Harini,adalah hari berbahagia buat Izhar kerana pada hari ini dia telah berjanji dengan Mawar yang dia akan bawa Mawar keluar jalan-jalan.
Tapi sayang,kerana Mawar termakan tipu daya Izhar yang sebenarnya Mawar akan dibawa kerumahnya.Dia berniat untuk memperkenalkan
Baby Girlnya itu pada Mummy dan Daddynya.Disebabkan terlampau gembira,sepanjang perjalanan dia tidak berhenti menyanyi lagu-lagu yang keluar bunyinya dari corong radio kereta Audinya itu."Hye sayang,I dah ada dekat parking lot ni,cepat tau,dah tak boleh tahan rindu lagi ni..hihihi".Jelas Izhar sebaik sahaja Mawar menjawab panggilannya."Ish,ya,okay,kejap".Ringkas sahaja jawapan Mawar kerana dia malas hendak melayan perangai lelaki pyhsco itu.Setibanya Mawar dibawah dia sudah dapat menangkap kereta Audi hitam milik lelaki pyhsconya itu."Sorry saya lambat".Nyata Mawar pada Izhar."It's okay Baby sebab I boleh tunggu u Baby..anything for My Baby Girl".Mawar sudah membuat muka menyampah kerana Izhar sudah mula dengan perangai angau dia itu.Tanpa berkata lagi Izhar terus menurunkan brek tangan dan menekan pedal minyak lalu menuju destinasi yang ingin ditujunya bersama Mawar.
Setibanya,dia sampai di perkarangan rumah agam indah itu dia menjatuhkan pandangannya terhadap Mawar dan dia tertawa melihat gelagat Mawar yang agak terkejut dengan rumah sebesar istana itu tapi berkonsepkan British design."R...rumah siapa ni awak ?".Tergagap-
gagap Mawar ingin menanyakan soalan itu kepada Lelaki kacak disebelahnya itu."Rumah kita Baby".Jelas Izhar kepada Mawar dengan senyuman yang agak menggoda."Awak jangan buat lawak boleh tak ? Saya nak balik Izhar".Mawar agak takut dengan cara Izhar lalu meminta dirinya dihantar pulang semula ke Kondominiumnya dan sekali gus buat pertama kalinya Mawar memanggil nama Izhar dengan tegas kerana sebelum ini dia hanya menggunakan panggilan awak sahaja."Baby,jangan takut baby I ada,dekat dalam tu bukan I tinggal sesorang,I tinggal dengan Parents I".Jelas Izhar kepada Mawar seraya ingin menenangkan Mawar yang agak takut dengan Izhar sekarang."Kita turun okay baby,Mummy and Daddy dah tunggu tu"."Assalammualaikum,Mummy..Daddy ni Iz kenalkan bakal isteri Iz Mawar Arissa".Mawar ketika itu ingin menampar pipinya sendiri,adakah dia sedang bermimpi ? BAKAL ISTERI ?.Datin Maria dan Dato Muaz saling berpandangan kemudian berpaling kepada Mawar dan Izhar sambil tersenyum."Jemput duduk Mawar,buatlah seperti rumah sendiri".Jelas Dato Muaz kepada Mawar dengan penuh rasa sopan santun.Tetapi siapa yang tahu sekarang ini dia sedang berperang dengan hatinya sendiri.Seksanya hanya Allah sahaja yang tahu.Allahuakhbar !
Tetapi dalam masa yang sama Izhar menerima seorang lagi tetamu iaitu bekas kekasihnya Nayla Marissa.Nayla juga sedang perhatikan Mawar dari atas hingga bawah dengan riak yang sukar untuk difahami.
Izhar rasa kurang senang dengan kehadiran Nayla dirumah itu pada hari ini.Kerana rancangannya sudah tidak menjadi.Izhar berasa begitu bengang."Mawar,nama penuh Mawar apa ?".Tanya Datin Maria seperti tidak tahu,sedangkan sejarah hitam keluarga Nayla semuanya ada didalam genggamannya sahaja."Nama penuh Mawar,Mawar Arissa Binti Muzamil".Jawab Mawar dengan penuh sopan.Dato Muaz hanya tersenyum bangga mendengar nama terakhir yang diucap Mawar iaitu Muzamil.Selesai sahaja makan-makan bersama keluarga Izhar serta disertai Nayla dia meminta diri untuk pulang dan dia pulang dengan hati gembira kerana dihantar pulang oleh bakal suaminya,ia dia menerima lamaran Datin Maria yang ingin menjadikan dirinya sebagai menantu sulung di dalam rumah agam itu terhadap dirinya selesai makan tengah hati sewaktu mereka sedang berkumpul di ruang tamu.Dan paling tidak dapat dia melupakan adalah senyuman yang cukup mengongcang iman keperempuanannya ialah senyuman Izhar kepadanya sewaktu sesi merisik tadi.Auchh,hanya yang tahu saja tahu.
