━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
57 parts