BAB 8

462 11 0
                                    

Izhar terjaga dari tidurnya,apabila dia mencelikkan matanya dia sudah tersengih seperti kerang busuk seorang diri.Dia terus bangun dari pembaringannya sambil lalu mencapai tuala mandi yang tersidai di tempat penyidai tuala dan masuk kedalam bilik air untuk memebersihkan diri.Harini pakaiannya agak berlainan sedikit,dia akan keluar bersama Mawar pada hari ini.Dia akan membawa Mawar ke suatu tempat dan membuat kejutan buat Mawar A.K.A Baby Girl.

"Mana Izhar Mar ?".Tanya Dato Muaz kepada isterinya yang sedang menyiapkan sarapan pagi buat Dato Muaz dan anak lelakinya."Ada dekat atas belum turun lagi,kejap lagi turun lah tu".Jelas Datin Maria kepada suaminya."Hmm,abang makin risau tentang masalah kita ni Mar".Dato Muaz meluahkan rasa hatinya kepada isterinya yang sedang giat menyediakan sarapan buatnya dengan wajah yang amat risau."Habis kita nak buat apa bang ? Itu pilihan Iz,takkan kita nak halang pulak bang ?".Nyata Datin Maria kepada suaminya dengan rasa agak risau.Keluhan demi keluhan diberi oleh suami isteri itu.

"Morning Mummy,morning Daddy".tegur Izhar sebaik sahaja dia melangkah ke pintu dapur untuk mensatapi sarapan yang sudah disediakan oleh Mummynya."Amboii,bukan main lagi dressup kamu Iz ?".Tegur Datin Maria kepada anak bujangnya itu."Of course lah Mummy nak bawa Baby pegi satu tempat..supriseee".Ujar Izhar dan selamba sahaja membahasakan bakalnya itu sebagai Baby kepada kedua ibu bapanya tanpa rasa malu.Jika Mawar yang berada disitu sudah tentu Izhar akan kena cubit ketam versi Baby hahaha.

Izhar sudah bersedia dengan kata-kata yang akan diucapkan kepada Mawar apabila mereka tiba di destinasi.Mawar yang berada di sebelah hanya menyepikan diri sahaja."Sayang,awak okay tak ?".Tanya Izhar apabila kelihatan Mawar hanya membuang pandangannya keluar tingkap sahaja."Emm,saya okay je".Mawar hanya membalas ringkas dan menghadiahkan sekuntum senyuman yang amat tertarik buat para lelaki tetapi kini segala tentang Mawar akan menjadi milik Izhar seorang.

"Okay sayang,dah sampai..jom Baby".Ajak Izhar kepada Mawar setibanya mereka di sebuah destinasi yang menjadi impian Izhar semenjak dia berjumpa dengan Mawar."Awak,tempat ni memang takda orang ke ?".Tanya Mawar apabila dia perasan yang tempat itu hanya dikunjungi mereka berdua sahaja."Takda Baby,sebab tu saya bawa awak ke sini".Senyum nakal tersungging di bibir Izhar.Mawar sudah menunjuk riak menyampah.Izhar pecah ketawa di sebelah Mawar.

"Sayang,saya rasa bahagia sangat bila ada disisi awak sayang".Luah Izhar kepada Bunganya itu."Eh,sepatutnya saya yang luah perasaan macam tu dekat awak tau,awak tu tiba-tiba je layan saya dengan baik lepastu terus masuk melamar,sampai harini saya masih tak tahu punca, macam mana awak boleh tergila-gilakan saya tau".Jelas Mawar kepada Izhar."Eh,perasan pulak kita tergilakan dia".Usik Izhar kepada Mawar.Merah padam muka Mawar bila diusik sebegitu oleh lekaki disebelahnya ini."Kalau awak nak tahu macam mana saya boleh angau dekat awak Baby,lepas majlis akad nikah pastu kita masuk je bilik masa tu saya akan beritahu".Senyuman nakal dihadiahkan kepada wanita idamannya itu."Tak payah lah cerita sampai dalam bilik bagai".Ujar Mawar sambil memberikan satu jelingan maut kepada Izhar,tetapi lelaki itu tidak pernah kisah malah kelakuan Mawar itu membuat dia berasa lucu.

Tiba-tiba Izhar melutut di hadapan Mawar,Mawar terus bangun berdiri kerana terkejut dengan tingkah laku Izhar itu."Mawar Arissa Binti Muzamil,sudikah engkau menjadi permaisuri hatiku ?".Soalan romantis itu diajukan kepada Bunganya itu."Arghhh,YES !!!".Jawab Mawar diiringi jeritan kecil darinya dan air mata tanda terharu dengan kelakuan Izhar itu."Thank you Baby Girl sebab sudi terima saya dalam hidup awak".
Izhar turut mengalirkan airmata dan berpelukan dengan Mawar.Mawar juga membalas pelukan Izhar itu.Lamaran yang romantis itu bersaksikan batu,ombak dan pasir pantai disitu.

My Baby Girl [COMPLETE]Where stories live. Discover now