Nayla dan Irfan sudah tiba di destinasi yang ingin dituju mereka.
"Sayang,u pasti ke ni alamatnya ?".Soal Irfan kepada wanita itu.
"Yes sayang I yakin,inilah rumahnya..sebab I pernah datang rumah ni dengan...Izhar".Terang Nayla lambat-lambat.Irfan menunjukkan riak kurang senang apabila apabila mendengar nama itu."Habis dia pun tahu lah tentang pencarian u ni ?".Soal Irfan agak keras."Tak...I buat sesorang walaupun dia ikut I masa tu..I nak tolong dia juga nak tegakkan kebenaran tapi dah dia yang sombong I malas nak cakap banyak...dia juga yang rugi sebab taknak tahu kisah yang sebenar sibuk nak dengar cakap daddy dan mummy dia tu".Terang Nayla yang agak marah pada ibu bapa Izhar."Dahlah,buang masa u je bebel sesorang".
Bantah Irfan dengan kata Nayla itu.Mereka berdua keluar dari isi perut kereta Range Rover itu dan menghampiri seseorang yang sedang melakukan sesuatu di hadapan tangga rumah tersebut."Assalammualaikum,ni pakcik Jalil ke ?".Soal Nayla kepada lelaki yang separuh abad itu."Ya,anak ni siapa ? Ada urusan apa dekat sini ?".Soal lelaki itu kepada Nayla."S...saya Nayla Marissa..Nayla Marissa Binti Muzamil".Terkejut bukan main kepalang Pakcik Jalil dibuatnya kerana anak sahabatnya itu berada di depan matanya."ALLAHUAKHBAR ! macam mana kamu boleh tahu rumah ni ?".Tanya Jalil selepas mengucap kalimah suci Allah."Pakcik mungkin dah lupa kedatangan saya dua tahun lepas untuk buat kajian tesis saya".Terang Nayla kepada Jalil."Ohh,kamu yang dari Universiti Kuala Lumpur tu kan ?".Soal Jalil kepada Nayla.Kemudian Nayla menarik tangan Irfan agar mendekatinya dan dia memperkenalkan Irfan kepada lelaki tua itu.
"Ini pula kawan saya Irfan...Irfan Bin Abdul Razak".Sekali lagi Jalil terkejut dengan pernyataan remaja perempuan itu."Berapa usia kamu sekarang nak ?".Soal Jalil kepada Irfan."28 tahun pakcik".Jawab Irfan dengan penuh rasa hormat.Kemudian Jalil mempelawa dua tetamunya itu naik ke rumahnya yang agak buruk kerana dimakan dek zaman."Boleh pakcik tahu kamu datang ke sini atas urusan apa ?".Tanya Jalil kepada dua anak muda itu."Sebenarnya saya yang nak berurusan dengan pakcik,saya nak tahu tentang segala-galanya apa yang dah terjadi dengan empat persahabatan itu dan...siapa puncanya ?".Soal Nayla."kalau nak bercerita,pakcik pun tidak tahu nak mula dari mana ?".
Terang Jalil kepada Nayla."Saya faham bukan sukar untuk terangkan perkara ni,tapi saya harap pakcik dapat bantu saya".Luah Nayla."Baiklah,Pakcik akan bercerita tentang empat orang sahabat itu."Razak adalah sahabat baik kepada Muaz,Muzamil dan Hadi.Mereka bertiga tidak pernah berpisah kerana mereka adalah anak jati kampung ini.Ibu Bapa Muaz,Muzamil dan Hadi meninggal dunia kerana terlibat kemalangan Bas yang membawa mereka ke satu rombongan.
Serta-merta mereka bertiga menjadi yatim piatu.Jadi mereka dihantar ke rumah anak yatim NUR QASEH untuk penjagaan yang lebih rapi dan ditubuhkan oleh bapa Razak pada ketika itu.Setelah mereka meningkat remaja mereka mempunyai keinginan sendiri seperti berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri.Tetapi lain pula dengan hasrat si Muaz,dia mahukan kejayaan untuk dirinya sendiri.Tetapi dia janji kepada rakan-rakannya yang dia akan membantu mereka bila dia sudah berjaya mendapat kerja diatas bidang yang diambil di Universiti,sama ditempat kamu belajar Nayla".Terang jalil kepada dua tetamunya itu.Nayla hanya mendiamkan diri."Pada suatu hari,Muaz pulang ke kampung selepas tamatkan sesi Ijazahnya dan membawa seorang wanita bernama Maria.Wanita itu adalah isterinya,dia mengahwini wanita tersebut sewaktu dia berada di semester dua di Universiti Kuala Lumpur.Dia juga memperkenalkan wanita itu kepada pakcik.Maria memang wanita yang baik,kaya dengan sopan santunnya.Dia membawa Maria bertemu dengan tiga sahabatnya itu,lalu mereka juga memperkenalkan isteri masing-masing kepada Muaz dan Maria.Razak berkahwin dengan Zainab atas aturan keluarga sebelum ayahnya meninggal dunia.Kemudian Muzamil
pula berkenan dengan adik perempuan Zainab dan berkahwin dengannya".Nayla dan Irfan sedang berpandangan antara satu sama lain.Apakah sudah terjadi pada hubungan mereka ?."Hadi pula berkahwin dengan Sarah kerana Sarah juga senasib dengannya sebagai yatim piatu.Razak mempunyai seorang anak lelaki iaitu Irfan".Irfan hanya tersenyum bangga dengan arwah ayahnya kerana dia adalah pewaris ayahnya."Muzamil juga mempunyai anak,tetapi istimewanya Muzamil dia mempunyai anak kembar iaitu Nayla Marissa dan....".Nayla ternanti-nanti jawapan dari pakcik Jalil tentang anak kembar ayahnya itu."Dan..Mawar Arissa".Nayla tiba-tiba rasa yang badannya kini tiada darah yang mengalir.Dia rasa hendak menangis dengan penjelasan pakcik Jalil itu."Hadi dan sarah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Izhar Hakim tetapi ketika usianya dua tahun dia diambil Muaz dan dibela seperti anak sendiri".Terang pakcik Jalil.Nayla rasa ada satu batu yang hempap dadanya telah hancur berkecai setelah sekian lama dia membukukan perasaan prasangka itu didalam hidupnya.
Selepas habis perjumpaan dengan pakcik Jalil Nayla dan Irfan meminta diri untuk pulang.Sepanjang perjalanan untuk keluar dari kawasan kampung itu,Nayla hanya membuang pandangannya keluar tingkap.Sehingga dia merasakan kereta itu berhenti dan pintu dibuka seseorang.Nayla memusingkan badannya menghadap Irfan...tetapi Irfan sudah keluar dari perut kereta terlebih dahulu.Nayla hanya turut apa yang dilakukan Irfan.Dia melihat Irfan duduk di atas pasir pantai dan membuang pandangannya ke arah ombak-ombak pantai itu.Nayla juga membuat keputusan untuk berjalan-jalan di gigi air sambil menikmati tengelamnya fajar di waktu petang.Irfan amat terkilan dengan dirinya sekarang kerana hubungannya dan Nayla sudah menjadi konflik.Dia mengharapkan kebahagiaan bersama Nayla tetapi lain pula yang terjadi.Redha demi kebahagiaan !
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...