi hari satu persatu balasan menimpanya."Aku kena selesaikan benda ni dengan segera".Omelnya bersendirian sambil memerhatikan isterinya yang sedang tidur lena disebelah sisinya itu.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...