BAB 5

662 16 0
                                    

Irfan terus meluncur laju di atas jalan raya selepas pulang dari rumah
kekasihnya Nayla.Dia rasa tidak puas hati dengan pertanyaan Nayla tentang ayahnya.Dia ingin tahu mengapa Nayla ajukan soalan itu kepadanya."Pelik betul,perempuan ni tiba-tiba je tanya tentang ayah aku ?".Omel Irfan bersendirian didalam kereta Range Rovernya itu.

Nayla berasa tenang dan aman apabila Irfan meminta diri untuk pulang.
Dia mengelamun seorang diri ruang tamu rumahnya itu sambil memikirkan suatu kisah tentang dirinya yang bertemu dengan seorang lelaki tua pada minggu lalu dan menceritakan siapa Bapa Irfan sebenarnya."Pakcik tak mahu cakap lebih-lebih tentang keluarga arwah tapi kalau kamu nak tahu kamu tanyalah dengan ahli keluarganya sendiri".Nyata lelaki yang separuh abad itu kepada Nayla.Pelik,kenapa Irfan tidak pernah cerita kekejaman yang ayahnya pernah lakukan suatu ketika dahulu.Ataupun dia memang benar-benar tidak tahu kerana....UMInya merahsiakan perkara ini daripadanya.Nayla memicit-micit kepalanya yang terasa denyut tiba-tiba.

                 Puan Zainab,menghala tuju kebilik anak lelaki tunggalnya itu.
Pintu dikuak dari luar.Hmm,Kemana sahaja Irfan ini pergi kalau tidak atas urusan kerja pasti dia ke rumah kekasihnya itu.Puan Zainab sudah
dapat agak aktiviti anaknya itu.Dia turun tangga menuju ke dapurnya.
Setibanya dia didapur terus sahaja dia mengambil sebiji cawan dan dihalakan cawan itu pada mesin air yang sedia terpasang di atas kabinet dapurnya.Kemudian dia menarik sebuah kerusi dan duduk di kerusi tersebut sambil menghirup air.Puan Zainab rasa tidak sedap hati sudah beberapa hari ini dia merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku.
Tetapi dia juga cuba menepis perasaan tersebut dengan cara tidak teringat akan perkara-perkara lampau.Walau bagaimanapun tiba-tiba sahaja rasa tidak sedap itu singgah di hati dan fikirannya.

------------------------

                    "Abang,abang dah fikir masak-masak ke tentang rakan kongsi tu ? Nab taknak nanti kita yang dapat susah".nyata Zainab kepada suaminya Razak."Ishh,apa yang awak cakap ni..saya kenal Muaz,Muz,Hadi dan Kamal tu bukan sehari dua,mereka tulah rakan sepermainan saya,susah senang kami bersama,jika berjaya saya dan mereka lakukan perkara ni..Insyaallah hidup awak,Maria,Faridah,Sarah dan Hanum serta anak-anak akan jadi senang".Nyata Razak kepada Isterinya Zainab.Zainab tetap rasa sesuatu tentang perkara yang ingin dilakukan oleh suami dan rakan-rakannya.

                   "Haa,macam mana Zak,berjaya tak kau pujuk bini kau tu ?".Tanya Muz kepada Razak."Ehhh,ini Razak lahh mana boleh tak jadi mesti jadi punyalah".Gurau Razak kepada rakan-rakannya."Haa kalau macam tu minggu depan masing2 dah boleh pergi bank untuk buat pinjaman lah,tentang dokumen jangan risau,aku dah sediakan semuanya".Nyata Muaz kepada rakan-rakannya yang seperti adik-beradik kandungnya sendiri dengan rasa bangga."Tapi Muaz,kau yakin ke benda ni boleh pergi jauh ?".Tanya kamal yang agak kurang yakin dengan cadangan rakannya itu yang hendak membuka sebuah perniagaan Buku."Ehh,aku yang Mal benda ni mesti laris punya,kau jangan risau sebab aku dah bincang perkara ni dengan Dato Harun,dia juga sedia membantu dalam pelbagai aspek".Nyata Muaz dan menyakinkan rakan-rakannya itu.Di dalam kalangan rakan-rakannya itu
Muaz seorang terpelajar dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

----------------------------

Malam itu,Mawar tidak tahu mahu buat apa,dia rasa buntu duduk bersendirian dirumah dan terasa sangat bosan.Kerana hidupnya harini sudah diputarkan 360° oleh lelaki yang gila memanggil dirinya BABY iaitu Izhar Hakim.Sehingga ke hari ini dia masih mencari sebab kenapa Izhar memanggilnya Baby.Adoi pening dengan si Izhar ni !

Tiba satu pesanan ringkas masuk di telefon Mawar melalui Whatsapp
Iphone 6 yang berada disisinya itu diambil dan dilihat siapa gerangan yang menghantar pesanan tersebut.Sekali lagi seseorang yang boleh membuat dia terkena serangan jantung dan akibat serangan yang akan dialami itu akan menyebabkan Mawar boleh dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN).

"Hye Baby,u tengah watpe tu ?".mesej Izhar kepada Mawar

"Hye awak,saya tengah duduk-duduk je".Balas Mawar kepada Izhar

"Tak ngantuk ke ?".Tanya Izhar didalam pesanan tersebut kepada Mawar.

"Belum ngantuk lagi,awak tu tanya saya..awak tak tidur lagi ke ?".Tanya Mawar pula kepada Izhar didalam mesej tersebut.

"Belum lagi lah Baby,kalau I nak tidur sebelah u boleh tak ?".Nyata Izhar serta menghantar emoji muka nakal kepada Mawar.Memang nakal betul Izhar ni.

"Hahaha,kita tak halal berangan lah awak nak tidur sebelah saya".Nyata Mawar kepada Izhar.

"Saya akan halalkan awak suatu hari nanti,masa itu jangan terperanjat saya bukan sahaja mampu tidur sebelah awak tapi mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami".Sekali lagi Mawar terkena.Kali ini lebih dasyat Mawar terkena.Adoi Mawar apalah nasib kau !

Pantas sahaja Mawar mengucapkan selamat malam dan minta diri untuk menutup telefonnya.Izhar betul-betul buat Mawar nak tercabut nyawa.Adoi !!!

Izhar juga telah menutup telefonnya.Dia tersenyum bahagia kerana Baby pujaannya itu semakin hari semakin menbuat dirinya menjadi angau."Hmm,aku takkan lepaskan kau,jika aku tidak dapat maka orang lain pun akan aku pastikan tidak akan dapat".Luah Izhar sendirian dengan nada agak keras seperti amaran.Izhar turut menutup lampu meja di tepi katilnya dan tidur.Love Baby Girl !

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now