3 bulan kemudian...
Dato Muaz kini kerap pulang ke kampung halamannya untuk berjumpa dengan sahabatnya Jalil.Tetapi kini,dia tidak kerap pulang kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak lelakinya Izhar Hakim bersama pasangannya Mawar Arissa.Mereka bersungguh untuk menjayakan majlis tersebut.Izhar kerap tiada dirumah kerana dia akan bercuti panjang selepas perkahwinannya nanti.Begitu juga dengan Mawar.
"Hai Baby,u kat mana ? jom lunch ?".Ajak Izhar kepada Mawar."Sorry awak,saya bukan taknak keluar dengan awak majlis kita dah tak lama lagi so saya taknak kerap keluar dengan awak bak kata orang tua hilang seri nanti..hihihi".Terang Mawar dan menghadiahkan tawa kecil di hujung panggilannya."Ohh,okay lah takpa saya faham".Izhar terus mematikan panggilan dan mengelamun seketika sehingga pintu biliknya diketuk oleh seseorang yang membuat lamunannya terhenti.
"Hai bro,wei pahal Bride to be ni mengelamun ni ?".Soal Irfan yang seraya masuk ke bilik kerja Izhar itu."Ingatkan tunang lah takkan ingat kau pulak".Jawab Izhar sakat Irfan."Wei Fan,kau taknak bawa Nayla jumpa Mawar ke ? majlis kami dah nak dekat tinggal lagi beberapa hari je".Luah Izhar."Kau tanya lah Nayla,tanya aku buat apa ?".Jawab Irfan yang boleh membuatkan Izhar naik gila."Kau perangai jangan macam haram boleh tak ? takkan aku yang nak pergi tanya ? kau yang 24 jam berkepit macam laki bini tanyakan lah..susah ke ?".Marah Izhar dalam nada bersahaja.Irfan tergelak tengok reaksi Izhar itu."Nanti aku cakap dengan Nayla".Terang Irfan kepada Izhar.Tok ! Tok ! Tok !
Pintu diketuk menandakan seseorang ingin masuk kedalam bilik itu.Irfan menoleh ke arah pintu yang terbuka itu dan...terjegul tubuh Mawar Arissa,gadis yang pernah dia permainkan suatu masa dahulu.
Mawar juga terkejut melihat wajah yang tidak lama dia lihat itu."Masuk sayang".Arah Izhar dengan panggilan yang manja itu kepada bakal isterinya.Sebenarnya Izhar sakit hati melihat adegan drama yang berada di hadapan matanya sekarang."Awak,awak kena tandatangan ni".Jelas Mawar kepada Izhar."Sayang,awak balik awal lah harini,nanti saya belikan makanan untuk awak okay ?".Soal Izhar dihadapan Irfan,Irfan hanya menyeringai melihat gelagat sahabatnya itu."Bunga sihat ?".Soal Irfan kepada Mawar tiba-tiba.Terkejut Mawar dengan panggilan yang digunakan oleh Irfan itu,sudah lama panggilan itu dikuburkan."Awak nanti jangan balik lambat tau,jangan asyik keluar jumpa KAWAN je".Pesan Mawar kepada Izhar yang menekankan ayat Kawan itu dan langsung tidak mempedulikan pertanyaan Irfan kepada dirinya."Okay sayang,awak boleh keluar".Arah Izhar.Mawar melajukan langkahnya supaya dapat keluar cepat dari bilik itu."Cari pasal ke bro,dah lama hidup ?".Soal Izhar dengan nada gurau tapi serius."Rileks ahh,dia bukan jawab pun apa yang aku tanya ?".Irfan membidas soalan Izhar itu.Mereka terus mendiamkan diri masing-masingPetang itu,Irfan membuat kata putus untuk ke rumah Nayla.Dia sampai dihadapan rumah terus memarkir keretanya.Dia keluar dari isi perut keretanya."Hai,sayang..tak keluar ke harini ?".Soal Irfan kepada Nayla yang datang dari arah pagar rumah untuk menyambut kedatangannya itu."Malas lah yunk,tak tahu nak kemana".Jawab Nayla yang sudah pun merangkul lengan Irfan sebaik sahaja lelaki itu masuk kedalam kawasan pagar."U,mesti ada benda nak bagitau dekat I kan ?".Teka Nayla dengan kehadiran Irfan itu."Tak,I ada benda nak tanya u".Jawab Irfan jujur.Nayla sudah pening dengan penyataan Irfan itu,setahunya dia tidak buat Irfan marah.Pening kepala Nayla dengan Irfan ni !.
