BAB 31

387 5 0
                                    

"Aku terima nikahnya,Mawar Arissa Binti Muzamil dengan mas kahwinnya RM 1000.00 tunai...".Ucapan Alhamdulillah bergema didalam rumah agam Dato Muaz.Izhar terus membuang pandangannya pada Mawar yang sudah bergelar Puan.Izhar tersenyum nakal melihat isterinya itu,tetapi kelakuannya itu dapat dihidu Dato Muaz,laju sahaja tangan Dato Muaz menampar manja bahu Izhar.Izhar terus menegakkan badannya dan mengaminkan doa yang dibaca.

Tetamu yang hadir pada hari itu,dijamu dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak katering yang disewa oleh Dato Muaz.Dia mahukan kualiti makanan untuk para tetamu.Izhar dan Mawar sedang berbual-bual dengan Nayla dan Irfan."Wei bro,tahniah lah dah jadi laki orang".Ucapan tahniah diberi daripada Irfan kepada Izhar sambil menepuk-nepuk bahu kiri Izhar."Thank you bro,kau bawa hadiah apa untuk aku ?".Soal Izhar selamba."Aku tak tahu,nak bagi hadiah apa tapi perkara ni pasti akan terjadi pada kau,aku dan semua orang..so aku decide bawakkan Batu Nisan je untuk kau..sebabkan kau minat metalicca aku dah siap ukir nama lagu-lagu metalicca dekat Batu Nisan tu..haaa..hebat tak aku sebagai kawan ?".Soal Irfan selamba dengan nada rasa tidak bersalah itu."Aku faham perasaan kau ni Fan,tapi jangan lah seksa aku,yang kau pi letak metalicca bagai nak buat apa..esok malaikat tak tanya pasal metalicca".Jawab Izhar selamba tapi tawa Nayla dan adiknya memecah suasana itu."Ishhh korang ni,tak mengarut tak boleh eh ?".Soal Nayla yang pening hendak melayan kerenah lelaki-lelaki di hadapannya itu."Nasib adik lah,dapat hubby macam ni".Sakat Nayla kepada Mawar."Ishh,akak ni".Mawar menafikan penyataan Nayla itu.Mereka semua tergelak dengan kelakuan Izhar dan Irfan itu.

Pada sebelah petang,selesai sahaja tetamu-tetamu pulang.Keluarga kecil Dato Muaz duduk berkumpul di ruang tamu bersama dengan dua orang tetamu khas Dato Muaz dan Datin Maria iaitu Jalil dan Puan Zainab.Disertai juga pengantin baru dan bakal pengantin."Alhamdulillah,
selesai juga majlis yang telah lama dirancang ni ye".Ucap Dato Muaz kepada semua."Alhamdulillah,dah habis lah beban kau ye Muaz ?".Soal Jalil mengusik sahabatnya itu.Dato Muaz tersenyum memandang Jalil dan menggelengkan kepala."Nab,sekarang duduk mana ?".Soal Datin Maria kepada Puan Zainab."Sekarang,saya duduk dekat Damansara".
Terang Puan Zainab kepada Datin Maria."Mar nanti ada masa lapang,
jemput lah datang rumah..jangan segan-segan datang rumah Nab".Ajak Puan Zainab pada Datin Maria.Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu sehingga habis solat isyak berjemaah di kawasan lapang yang hampir
di ruang tamu itu.

Setelah selesai berjemaah,Irfan dan uminya meminta diri dulu,
kemudian diikuti Nayla dan Jalil.Izhar dan Mawar meminta diri dahulu untuk ke bilik mereka di tingkat atas.Mawar menuju ke anak tangga dahulu kemudian diikuti Izhar.Sesampainya mereka dibilik,Izhar terus melompat naik atas katil."Abang..jangan lah terus naik atas tempat tidur kita..pergi mandi dulu..abang peluh-peluh busuk tu nanti melekat bau dekat cadar tu".Ujar Mawar panjang."A...apa sayang panggil ? Abang ? sweet lah sayang ni..tak payah susah-susah abang ajar..sayang dah tahu tanggungjawab sayang".Puji Izhar kerana Mawar memanggilnya dengan gelaran abang."Suka hati abang lah,semua perempuan yang dah berkahwin memang panggil suami diorang abang kot..apa yang sweetnya ?".Soal Mawar.Izhar tersengih melihat Mawarnya itu,mana tidaknya wanita yang diidamkan selama ini telah dihalalkan buat dirinya.Bahagia menghurung jiwanya !.

