𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna gagal menjadi seorang abang. Aku cuma mampu berharap dia masih hidup. "Adik kat mana sekarang? Aku rindu sangat nak jumpa kau." Pandangan beralih pula pada beberapa keping keratan surat khabar yang dilekatkan di dinding. Terpampang berita Waterback bertukar menjadi beberapa buah pulau. Hanya kerana sebuah roket yang dilancarkan tanpa sebarang sebab. "Dia pun masih hidup ke?" Baru saja kepala mula menyelongkar, mengingati siapa kenalan aku di sana, sekali lagi sakit kepala ini menyerang. Aku menahan kepala dari terhempap meja sendiri. Aku menatap sebuah diari, milik seseorang bernama Syafiqah Syahira. Itu satu-satunya bukti yang aku ada, bahawa Syafiqah Syahira itu memang wujud. Cuma... siapa dia? Aku betul-betul nak tau, macam mana aku boleh ada diari ni? Macam mana aku boleh kenal dia? Started : 29 October 2020 Ended : 18 September 2022 No plagiat please. Thank you. Special thanks: A.Z.K.Z❤️ SNBS❤️ & CM❤️ CN❤️