BAB 13

388 5 0
                                    

Izhar menamatkan kerjanya awal dan ingin membawa tunangannya itu ke suatu tempat makan yang agak popular dan menjadi kegemarannya.
"Baby,kenapa diam je dari tadi ?".Soal Izhar kepada Mawar yang hanya mendiamkan diri semenjak dirinya masuk kedalam perut kereta itu."Dah tak ada apa yang nak dicakapkan,diam jelah".Terang Mawar kepada Izhar dengan nada selamba."I tak suka lah Baby I ni diam je..say something or...u nak menyanyi pun I tak kisah walau suara u macam katak ".Kemudian tawa Izhar memecah kesunyian di dalam keretanya itu.Seronok dia dapat menyakat Mawar."Ye lah,suara saya yang macam katak habis suara awak macam apa pula ?".Soal Mawar mahu balas dendam kepada lelaki itu."Ehh suara saya macam Naim Daniel,awak tahu tak sayang setiap kali saya pergi mall mesti ada orang jerit-jerit panggil saya macam ni "Izhar...Izhar nyanyi lagu sumpah please,suara u sedap" haa macam tu sekali dorang gilakan suara saya tau".Lagak Izhar kepada Mawar.Mawar hanya melihat lelaki itu dari atas ke bawah berulang kali."Dah nak mampus agaknya dia ni".desis hati Mawar menyampah dengan Izhar.Ala Mawar,menyampah pun bakal laki kau juga ! hihihi.

Mawar dan Izhar kini berada destinasi mereka.Izhar keluar dari perut keretanya dahulu kerana dia ingin menjadi seorang yang romantik untuk membukakan pintu dibahagian sebelah pemandu buat Mawar Arissa."Silakan,tuan puteri".Silaan diberi oleh Izhar kepada Mawar.
"Ishh,awak ni tak payah lah nak buat macam ni dekat saya,malulah orang tengok".Jelas Mawar yang agak kekok dengan kelakuan lelaki itu."Dorang pun hanya mampu tengok je tak boleh buat apa-apa,so buat apa nak malu".Terang Izhar dengan lagak seraya mengangkat keningnya kepada Mawar."Ishh,susah cakap dengan mangkuk macam awak ni tau".Bebel Mawar kepada Izhar."Amboii sedap-sedap je panggil saya mangkuk,parents saya bagi nama sedap-sedap awak bagi nama saya mangkuk je eh ?".Marah Izhar kepada Mawar sambil tangannya mencapai tangan wanita itu untuk dipimpin.Kalau diizinkan dia akan pimpin wanita itu hingga ke syurga.Chia chia chia !

"Awak,kenapa bawa saya ke tempat macam ni ? Saya tak biasalah datang tempat macam ni..bukan taraf saya".Jelas Mawar kepada si kacak yang berada didepannya itu."Sayang saya bukan bawa awak masuk disco pun,yang awak risau sangat kenapa,lagipun saya tak suka awak cakap pasal taraf,kita semua manusia biasa so mampu merasa harta dunia jika kita diberi rezeki yang lebih".Terang Izhar panjang lebar,dia hanya mahu membahagiakan orang yang dia sayang dan dia cintai."Yelah,saya minta maaf tapi lain kali please tak perlu datang tempat macam ni,sebab saya betul-betul rasa kekok".Terang dan luahan dituju kepada Izhar."Okay Baby,lepasni kita pergi zoo je,haa mungkin kat situ ada adik beradik awak ke ?".Gurau Izhar serta ketawanya yang agak besar membuatkan pelanggan di dalam restoran tersebut melihat mereka berdua."Awak ni memang siot kan ?".Merajuk Mawar dengan perangai selamba Izhar itu."Alaa sayang,jangan lah merajuk,okay-okay..nanti kita pergi tempat yang casual je okay ?".Pujuk Izhar.Mawar hanya memberi satu senyuman yang buat diri mana-mana lelaki akan bahagia bersamanya.Izhar dah cair dengan senyuman itu dan hanya mampu membalas dengan senyuman juga.So sweet !

Setelah selesai menghabiskan makanan yang dipesan mereka,Izhar mengeluarkan sekotak cincin buat Mawar."Sayang,hulur jari u,I nak sarungkan cincin ini".Pinta Izhar."Ya Allah,awak kenapa bazir duit ni,mahal lah cincin ni..berapa banyak cincin yang awak nak bagi dekat saya ni ?".Tanya Mawar dengan polos."Ahh,sampai cukup mengisi ruang-ruang kosong jari tangan dan kaki awak".Jelas Izhar dan menyakat Mawar lagi."Ish,ada je idea kepala otak dia ni nak kenakan kita".Bebel Mawar dengan perangai Izhar."Suka tak sayang ?".Soal Izhar dengan penuh rasa cinta."Mestilah saya suka,buah hati saya yang bagi".Penjelasan Mawar itu membuatkan Izhar kini rasa terapung di udara yang membawa seribu satu kebahagiaan dalam hidupnya.Mawar sangat susah nak bermanja dengan dirinya bukan macam Nayla,hingga Izhar tidak mampu melayan kerenah manja wanita itu mujur kini dia bersama Irfan,Irfan sangat suka pada wanita yang manja.

Selesai Izhar membuat pembayaran di kaunter terus sahaja dia menarik tangan Mawar dan berjalan keluar dari restoran itu.Izhar tanpa rasa malu dengan orang sekeliling yang sedang memerhatikan dirinya dan juga Mawar dia terus memeluk erat pinggang Mawar sehingga merapati sisi badannya.Mawar terkejut dan agak malu dengan kelakuan Izhar itu.Terus sahaja Mawar dibawa ke kereta.Selepas dia dan Mawar Masuk ke kereta,Mawar melihat Izhar bagai hendak telan.
"Why ?".Soal Izhar ringkas kepada Mawar."Kenapa awak tanya saya ?".Soalan kembali kepada Izhar." Ye lah,takkan nak tanya dengan pakcik tu pulak kenapa,tapi kalau awak nak boleh je saya tanya".Jelas Izhar yang hendak keluar dari isi perut kereta itu dan ingin mendekati seorang lelaki tua yang sedang berdiri hampir dengan keretanya."Awak boleh tak jadi matang sikit Izhar,saya bukan budak-budak awak nak buat macam ni,apa yang awak buat tadi tu disaksikan oleh semua orang yang berada di dalam restoran itu so saya harap awak berkelakuan matang lah lepas ni..okay Izhar Hakim ?".Pinta Mawar dengan penuh kasih."Boleh".Jawab Izhar dengan senyuman dan tersenyum Mawar apabila lelaki itu cuba mendengar nasihatnya."Tahun depan".Balas Izhar selamba sambil tertawa dengan sangat kuat.Mawar disebelahnya hanya mampu menahan sabar dengan perangai bakal suaminya itu.Sabar je lah !

Malam mereka berakhir dengan makan malam dan lawak bodoh yang dicuba buat oleh Izhar."Thank you,sebab belanja makan harini, 'terima kasih daun keladi nanti bawa lagi' ".Ucap Mawar sambil seloroh pantun buat Izhar."Sama- sama daun keladi nanti saya bawa lagi ye Baby ?".Ucap Izhar sampai manampakkan giginya yang putih bersih itu.
"Goodnight My Baby Girl,nanti tidur mimpi saya tau ?".Jeritnya kepada Mawar apabila Mawar sudah menjauhi keretanya.Bahagia tidak terhingga !

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now