BAB 6

570 14 0
                                    

Puan Maria yang sedang asyik menhidangkan sarapan pagi buat anak dan suaminya,terkejut apabila ada seseorang yang memeluk pinggangnya dari belakang."Morning Mummy ku sayang,emm sedapnya bau".Ucap Izhar seraya tersengih dengan pandangan yang diberikan oleh Puan Maria kepadanya."Happy nampak pagi ni ?".Tanya Puan Maria kepada anak lelakinya itu."Of course lah happy Mummy,orang tengah bahagia...macamni lah gayanya".Seloroh Izhar kepada Puan Maria sambil menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya."Ohh tengah bahagia,habis sebelum ni Nayla memang tak bahagia kan Iz lah ye ?".
Ingat Puan Maria kepada Izhar supaya tidak terlupa seorang wanita yang pernah bertapak dihatinya sebelum ini."Tak".Jawab Izhar selamba
tanpa melihat Mummynya yang sedang menantikan jawapan dengan penuh harapan dan hanya fokus pada makanannya itu sahaja.Bertuah punya budak !

             "Abang,harini abang balik cepat ke lambat ?".Tanya Puan Maria kepada suaminya yang sudah duduk di meja makan untuk menyertai sesi sarapan satu keluarga."Tidak tahu lagi,kenapa Mar ?".Tanya Dato Muaz kepada Isterinya pula."Takda apa,harini Mar ingat nak ajak Nayla makan malam dekat rumah kita ni..boleh ke ?".Nyata Puan Maria kepada suaminya dengan penuh pengharapan."Bol...TAK".Belum sempat Dato Muaz habiskan kata-katanya Izhar sudah membidas ayat tersebut dengan penuh penegasan."Dah kenapa pulak tak boleh Izhar,kamu dengan Nayla tu kan memang rapat,haishh budak ni ada je perangai yang nak dibuatnya".Bebel dan agak kurang senang Dato Muaz kepada anak lelakinya itu."Itu dulu Daddy,but not NOW".Tegas kata-kata Izhar kepada Daddynya Dato Muaz."A BIG NO,Mummy akan call Nayla suruh datang juga malam ni and makan malam dekat rumah kita,FULLSTOP".
Nyata Puan Maria dengan penuh penegasan.Nampaknya Izhar sudah kalah dengan Mummynya dan dia terpaksa angkat bendera putih jika ada di tangannya sekarang ini.

-----------------------------

                        "Mawar".Satu suara memanggil Mawar sewaktu dia berada di meja kerjanya dan Mawar amat mengenali suara itu."Oh Min,kenapa panggil Mawar ?".Tanya Mawar kepada Min yang sudah berdiri tegak dihadapan mejanya seperti ingin menyanyikan lagu Negaraku."Sebenarnya,Min nak minta maaf pasal kelmarin".Nyata Min kepada Mawar."Oh,takda apalah..Mawar okay je".Terang Mawar kepada Min dan Min memberi senyuman paling manis kepada Mawar.Tiba-tiba
ada seseorang yang dah berdiri tegak juga dibelakang Min dan Mawar.
"Amboi,bukan main lagi gosip ya".Pecah satu suara diantara Mawar dan Min,tapi sayangnya Mawar akibat terkejut..air yang hendak dihirupnya itu tersimbah pada pakaian gerangan itu seraya dengan satu latahan."Oh mak kau !".Membutang mata Min,Mawar dan pekerja-pekerja yang berada di sekitar tempat kejadian itu.Izhar hanya mampu melihat kearah pakaiannya yang disimbah air oleh Mawar itu sahaja."Ya Allah,awak saya minta maaf".Pinta Mawar kepada Izhar Hakim,tanpa berlengah lagi pantas sahaja tangan Mawar ditarik dan dibawa di satu sudut yang agak terpencil dan tiada orang di tingkat 4 itu.

"Sebagai hukuman,malam ni awak kena balik rumah saya".Nyata dengan tegas kepada Mawar Arissa."Eh,kenapa pula kena ikut awak balik..takda kena mengena langsung".Tepis Mawar dengan pernyataan Izhar itu dengan berani."Ini KEPUTUSAN,ARAHAN dan juga HUKUMAN"
Dengan begitu tegas dan setegas-tegasnya Izhar membutangkan matanya kepada Mawar Arissa.Tiba-tiba satu air hangat menitis telah      jatuh ke pipi Mawar sedang matanya masih lagi memandang Izhar."B...baby,kenapa nangis..chepp..baby saya tak marah awak..saya sayang awak..saya cuma nak awak ikut saya je..saya bukan nak buat perkara tak elok pon dekat awak".Terang Izhar kepada Mawar tapi malangnya air mata Mawar sudah deras laju keluar dari kelopak mata seperti banjir besar sedang berlaku."S..saya takut dengar awak cakap kasar-kasar macam tu..s..saya xpernah kena marah macam ni".Nyata Mawar kepada Izhar sambil diiringi sedu sedan tangisannya.Tanpa membuang masa Izhar memujuk Baby Girlnya itu dengan mengesat airmata yang berjuraian jatuh ke pipi Mawar dan memberi senyuman paling macho,kalau perempuan lain tengok mungkin boleh mengakibatkan terjun bangunan.Hahhaha !