"Sayang,air u".Hulur Nayla secawan air sejuk kepada lelaki itu."U nak tanya apa ?".Soal Nayla sambil menghirup minumannya itu."Bila u nak jumpa Mawar as adik u ? Majlis dia lagi beberapa hari je..u tak fikir pasal hati dia..everytime dia akan cakap dengan Iz yang dia harap kakak dia ada masa majlis nikah dia tu nanti".Jelas Irfan pada Nayla.Terkedu Nayla dengan penjelasan Irfan itu."Yeke,dia cakap macam tu ?".Soal Nayla seolah tidak percaya dengan apa yang dia dengar."Lahh,buat apa I nak tipu..Iz sendiri yang cakap kat I and mintak I cakap dekat u".Nayla hanya mampu menangis dengan permintaan Mawar itu,kerana dia tidak sangka yang Mawar ingin berjumpa dengannya."Sayang I nak jumpa adik,pleaseee".Pinta Nayla supaya hajatnya ditunaikan."Bila,u nak jumpa sebelum dia kahwin ke ?".Soal Irfan ingin kepastian dari kekasihnya."YES,I nak siapkan barang kahwin untuk dia,I nak jadi seorang kakak yang baik untuk dia".Terang Nayla dalam tangisan yang deras.Irfan berasa sebak,mana tidaknya perpisahan yang berlaku dari kecil akan disatukan tidak lama lagi.Irfan terus menyeka air mata Nayla yang jatuh di pipi dan mengucup dahi wanita kesayangannya itu.
Pada Hari jumaat,keluarga Dato Muaz sudah sibuk dengan persiapan untuk majlis anak lelaki tunggalnya Izhar Hakim.Pada hari ini,berkumpulnya sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.Datin Maria sedang ralit melayan Mawar yang akan menjadi menantu keluarganya itu.Tiba-tiba muncul Nayla dan Irfan di muka pintu rumah itu."Ehh,Nayla.
Aunty ingat Nayla tak datang tadi,Irfan sihat ?".Soal Datin Maria.
"Alhamdulillah,sihat aunty..aunty makin kurus je Fan tengok ?".Sakat Irfan kepada Datin Maria."Ishh,pandai lah kamu ni".Datin Maria hanya mampu tertawa dengan sakat Irfan itu."Aunty,bakal pengantin takda ke ?".Belum sempat Datin Maria menjawab soalan Nayla itu,ada satu suara yang menyapa mereka bertiga."Hey bro,wassap..aku ingat kau dah lupa jalan rumah ni ?".Gurau Izhar."Mana boleh lupa,bunga kan waste aku".Sakat Irfan kepada sahabatnya itu dan membuat riak wajah yang nakal."Woii,kau jangan cari nahas ehh..jangan sampai aku tak buat kenduri kahwin..aku buat kenduri arwah untuk kau".Jawab Izhar dengan nada tak puas hati.Irfan hanya tertawa dengan kerenah sahabatnya itu.
"Mawar mana ?".Soal Nayla yang berdiri tegak seperti tiang di antara Izhar dan Irfan."Ohh,jap eh I panggil Mawar".Jelas Izhar yang terus sahaja mendapatkan bakal isterinya itu.Setelah beberapa minit dia menghilang,kini dia muncul bersama Mawar.Mawar terkejut dengan kehadiran Irfan dan...Nayla ? Mawar sehingga hari ini tidak tahu yang Nayla ialah kakak kandungnya.Irfan tersenyum melihat Mawar.Tetapi Mawar memberikan jelingan maut kepada lelaki itu."Nayla,I kenalkan My future...Mawar Arissa Binti Muzamil.Terang Izhar kepada Nayla yang sudah pun bergenang air mata kerana tidak dapat lagi menahan sebak."And u,Mawar I kenalkan Nayla Marissa Binti....Muzamil".Terkejut Mawar mendengar nama akhir itu.Adakah ini orang yang dicari selama ini.Terus sahaja dia memeluk Nayla erat didalam dakapannya disaksikan Irfan dan Izhar yang berada di sisi mereka."Akak..Akak...ya allah akak Mawar ya allah".Melaung-
laung Mawar panggil Nayla dengan panggilan akak.Luluhnya hati Nayla melihat reaksi adiknya itu,hanya allah saja yang tahu."Akak minta maaf adik,akak gagal jadi akak yang baik".Luah Nayla yang tengelam dalam esakanya itu."Akak janji jangan tinggalkan adik lagi".Soal Mawar sambil menyeka air mata keramat itu."Adik yang nak tinggalkan akak esok".
Gurau Nayla kepada Mawar.Nayla tersenyum bahagia.Apa yang diimpikan selama ini,sudah pun tercapai.Terima Kasih ya allah !
YOU ARE READING
My Baby Girl [COMPLETE]
عاطفيةMawar Arissa - seorang remaja perempuan yang tiada ibu dan tiada bapa,tetapi selalu ingin mengecapi kejayaan buat dirinya sendiri.Dia tidak diendah oleh makcik saudaranya dan dihantar ke rumah anak-anak yatim sewaktu kecil lagi. Izhar Hakim - lelak...