-----------------------------
Belum sempat Nayla melangkah masuk ke dalam rumah sebuah kereta hitam dan besar berhenti dihadapan rumahnya.Dia jangka Irfan tetapi jangkaannya meleset,IZHAR !.Izhar turun dari kereta dengan keadaan muka yang marah dan mungkin ada rasa benci."Nayla,wait I nak cakap dengan u sekejap".Tahan Izhar ketika Nayla hendak membuka pintu pagar."Yes,cakaplah Iz I dengar".Jawab Nayla dengan nada kurang semangat terhadap Izhar sedangkan lelaki inilah yang dia tergila-gila
kan dari dulu,tapi hubungan mereka berakhir punca daripada Nayla juga."Why u datang rumah I harini ? Bukan beberapa hari lepas u dah datang ke makan malam dengan I satu family ?".Soal Izhar ingin penjelasan dan agak tidak puas hati."Yes,betul tapi salah ke I nak datang rumah u tu Iz,ohh I know,u dah nak kahwin so perlukan privacy with family lah kan ?".Sindir Nayla dengan rasa kecewa dan sedih terhadap layanan Izhar kepada dirinya."I hope u tak kacau family I lagi okay..u sedar sikit u tu siapa ?".Agak keras kata-kata yang keluar dari bibir Izhar membuatkan Nayla menangis tidak berlagu dihadapan pagar rumahnya itu.Irfan cepat sahaja berhentikan kereta dihadapan pagar rumah Nayla segera mendapatkan buah hatinya yang sedang menangis itu."Sayang,u okay ?".Tanya Irfan kepada Nayla seraya memeluk Nayla dengan penuh erat."Why...why dia cakap macamtu Irfan..dia cakap macam I ni pisau cukurrr".Makin kuat tangisan Nayla selepas Irfan memeluknya dengan erat.Dia juga turut membalas pelukan tersebut.Irfan membawa Nayla masuk kedalam rumah,"Sayang,kenapa Iz datang jumpa u lagi ? Dia nak apa lagi dari u ?".Tanya Irfan kepada Nayla yang sedang menghadap kipas siling bilik berpusing-pusing agak laju."Ntahlah yunk,I pon tak faham selama I dengan dia I tak pernah pon minta duit dia tapi dia bagi amaran dekat I macam I ni pisau cukur,I break dengan dia pun ada sebab I sendiri".Nyata Nayla kepada Irfan yang sedang duduk disisi katil di sebelahnya."Kenapa u break dengan dia sedangkan I tengok u dengan dia takda masalah pon".Sukar untuk Irfan nyatakan ayatnya itu kerana menyentuh tentang hubungan kekasihnya dengan Izhar.Nayla bangun dari pembaringan dan menghadap kearah Irfan dan membelai wajah Irfan yang begitu kacak dengan jambang yang disimpan oleh lelaki itu kerana itu adalah imej dirinya."Sebab I cintakan u sayang,walau I dengan Izhar tapi I tak dapat rasa kebahagiaan tu dengan Izhar,perasaan yang dia cuba bagi pada I tidak dapat menyentuh dinding hati I,sebab semuanya I dah tutup untuk dia jadi I taknak dia bertepuk sebelah tangan and I mintak dia lepaskan I...Cause I love u sayang".Nyata Nayla kepada Irfan,terkesima Irfan dengan penyataan Nayla itu,dia terus menarik Nayla supaya dapat mendekatkan muka dia dan juga Nayla."I love u too Sayang".luah Irfan kepada Nayla,Nayla tersenyum bahagia mendengar luahan kekasihnya itu,tanpa membuang masa, Irfan terus memaut bibir Nayla dan mereka tenggelam dalam buaian asmara itu sehingga mereka tertidur bersama
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
عاطفيةMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...