Hari ini adalah hari pertama Mawar bertugas sebagai penulis di minggu kedua dan merangkap sebagai tunang Izhar Hakim.Apabila dia teringat atau tersebut nama lelaki itu di dalam hatinya pasti dia akan tersenyum bersendirian."Haa,berangan ehh..tersenyum-senyum..hihihi".Sakat Min yang tiba-tiba muncul dihadapannya."Ishh,Min ni terkejut lah Mawar..
cuba bagi salam dulu ni tak main terjah je".Terang Mawar kepada Min.
Min hanya memberi sengihan kepada Mawar."Alaa,biasanya orang yang tersengih-sengih ni dia tengah teringat dekat seseorang..Ada ke ?".
Sakat Min lagi pada Mawar."Mana ada lah,cuma rasa happy je harini,
sebab dapat masuk kerja".Terang Mawar serta senyuman kecil.Kalau ikutkan hatinya memang dia ingin beritahu Min tentang perkara yang membuatnya bahagia itu tetapi Amaran sudah diterima oleh Izhar supaya merahsiakan hubungan mereka sehingga hari bahagianya tiba.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda satu pesanan telah masuk.
Dia pantas membuka dan menekan aplikasi Whatsapp tersebut dan melihat penghantar pesanan itu.Dia tersenyum bahagia sekali lagi apabila melihat nama penghantar iaitu "Fiance" atau dikenali sebagai Izhar.Mawar terkejut dengan permintaan Izhar terhadap dirinya didalam pesanan ringkas itu.Dah gila agaknya si Izhar ni !"Baby,masuk bilik saya kejap".Minta Izhar melalui pesanan ringkas itu.
"Mana boleh awak,nanti orang perasan macam mana,saya kan takda urusan dengan awak kecuali awak yang arahkan saya masuk..Ishh awak ni suka buat hal tau".Bebel Mawar didalam pesanan yang mahu dihantar kepada Izhar.
"Hmm".Balas Izhar agak hambar kerana jawapan Mawar.
Tiba-tiba pintu bilik Izhar dibuka dari dalam dan..Ya Izhar yang membukanya dengan raut muka yang sangat serius membuatkan Mawar juga takut hendak melihat wajah itu sedangkan wajah itulah yang dirinduinya sejak tadi kerana dia dan Izhar masuk kerja tidak sama waktu jadi mereka tidak dapat pergi kerja bersama.
"Mawar Arissa masuk ke bilik saya sekarang...NOW !".Tegas Izhar kepada wanita yang berdekatan dengannya itu.Terkejut Mawar apabila namanya diseru dengan nama penuh kemudian diarahkan masuk kebilik ketua editor atau merangkap tunangnya sendiri.Mawar hanya mampu akur dengan dan mengambil sebuah buku catatan dan sebatang pena untuk membuat syarat masuk ke bilik lelaki itu supaya petugas-petugas lain tidak fikir yang bukan-bukan tentang dirinya dan juga Izhar.
"Awak ni dah kenapa tiba-tiba panggil saya,nanti kalau staff awak fikir lain macam mana ?".Suara Mawar agak keras kerana tegang dengan perangai Izhar itu."Relaks lah Baby,awak jugak yang cakap kalau kita nak masuk bilik saya kena ada sebab atau terima arahan daripada saya kan ?".Jelas Izhar kepada Mawar serta menghadiahkan senyuman seperti kerang busuk kepada Tunangannya itu.Mawar rasa ingin membunuh lelaki yang ada dihadapannya sekarang ini.Padanya jika nak lelaki macam Izhar,ramai lagi diluar sana.
Mawar malas hendak melayan perangai tunangnya itu."Awak cakap sekarang,awak nak apa,awak ingat saya kerja kat sini nak layan awak je ke ?".Tanya Mawar dengan nada menyampah."Eh,tak Baby kalau awak nak layan saya bukan dekat sini,line tak clear lah Baby".Mawar sudah faham dengan maksud itu dengan pantas dia mengambil fail yang ada di atas meja itu lalu menghempuk kepala Izhar dengan sekuat hati.Izhar terus tersebam di atas meja tidak sedarkan diri."Awak..a..".
Tiba-tiba Izhar mengangkat kepalanya dan mengejutkan Mawar di depannya.Sekali lagi fail itu singgah di kepala Izhar tetapi hanya tawanya sahaja yang pecah suasana."Tak kelakar lah Izhar".Marah Mawar kepada lelaki itu."Alaa sayang,saya nak gurau dengan awak pon tak boleh,ni belum kahwin nanti kalau dah kahwin macam mana ?".
Tanya Izhar kepada Mawar."Dah kahwin tu lain cerita lah,sekarang ni takda masa tau nak bergurau saya banyak kerja nak kena buat".Terang
wanita itu kepada Izhar."Ohh,banyak kerja,takpa-takpa nanti lepas kahwin saya bagi awak kerja sampai awak pon tak mampu nak buat".Amaran diberi kepada Mawar dengan sengihan nakal dikirimkan.
"Suka hati awaklah,itu hak awak saya tak boleh nak buat apa-apa".
Jelas Mawar kepada Bakalnya itu."Wahh,awak bagi saya greenlight ke Baby ?".Tanya Izhar seperti ada lampu hijau dimuka Mawar sekarang ini.Mawar hanyak mengangkat kedua-dua bahunya dijadikan sebagai tanda soal buat Izhar.Izhar hanya tersenyum bahagia dihadapan wanita itu.
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
RomanceMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...