BAB 39

426 7 0
                                    

Hari yang dinanti-nanti oleh Keluarga Dato Muaz telah pun tiba.Mawar Arissa bakal melahirkan pada hari ini.Izhar sudah tidak keruan di hadapan pintu dewan bersalin.Dia kesana dan kesini..kesana..kesini..
tanpa ada hala tuju.Pujukan Dato Muaz meminta dia bertenang juga tidak berkesan.Datin Maria hanya mengelengkan kepala melihat gelagat Irfan itu."Bro kau tenang boleh tak ? kalau kau gelabah macam ni..kami pun akan gelabah juga".Pinta Irfan yang sudah lama memerhati perangai sahabatnya itu.Tetapi kata Irfan itu seperti buih tidak diendahkan Izhar."Aku risau ni,doktor dari tadi tak keluar-keluar dari dalam dewan tu".Luah Izhar akhirnya bersuara."Memang lah,yang dekat dalam tu bukan bini kau sorang,ada bini orang lain juga".Jawab Irfan selamba."Ish kau ni,memang menyakitkan hati btul lah".Marah Izhar dengan gurauan Irfan itu.

Selepas beberapa minit dia tunggu di luar dewan bersalin itu.Jururawat keluar dari dewan tersebut dan menyeru namanya."Encik Izhar Hakim".
Panggil jururawat itu."Ye,saya Izhar Hakim".Mengaku Izhar kepada jururawat itu."Isteri encik dah nak bersalin.Encik nak temankan dia di dalam ke ?".Soal jururawat itu kepada Izhar.Itulah peluang keemasannya untuk merasai pengalaman menemani isterinya."Boleh ke ?".Soal Izhar bendul."Kalau tak boleh saya tak offer awak untuk teman isteri awak".Jawab jururawat itu sambil menggelengkan kepalanya.Irfan melihat adegan itu,dia menepuk dahi sendiri.Adoi,Izhar
Izhar !.

Hampir satu jam Izhar berada di dalam untuk menemani Mawar bersalin.Dia menyaksikan keperitan dan pengorbanan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka.Dia tidak lagi mampu menahan airmata yang dari tadi hanya bergenang di kelopak matanya.Air mata Izhar sebagai seorang lelaki yang kuat dan gagah gugur di medan perang itu.Dia sedang menyaksikan sebuah pengorbanan yang tidak terhingga.Kesaki
tan Mawar tidak dapat dia merasakan akan tetapi air mata Mawar itu cukup jelas menceritakan kepada dirinya betapa sakitnya keadaan yang Mawar tengah hadapi ini.

Selepas satu jam lebih berada di dalam dewan bersalin itu.Syukur
alhamdulillah,Mawar Arissa selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan putih gebu.Bayi seberat 3.2 kg itu telah diazankan oleh daddynya iaitu Izhar Hakim.Mawar mengalirkan air mata gembira melihat Izhar yang mengazankan anak mereka itu dengan penuh penghayatan.Selepas selesai dia mengazankan anak perempuan mereka itu,anak tersebut diletakkan di sisi mummynya untuk disusukan."Sayangku Mawar Arissa,terima kasih tak terhingga abang ucapkan dekat sayang.Abang tak pernah terfikir atau terbayang tentang sebuah pengorbanan seorang ibu.Abang selalu sakitkan hati sayang,ikut kemahuan nafsu abang tanpa fikir apa yang sayang nak ?
apa yang sayang rasa ? tak pernah sekali pun abang tanya sayang penat ke ? sayang okay ke ? tapi bila abang ada dekat rumah semuanya sudah tersedia tak perlu abang minta atau buat sendiri.
Sebab itulah abang tak pernah rasa hendak menghargai wanita dalam hidup abang.Kalau lah kata mak abang ada lagi harini,mesti dia kecewa ada anak macam abang kan ? Abang minta maaf ye sayang..terima kasih lahirkan anak abang..terima kasih sebab jadi tulang rusuk kiri abang..apa yang abang tengok tadi......sumpah abang taknak cari perempuan lain".Di penghujung ayat Izhar membuat Mawar tertawa kecil.Mereka menangis bahagia."Abang ada niat nak cari perempuan lain ke ?".Soal Mawar selamba dengan riak wajah menahan ketawa dengan perangai suaminya."Kalau abang tak masuk dewan bersalin tu tadi,abang ada nak bincang dengan sayang..alaa sayang juga yang untung dapat payung emas".Jelas Izhar selamba,Mawar laju sahaja tanggannya mencubit lengan Izhar sehingga Izhar mengaduh kerana sakit."Adoii,sayang ni garang lah,jangan dengan abang je garang dengan anak pun kena garang juga tau ?".Ingat Izhar kepada Mawar.
"Taulah,sebok je..anak kalau buat hal memang cari rotan..bapak kalau buat hal memang cari pasal".Jelas Mawar sambil membesarkan matanya kepada Izhar.Izhar menghambur gelaknya dengan agak kuat.
Kelakar lah,dah ada anak pun masih ting tong lagi !.

Mawar kini akan memulakan hari pertamanya berpantang di rumah agam Dato Muaz,kerana permintaan itu dibuat oleh Datin Maria kepada Izhar.Harini Mawar dibenarkan pulang,sesampainya dia,Izhar dan anak mereka di rumah agam itu.Mereka disambut begitu meriah oleh kedua orang tuanya itu.Mawar menahan rasa berat didada kerana terharu.
Mawar terus sahaja dibawa ke kamar tidurnya dengan Izhar untuk merehatkan diri yang terasa letih yang amat.Izhar membuntuti isterinya sehingga ke bilik dan diletakkan anak kecil mereka itu di sisi Mawar."Iz,ingat..jangan buat yang bukan-bukan dekat Mawar kamu kena puasa 100 hari".Jelas Datin Maria kepada Izhar."Haa,100 hari,lamanya..mana boleh tahan".Selamba saja ayatnya itu keluar dari mulut dan Datin Maria menjegilkan matanya."Suka ataupun tidak,tiada alasan untuk kamu bersama dengan Mawar..FAHAM ?".Penegasan diberi oleh Datin Maria.Izhar hanya memuncung dan diam.Mawar tertawa dengan kerenah suaminya itu.Alahai,Izhar !.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now