BAB 35

428 5 0
                                    

Izhar memparkir kereta Audi hitam itu di lot parking.Dia melihat Mawar sudah tertidur kerana keletihan menangis.Dia tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya.Dia mengambil keputusan untuk mendukung isterinya yang agak ringan hingga ke tingkat atas.Dia mendukung isterinya,lalu menutup pintu kereta.Izhar berhati-hati ketika melangkah.
Akhirnya dia sampai juga di hadapan rumahnya.Dia masuk kedalam dan terus membaringkan Mawar di atas katil mereka.Kemudian dia keluar dari bilik menuju ke dapur,sedang dia minum air tiba-tiba ada tangan yang merangkul pinggangnya dari belakang."Astaghfirullahalaz
im,Ishh sayang ni terkejut lah abang..nasib baik tak tersembur".Bebel Izhar apabila isterinya yang datang dari arah bilik terus merangkul pinggangnya."Kenapa sayang bangun ? sayang kan tengah tidur tadi ?".Soal Izhar ingin tahu."Mana ada Mawar tidur,masa abang nak angkat Mawar tu,Mawar dah terjaga tapi saja je biarkan abang angkat Mawar..best pulak kena dukung".Sengih Mawar dengan jawapannya.
"Kalau ringan takpa lah jugak".Jawab Izhar dalam nada mengutuk isterinya.Satu tamparan hebat hinggap didada bidang Izhar."Suka-suka eh kutuk orang ?".Soal Mawar tidak puas hati.Izhar hanya mengosok-gosok di tempat Mawar menampar dadanya itu."Sayang ni ganas lah,sakit tahu tak ?".Luah Izhar kepada Mawar."Tak tahu".Jawab Mawar seraya tiada apa-apa.Izhar geram dengan sikap isterinya itu.Dia sudah membuat rancangan jahatnya sebagai seorang suami."Sayang...".Panggil Izhar merelet."Nak apa ?".Soal Mawar yang tidak terkesan dengan nada yang dibuat suaminya itu."Nak sayang boleh ?".Tanya Izhar seperti meminta izin."Tak boleh,abang jangan nak ngada-ngada ye".Jawab Mawar yang sudah tahu niat suaminya itu.Mawar terus sahaja masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya,
belum sempat dia menutup pintu ada tangan yang menghalang pintu tersebut dari tertutup.Izhar muncul dari sebalik pintu dan tersengih melihat isterinya."Mati lah aku,apa yang aku nak buat ni ?".Soal Mawar dalam hati."Sayang nak buat apa tu ?".Soal Izhar yang melihat Mawar sedang membuka zip bajunya."Nak terjun kolam".Jawab Mawar selamba."Ehh,terjun kolam ? Alaa sayang terjun kolam tak dapat pahala..terjun atas tilam dapat pahala siap pakej ada abang lagi".Jawab Izhar yang seperti nyah itu."Eee,tak payah nak sotong sangat boleh tak ?".Pinta Mawar dengan kerenah suaminya itu.Izhar geram dengan tindakan Mawar yang berdegil mahu mandi selain daripada melayan dirinya.Dia membuat keputusan drastik untuk tarik isterinya kedalam dakapannya itu."Eh,abang ni dah kenapa ?".Soal Mawar sambil cuba menolak dada bidang suaminya itu."Sayang diam boleh tak,kalau tak abang cium".Jelas amaran diberi kepada Mawar.Mawar terpaksa mendiamkan diri.Sabarlah Mawar !.

------------------------------------

Di rumah Irfan pula,dia sedang termenung dengan penjelasan serta pengakuan Dato Muaz atas kematian ayahnya."Bie,termenung apa tu ?".Soal Nayla kepada suaminya."Takda pape lah sayang,cuma terasa harini hari mimpi untuk bie".Luah Irfan kepada isterinya."Bie marah dekat daddy ke ?".Soal Nayla ingin tahu."Pada mulanya memang agak marah,tapi bila bie fikir balik...buat apa kita nak dendam manusia sedangkan allah tu maha pengampun".Jawab Irfan sambil memberi satu kucupan di dahi isterinya.Nayla berasa bangga dengan suaminya.
"Bie kita tidur jom".Ajak Nayla."Sayang dah ready ehh ?".Soal Irfan selamba.Lengannya ditampar manja oleh Nayla.Irfan dan Izhar tiada beza !.

----------------------------------

"Abang,harini Mar bangga sangat dengan abang.Abang berjaya tunaikan hasrat abang sendiri,dan paling berharga untuk abang ialah bila anak-anak maafkan abang".Luah Datin Maria kepada suaminya."Syukur Mar,allah masih beri abang peluang untuk perbetulkan semua ni".Ucap Dato Muaz yang mengalihkan pandangan kepada isterinya."Terimah kasih bidadari,sebab ada waktu susah senang abang".Ucapan romantis diberi kepada Datin Maria.Datin Maria hanya tertunduk malu dengan ucapan suaminya itu.Kebahagiaan tidak boleh dilihat tetapi harus dirasa !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now