49 - Hambar

439 10 2
                                    

SUNYI. Sufea sendirian menyambut ulang tahun perkahwinannya. Hanya duduk bersimpuh beralaskan sejadah menghadap kiblat. Curahan airmata makin kering. Namun pipinya basah semula apabila teringat kemanisan kenangan di Sabah.

"Allah, KAU tahu aku kuat untuk ujianMU ini. Tapi aku masih mencari di manakah kekuatanku. Jika aku bertemu kekuatanku, mampukah aku menggalasnya tanpa aku derhaka?"

'Adz, andai ada masih kasihmu, tidakkah kau belas padaku? Kau biarkan aku sendirian menempuh kesaratan mengandung anakmu. Kau benar-benar tidak kasih padaku lagi. Tanya khabarpun tidak, apalagi untuk melawat aku.'

Sufea menangis lagi.

"USU, tak tidur ke?"

"Kenapa umi?"

"Mata tu hah, nampak panda sangat. Buh makeup sikit tutup gelap mata tu."

"OK umi."

"Buat apa semalam? Tak tidur langsung ke?"

"Taklah. Terbangun semalam. Lepas tu buatlah tahajjud sikit."

"Selama mengandung ni, Usu tidur lewat malam ke? Jaga kesihatan tu. Tidur awal, kalau terjaga, kalau nak solat, solat. Kalau tak, tidur semula. Baby tu karang ngikut perangai mak dia suka tidur lewat malam."

"Taklah selalu. Kadang-kadang saja."

Hajah Kalsum sangsi dengan jawapan anak bongsunya tetapi cuba meyakinkan hatinya. Dia berusaha mahu mencungkil isi hati anak perempuannya.

"Usu dan Adz ada masalah ke?" tanya Kalsum.

"Tak adalah umi." Pantas Sufea menjawab.

"Takkanlah. Selama hampir sebulan Usu duk dekat Tanjong ni, tak ada pun dia datang melawat? Masa Usu kat Sabah, dia yang duk Johor tu, ada la dalam dua kali dia datang sini sejak kami pindah. Siap tolong kemas rumah lagi. Sekarang ni, tak ada pula."

"Sibuk umi. Banyak dia kena audit." Sufea memberi alasan yang entah betul atau entah tidak.

"Usu pula, ada tak pegi rumah mentua?"

Sufea terdiam sejenak.

"Usu fikir nak singgah hari ni. Ada Usu cuba singgah seminggu lepas balik hari tu tapi tak ada orang."

"Jangan tak singgah pula. Kamu tu tak lama lagi nak bersalin."

Sufea akur sahaja.

SUFEA menunaikan hasratnya. Selesai waktu pejabat, Sufea singgah ke rumah mentuanya. Kehadirannya disambut dengan gembira oleh Zulaikha.

"Ya Allah menantu mama ni. Balik dari Sabah tak singgah-singgahpun jenguk mama." Ada sedikit nada merajuk dari mak mentua Sufea.

"Ada singgah mama minggu lepas tapi tak ada orangpun. Fea taklah mesej papa dengan mama. Mana tahu ada function." beritahu Sufea.

Wajah Zulaikha berubah. Sufea tidak membuka mulut untuk bertanyakan kenapa. Dia terus menunggu Zulaikha membuka bicara.

Tangan Sufea digenggam erat. Perut Sufea diusap. Tiba-tiba terdengar sedikit esakan.

"Ma... Kenapa ni?" Sufea tidak betah.

"Fea, mama minta maaf atas apa yang Adz buat pada Fea. Mama sendiri tak sangka, semuda begini usia perkahwinan kamu..."

"Ma..." Sufea mematikan ayat Zulaikha. Dia seakan mengerti pokok ceritanya tetapi masih samar-samar.

"Mama sayang, Fea" Sufea dipeluk. Sufea membiarkan saja. Seketika kemudian, pelukan itu terlerai.

"Ma, kenapa ni?" Sufea benar-benar tidak selesa.

"Fea dah izinkan Adz kahwin lagi satu, kan?" Sufea hanya mengangguk perlahan. Dia tidak terkejut cuma tidak menyangka. "Kenapa? Fea tak pertahankan Adz? Fea tak sayangkan hubungam kamu? Anak ni?"

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now