"Apa yang kau janji,apa yang kau buat haa MUAZZZ".Terjahan dibuat oleh Razak."Kau ni kawan ke lawan ?".Dengan rasa amarah soalan itu diajukan."Dah lah Zak,orang dah khianat kita biar Allah je yang membalasnya".Mengalir airmata Muzamil sambil mendukung anak perempuannya itu.Tut ! tut ! tut ! .Terhenti lamunan Dato Muaz apabila telefonnya berbunyi.Apabila dia melihat nama pemanggil di skrin telefonnya itu,Dato Muaz segera mengangkat panggilan tersebut.
"Daddy..daddy,Baby dah terima Iz".Dengan penuh keriangan suara Izhar menjerit-jerit di corong telinga Dato Muaz."Alhamdulillah,ingat Izhar jaga anak orang baik-baik..itu amanah Allah tu".Amaran diberi kepada Izhar."Yes Daddy,Iz akan jaga Mawar macam Iz jaga nyawa Iz sendiri okay ?".Terang Izhar kepada Daddynya itu.Dato Muaz hanya mampu tersenyum gembira sendirian sedangkan hatinya begitu pedih.
"Sayang jom kita balik,esok kita kerja kan ?".Ujar lelaki kacak persis American itu kepada Mawar."Okay,jom balik..awak terima kasih tau sebab buat suprise ni untuk saya..saya takkan lupakan kenangan kita ni sampai bila-bila".Nyata Mawar kepada Tunangnya itu.Izhar melihat Mawar dan tarik Mawar kedalam pelukannya."Sama-sama kasih sayang,apa saja untuk awak akan saya tunaikan..okay Baby".Kali ini Mawar sudah lali dengan panggilan manja Izhar itu dia hanya memberi angukkan menandakan dia okay."Bibir delima yang munggil ini akan saya kucup selepas saya halalkan awak sayang".Izhar bermain-main di bibir munggil milik Mawar itu sambil tersenyum.Mawar benar tidak faham dengan situasi sekarang ini.Adakah dia juga sudah jatuh cinta atau lebih tepat Angau !!
-----------------------------------
Nayla sedang berehat di dalam biliknya sambil berangan mengingatkan kejadian malam kelmarin."Sayang I tau yang u sukar untuk lupakan Iz,tapi u kena percayakan I yang I akan buat u bahagia selama-lamanya
okay ?".Luah Irfan kepada Nayla."Sayang I percaya kan u". Terang Nayla kepada Irfan.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Nayla begitu tertarik dengan penampilan Irfan kerana lelaki ada satu perwatakan yang menarik.Nayla mengusap-usap pipi Irfan dengan penuh kasih.Irfan juga tertarik dengan kecantikan Nayla,kerana Nayla adalah ciri-ciri wanita idamannya,Nayla seorang yang caring tapi manja kalau sewaktu dia tidak sihat lagi menjadi-jadi perangai manjanya.Usia
Nayla dan Irfan agak jauh,Irfan berusia 28 tahun manakala Nayla pula berusia 20 tahun sebaya dengan Mawar Arissa.Tiba-tiba telefon Nayla masuk satu pesanan melalui aplikasi Whatsapp,
Nayla segera lihat Whatsapp dan dia tersenyum gembira kerana Irfan mengajaknya keluar dating.Nayla segera bersiap sebelum Irfan datang mengambilnya di rumah.Dia jadi buntu kerana tidak tahu pakaian apa yang harus dipakainya untuk keluar bersama Irfan.Dan akhirnya dia sudah membuat keputusan untuk memakai pakaian casual supaya tidak berasa panas dan tidak selesa."Sayang,I nak minta u something boleh ?".Tanya Nayla kepada Irfan dengan penuh nada manja."Ya sayang,mintalah I tak marah pon".Jelas Irfan dengan penuh rasa sayang kepada buah hatinya itu."I nak balik kampung I sekejap boleh tak ?".Irfan hanya mendiamkan diri tetapi tangannya tidak melepaskan tangan Nayla yang digenggamnya erat."Sayang,I tanya ni boleh tak ?".Rungut Nayla manja buat Irfan serba salah kerana dia sudah tahu apa hajat Nayla ingin pulang ke kampung halaman arwah ibu bapanya."U nak cari apa lagi Nayla,dah takda apa yang boleh tegakkan keadilan".Terang Irfan kepada Nayla.
"U tak pernah fikir ke pasal Dato Muaz,kenapa masa I kecil dulu dia cuma ambil I seorang je dari rumah anak yatim tu sedangkan I ada adik
dan kerana dia jugalah I sampai harini tak kenal siapa adik I".Terang Nayla kepada Irfan.Irfan hanya mendiamkan diri sekali lagi."Habis,u serius nak balik kampung lah ni ?". Soal Irfan kepada Nayla.Nayla hanya memberi satu anggukkan yang cukup bersemangat kepada Irfan
serta memberi satu senyuman yang mampu membuat Irfan terbabas jika tidak fokus pada pemanduannya.-----------------------------
"Abang,haritu masa kali pertama Izhar bawa Mawar kesini dan pada masa yang sama juga Nayla ada dengan kita,abang perasan tak reaksi Nayla macam mana ?".Tanya Datin Maria kepada suaminya."Manalah abang nak perasan kita tengah layan tetamukan masa tu,lagipun awak ingat abang takda kerja nak tengok reaksi muka orang ?".Seloroh Dato Muaz sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh isterinya itu."Ish,awak ni kan sebab tu saya malas nak bercakap tau dengan abang ni,tak pernah nak serius".Omel Datin Maria kepada Dato Muaz.Suaminya itu hanya tergelak kecil melihat telatah isteri kesayangannya itu."Tapi saya dapat rasakan,yang Nayla syak sesuatu pada Mawar".Terang Datin Maria sambil memandang suaminya yang terhenti menghirup air kopinya itu.Allahu ! hanya allah sahaja yang dapat membantu.
Selesai minum bersama isterinya,Dato Muaz masuk kebilik bacaannya tetapi bukan untuk membaca buku,dia membuat panggilan terhadap seseorang.Siapakah gerangan itu ?.Dato Muaz hanya tersenyum memandang sebuah potret yang diletakannya sebagai perhiasan di atas meja bacanya.Dia termenung agak lama pada potret itu..Dan...
"Muz,kalau kau dah kerja nanti kau nak kerja sebagai apa ?".Tanya Muaz kepada Muzamil."Ehh,aku taknak kerja..aku nak berniaga..aku nak bawa kau bertiga pergi Kuala Lumpur dan kita bisnes di sana".Nyata Muzamil kepada rakannya itu.Muaz hanya senyum dan menggelengkan kepalanya melihat gelagat rakannya itu.kemudian mereka beiringan menuju ke rumah Razak untuk mengajak Razak di tempat biasa mereka menghabiskan masa dengan bermain gitar.Pada hari ini mereka tidak mengajak Hadi bersama kerana Hadi kurang sihat jadi mereka membiarkan Hadi berehat di rumah sahaja."Assalammualaikum..
Razak".Jerit Muzamil memanggil Razak diringi memberi salam."Waalaikummussalam..eh korang..jap ya aku nak kemas barang skit ni..masuk lah dulu".Ajak Razak kepada dua sahabatnya itu."Eh takpa lah Zak kami duduk di luar ni je".Terang Muaz kepada Razak."Ah,okay-okay..tunggu kejap ya ?".Muaz dan Muzamil mengangkat ibu jarinya menandakan okay.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...