15 - Jadi!

241 10 5
                                    

SUDAH seminggu peristiwa itu berlalu tanpa sebarang khabar. Masing-masing berdiam diri. Sufea dan Adzrul tiada apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah. Hari yang ditentukan untuk merisik pula semakin hampir.

Kalsum pula, sejak Sufea memberitahu Adzrul adalah kekasihnya, dia sudahpun memberitahu Ustazah Rubinah bahawa anaknya telah berpunya. Majlis merisik untuk Qayyum tidak akan berlangsung. Ia digantikan oleh risikan dari keluarga Adzrul. Tetapi, kata Kalsum, jika pihak Adzrul, tidak jadi merisik Sufea, Kalsum pula yang akan merisik Qayyum untuk Sufea.

Seram sejuk Sufea rasa dengan 'ugutan' uminya.

Sekarang, Sufea hanya mampu bertawakal menunggu jawapan dari Adzrul.

Jazlan? Masih tiada khabar yang diterima. Sufea tidak akan menunggu lagi.

Hari ini adalah 14 haribulan Februari. Hari yang tidak pernah Sufea lupakan setiap tahun. Jika tidak meraihkannya, Sufea akan menelefon dan mengucapkannya. Ucapan selamat untuk Adzrul Firdaus bin Hashim. Hari ini adalah hari ulang tahun lelaki itu yang ke 26.

Sehingga jam 10 malam, Sufea belum lagi mencuba untuk menelefon Adzrul. Ada sesuatu yang menghalangnya. Sufea juga tidak berada atas talian dalam laman sosial Facebook atau Perfspot. Rasa malas dan tidak mahu, memberatkan hatinya untuk menghubungi Adzrul. Sufea mahu Adzrul menghubunginya sedangkan ini adalah hari untuk Adzrul.

Uhh!

Masa semakin berlalu. Sufea hanya memegang telefon bimbitnya. Ada niatnya untuk menghantar mesej tetapi selesai ditaip, Sufea akan memadamnya semula.

Dia melihat jam dinding. Tik tok tik tok. 11.45 malam. Matanya buntang. Dia baru sedar, masa begitu cepat berlalu. Dalam tempoh sejam lebih, tidak ada apa yang dilakukannya selain duduk di atas katil dan memikirkan Adzrul.

Nombor Adzrul segera ditekan. Pun begitu, jarinya seakan keras untuk menekan punat panggil.

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Jauhilah aku dari rasa takut dan sangsi berpanjangan," doa Sufea.

Hampir seminit juga, barulah jemarinya lembut menekan punat panggil. Sebaik telefon ditekap di telinga, dalam hati Sufea bergema menyebut nama Allah SWT memohon agar Adzrul dilembutkan hati.

"Assalamualaikum," Adzrul pula yang memberi salam sebaik panggilan diangkat.

"Waalaikumsalam," jawab Sufea penuh getar.

"11.58 baru call?," Sufea tidak menjawab "Want be a last person to wish ke?"

"Hmm... Happy birthday, Adz. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT," lembut sahaja suara Sufea.

"Thanks. Err... aku kat rumah ni. Tadi celebrate with whole family. Dan..." Adzrul terhenti bicara membuat Sufea berasa hairan.

"Dan?," Soal Sufea.

"Aku nak jumpa kau boleh?"

"Sekarang?"

"A'ah,"

"Iskh, gila ke apa? Esok ajelah."

"Aku kat depan rumah kau."

Sufea segera ke tingkap dan menyelak langsir. Adzrul sudah melambai-lambai ke arah Sufea.

"Adz ni, mengada tau."

Sufea mematikan talian. Dia segera turun dan bertemu Adzrul. Dari jauh Adzrul memberikan senyuman yang cukup manis.

'Hmm... kalau dalam drama, mesti lagu Elite tu dah diputarkan. Oh manisnya, manisnya senyumanmu'. Sufea ligat memikirkan jejaka yang berada di luar pagar.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now