Disebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan dia menjadi milik aku untuk kesekian kalinya. Aku gembira. Aku sangat bahagia. Tapi kebahagiaan itu tidak kekal lama. Kerana tentangan keluarga, kami terpaksa berpisah. Selepas beberapa bulan, dia dapat mencari pengganti aku. Seorang wanita yang dapat tenangkan hati dia saat hati dia gundah. Wanita yang boleh membuat dia tersenyum saat hatinya sedang sedih. Pendek kata, wanita itu adalah wanita yang sentiasa ada saat susah dan senang dia. Aku disini hanya mampu menunggu dan lihat sahaja. Tidak mengapalah wahai hati... aku tahu engkau kuat. Bertahanlah hingga ke akhirnya. ***** CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. INSHAALLAH TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA. TERIMA KASIH.