Mereka berdua tertidur hingga ke subuh,sewaktu azan subuh berkumandang Mawar telah bangun terlebih dahulu untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.Kemudian baru dia mengejut suaminya Izhar."Abang,jom subuh sama-sama".Kejut Mawar penuh lembut."Sayang,solat lah dulu..nanti abang ikut".Izhar mengatakan dalam keadaan tidak sedar."Okay,nak panggil daddy jap".Penyataan Mawar itu serta merta buat mata Izhar segar."Tak payah lah sayang".Rungut Izhar."Haa,kalau taknak cepat pergi ambil wuduk".Arah Mawar pada suaminya.Mereka memulakan solat berjemaah.Alunan-al
unan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Izhar di dalam solat mereka,membuatkan Mawar menitiskan air mata bahagia,kerana mempunyai pemimpin yang sangat hebat.Pemimpinnya itu hanya milik dia seorang.

Selesai solat berjemaah,Mawar mencium tangan suaminya dan dibalas dengan sebuah kucupan cinta di dahi Mawar oleh Izhar."Terima kasih Mawarku,abang bersyukur yang tak terhingga pada Allah,kerana segala doa abang Allah dah makbulkan.Abang tak pernah rasa bahagia macam ni.Abang harap apa yang abang akan perbetulkan dalam rumah tangga kita ni sayang dapat ikut,walaupun banyak benda abang kena belajar untuk bimbing Isteri abang hingga ke syurga".Ucap Izhar panjang diiringi air mata bahagia."Abang,Mawar sayang abang sangat-sangat.Mawar tak bersedia untuk kehilangan abang dalam hidup Mawar.Mawar perlukan semangat abang,cinta abang dan kasih sayang dari abang.Apa pun yang terjadi abang lah orang yang Mawar akan taat untuk permudahkan urusan Mawar ke syurga".Ucap Mawar pula dengan air mata yang tidak dapat disiratkan.Izhar segera menarik Mawar masuk kedalam dakapannya.Mereka berdua menangis bersama kerana tidak dapat mengambarkan bagaimana mereka menghargai cinta masing-masing hanya tangisan yang dapat meluahkan segalanya.

"Morning Dad,kerja ke harini ?".Soal Izhar yang beriringan dengan Mawar menuju ke meja makan."Eh,taklah harini daddy tak kerja..tapi nak jumpa kawan kejap..Mawar macam mana ? okay duduk dekat rumah ni ?".Soal Dato Muaz kepada menantunya itu,bagi memastikan wanita itu dapat keselesaan."Alhamdulillah,terlebih dari okay ni daddy".Jawab Mawar dengan yakin."Alhamdulillah kalau Mawar dah cakap macam tu,sebab kalau Mawar tak selesa daddy nak bagi hadiah supaya Mawar rasa selesa".Sambil tangan Dato Muaz menghulurkan sesuatu kepada Nayla dan Izhar.Hadiah yang maksudkan disambut oleh pengantin baru itu."Wahh,dad seriuslah..Hawaii ? thank you dad..love you".Ucap Izhar selepas dia menerima tiket penerbangan untuk berbulan madu bersama Mawar di Hawaii."Thank you daddy,semoga daddy dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur".Ucap Mawar tenang,terharu Dato Muaz dengan doa daripada menantunya itu.Apalah yang akan jadi bila mereka tahu apa yang Dato buat pada keluarga mereka !.

------------------------------

Puan Zainab sedang menyediakan makanan buat tetamu di awal pagi dirumahnya.Datin Maria telah bercadang untuk datang ke rumah Puan Zainab bagi membantu Puan Zainab pula yang bakal terima menantu di rumahnya itu."Nab,ada apa lagi yang tak siap ?".Soal Datin Maria yang ingin tahu."Sebenarnya bahagian pakaian semua sudah siap,tapi barang hantaran je yang tak siap lagi,tu yang nak minta tolong Mar".Luah Puan Zainab."Alaa,jangan risau lah insyaallah nanti Mar tolong mana yang mampu ye ?".Janji Datin Maria.Mereka berdua tersenyum dan menjamu hidangan yang telah tersedia.

Irfan pagi-pagi sudah kerumah bakal isterinya.Sesampainya dia di hadapan rumah itu,dia melihat Nayla sedang menyapu sampah di halaman rumah.Dia tersenyum melihat Nayla."Sayang,rajinnya awak..baru lah future wife Irfan Malique".Bangaa Irfan sendirian,sambil tangannya cubit-cubit manja lengan Nayla."Awak dah kenapa ? ishh suka tau ngada-ngada macam ni".Rungut Nayla dalam nada gurauan.
Mereka tidak sabar menunggu hari bahagia yang akan tiba satu minghu lagi.Sweet lah korang ni !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now