-------------------------------

   Irfan sedang menonton tv di ruang tamu.Uminya sedang melipat kain sambil duduk di atas sofa yang berdekatan dengan kedudukan Irfan dilantai itu."Dah lama Nayla tak datang rumah Umi,tak sudi ke nak datang rumah ni ?".Tanya Puan Zainab bersahaja kepada anak lelakinya itu."Eh,takda lah Umi dia sibuk sikit,sebab dia ada urusan yang nak diselesaikan katanya".Nyata Irfan kepada Uminya."Urusan apa yang sibuk sangat tu ? Urusan seri paduka baginda ke ?".Tanya Puan Zainab seraya diiringi ketawa kecil."Ntah lah Umi".Jelas Irfan kepada Uminya."Tapi kan Umi,semalam Nayla ada tanya tentang ayah pada Irfan".Terkejut Puan Zainab apabila ayat itu dinyatakan oleh Irfan."Dah kenapa pula dia nak tanya pasal Ayah ?".Tanya Puan Zainab kepada Irfan."Ntah,lepastu bila Fan tanya dia kenapa ? Dia kata takda apa-apa".
Jelas Irfan kepada Uminya itu.Puan Zainab sudah memikirkan macam-macam perkara didalam fikirannya.

          Setelah semua kain selesai dilipat,dia terus mengangkat kain bajunya yang hendak disusun didalam almari naik ke bilik tidurnya di tingkat atas.Sesampai sahaja dia dibilik tidurnya,tanpa berlengah lagi dia pon terus menyusun pakaian tersebut kedalam almari.Sedang asyik
Puan Zainab menyusun dia terpandang satu sudut pada almari itu iaitu sebuah laci yang agak kecil yang mengisi seribu satu soalan dan jawapan.Lalu,Puan Zainab membuka laci itu dan mengambil satu dokumen yang terpampang dengan tajuk besarnya PROPERTY.
Tiba-Tiba matanya menjadi kaca dan pecah,lalu kaca tersebut jatuh keatas dokumen yang dipegang oleh Puan Zainab itu.

--------------------------

"Abang memang tak pernah nak dengar cakap Nab kan ? sebab apa yang abang buat semua abang rasa betul".Marah Zainab kepada suaminya Razak."Abang minta maaf Nab,abang dah lakukan kesalahan besar dalam hidup abang".Kata-kata Razak itu diiringi tangisan mereka suami isteri."Ayah minta maaf ya sayang".Kepala anak yang masih kecik yang masih belum tentang kehidupan ini diusapnya sambil mencium ubun-ubun anak kecil itu.Itulah satu-satunya perwaris Razak dan Zainab."Habis sekarang kita nak buat apa dengan benda ni abang ?".Tanya Zainab kepada suaminya sambil berpegangkan sebuah dokumen ditangannya."Abang akan uruskan Hartanah tu,Nab jangan risau keadilan buat keluarga kita akan abang tegakkan dimuka pengadilan".Nyata Razak kepada isterinya diriingi tangisan dan semangaymr untuk berjuang.Dia terus menarik Zainab kedalam pelukannya dan memberi sebuah ciuman cinta diubun-ubun isterinya itu.Lamunan Puan Zainab terhenti apabila pintu biliknya diketuk oleh anak lelakinya Irfan.Segera dia mengesat airmata yang berlinangan dan menyimpan dokumen itu ditempat asalnya.

          "Umi okay ?".Tanya Irfan yang mahukan kepastian daripada Umi kesayangannya itu."Ya,Umi okay je..kenapa Irfan datang bilik Umi ni ?".Tanya Puan Zainab kepada anak bujangnya itu."Takda apa Umi,cuma Irfan nak tanya satu perkara je dengan Umi".Nyata Irfan tentang hasratnya itu."Tanyalah nak, Irfan nak tanya apa ?".Irfan menarik nafas dalam-dalam sebelum dia ajukan soalan tersebut kepada Uminya."B...betul ke ? A....ayah meninggal kerana k..kemalangan Umi ?".Sungguh susah dia hendak menamatkan ayat dia itu.Terkejut sekali lagi Puan Zainab dengan pertanyaan permata tunggalnya itu."Umi,belum gosok baju Irfan lagi,esok Irfan nak pakai kan ?".Puan Zainab cuba hindar dari soalan itu dengan memberi alasan untuk menggosok baju anak bujangnya itu."UMI,sampai bila Umi nak bersembunyi dengan masalah yang tak akan selesai tu Umi ?".Suara Irfan agak tinggi apabila pertanyaannya cuba tidak diendahkan.Terus sahaja Irfan keluar dari bilik tidur Uminya lalu mengambil kunci kereta Range Rovernya dah terus sahaja meluncur keluar dari kawasan perumahan itu.Dia terasa bengang apabila soalannya tidak dapat dijawab oleh Uminya.Teresak-esak Puan Zainab menangis kerana dia gagal memberi keterangan tentang arwah suaminya kepada Irfan.ALLAHUAKHBAR ! Apa yang sudah jadi dengan keluarga ini ?.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now