Part 1: Anak Kampung

2K 27 1
                                    

Aku anak kampung. Kerjaku adalah hari-hari ke sungai. Di situlah sumber pendapatanku. Menangkap ikan. Mengail, bertaut, menjala, menyelam, menahan bubu buluh dan menahan pukat adalah kemahiranku. Aku tidak seperti mana anak kampung yang lain, mereka lebih mengemari berkebun dan bekerja jadi kuli di mana-mana.

Bagi aku berkerja dengan cara ini aku lebih seronok. Walaupun hasilnya tidak seberapa. Ia adalah kerja yang menghiburku. Sungai itu sudah menjadi sebahagian dari hidupku. Aku tidak kisah pun bermain di sungai itu berseorangan. Pasal keselamatanku? Aku kategori sudah bisa tegal biasa.

Segala lubuk di sungai itu sudah aku jajahi. Kalau yang lain takut ke sungai di waktu malam, aku pula lagi seronok di waktu malam. Bukan apa, ia lebih tenang bersama bunyi cengkerik dan siulan unggas malam. Suasana semula jadi itu menjadikan aku memang sangat rasa tenang.

Apa yang kutakut, hanya kategori serangga dan ular berbisa. Bukan tidak pernah kena sengat dengan lipan, malah kena patuk ular pun aku pernah. Patukan ular berapa kali dah. Ingatkan diri mati semasa kena patuk dengan seekor ular jenis berbisa dulu. Tapi ia tidak pernah mematahkan semangat perjuanganku menjajah terus sungai itu. Kadang-kadang terasa lali sudah dengan patukan ular. Mungkin sudah biasa sangat kot.

Orang kampung dan yang tua-tua tu sudah berapa kali menasihatiku supaya jangan berseorangan ketika ke sungai. Sebab bahaya kita tidak tahu mengundang bila-bila masa. Ucapan mereka umpama mencurah air atas daun keladi. Memang tidak pernah aku perdulikan. Bukan degil. Tapi sungai itu sudah menjadi hidup aku. Rezeki aku juga di situ. Sampai satu tahap, mereka tidak lagi menegur atau melarang aku dengan aktiviti ku.

"Kau ni memang takda kerja lain dah boleh buat ka? Berkebun ke, buat kolam ikan ke, takpun berkerja di mana-mana mengambil upah ke, semua tu juga boleh jadi punca rezeki" ujar pakcikku sendiri menasihatiku. "Entahlah, tidak terdetik dalam hatiku ingin meninggalkan sungai pakcik" balasku bersahaja sambil menyedut asap rokok daun rumbia berintikan tembakau jawa.

Memang aku tidak pernah bosan dengan aktiviti di sungai. Silih berganti aktivitinya, kalau air sungai penuh akibat hujan, aku akan menahan pukat dan bubu, kalau airnya setengah tebing taut pula ku tahan, kalau sungai musim kemarau yang itu lagi seronok segalanya boleh dilakukan.

bersambung...

teruskan bacaan di http://retakunsi.blogspot.com/p/dimensi-dua-dunia-part-isteriku.html

Isteriku Siluman UlarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang