BAB 24

320 9 0
                                    

Datin Maria sedang asyik mengemas bag pakaian suaminya untuk dibawa pulang ke kampung nanti.Dia tidak mahu ikut suaminya pulang kerana dia takut dia tidak kuat untuk harungi jika apa-apa yang terjadi semasa di kampung.

"Mar betul taknak ikut abang balik kampung ?".Soal Dato Muaz kepada isterinya.
"Takpalah,abang pulanglah sorang...nanti dah sampai masa yang sesuai kita pulang bersama ye ?".Ucap Datin Maria kepada suaminya yang tampan walau sudah dimamah usia.
"Abang,sebenarnya rasa sesuatu jugak bila makin dekat hari nak pulang ke kampung ni".Luah Dato Muaz kepada Isterinya.
"Bang,semua orang melakukan kesilapan..kita juga melakukan kesilapan tapi siapa kita untuk menghukum diri sendiri..biarlah Allah yang tentukan segala galanya".Luah Datin Maria diringi tangisan.
"Abang minta maaf Mar,kalau benda ni terjadi atas ketamakan abang..ampunkan abang ye Mar ?".Luah maaf dari Dato Muaz tersekat-sekat kerana menahan esakan di bahu isterinya.
"Dah lah bang,perkara yang lepas tu biarlah lepas..kita buka buku baru dan mulakan kehidupan yang baru".Terang Datin Maria.
"Selagi abang tak berjumpa dan terangkan pada budak-budak tu abang takkan tenang".Nyata Dato Muaz.
"Insyaallah,kita doa sama-sama ye bang ?".Ucap Datin Maria kepada suaminya yang sedang bersedih.
Kesunyian kamar tidur mereka dipecahi dengan tangisan suami isteri itu.Semoga segala urusan mereka dipermudahkan !

-----------------------------------

"Izhar,daddy hujung minggu ni ada outstation nanti Izhar tolong tengokkan mummy ye ?".Ucap Dato Muaz kepada anak lelakinya.Tetapi
ucapan Dato Muaz tidak diendahkan,namun Izhar sering senyum bersendirian sambil melihat Iphone 11 pro dia itu."Ishh,kalau dah angau lah,makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi pun tak basah....IZHAR HAKIM".Jerit Dato Muaz yang sedang perhatikan gelagat anak bujangnya itu.Kerana akibat jeritan Dato Muaz Izhar sekali lagi jatuh terjelupuk di atas karpet di ruang tamu akibat tersandung karpet itu sendiri."Adoiiii,daddy ngan mummy sama je suka tolak Iz sampai jatuh tau".Luah Izhar dengan memuncung seperti muncung itik."Manalah kami tak buat macam tu,kalau kamu tu dah angau sangat dengan Baby Girl kamu tu".Terang Dato Muaz kepada anak lelakinya selamba."Ya
daddy Iz dengar ape yang daddy cakap."Jelas Izhar kepada Dato Muaz.
"Tapi daddy nak pergi mana ?".Soal Izhar ingin tahu."Ahh,daddy ada mesyuarat penting di Johor".Jelas Dato Izhar teragak-agak kepada lelaki itu."Ohh okay".Izhar hanya akur dengan penyataan daddynya itu.Matilah Dato Muaz  kalau Izhar tahu tujuannya,sedangkan dia sudah ada perancangannya sendiri.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now