9 - Harapan

254 6 3
                                    

TASHA nekad berubah. Sejak tidak dilayan dengan sebaiknya oleh Jazlan, Tasha terus tidak menghubungi Jazlan. Dia belajar untuk melupakan kesakitan yang ditimbulkan oleh Jazlan. Malah dia belajar untuk bagaimana Jazlan akan senang untuk berdamping dengannya.

Ketika Jazlan melakukan tugasan luar daerah, Tasha akan datang ke rumah Jazlan mengikut kelibat bakal abang iparnya, Johari. Tambah pula, Dia mengambil peluang untuk mengenali lebih dekat siapa Jazlan.

Tidak pernah timbul perasaan malu dalam hati Tasha. Apa yang paling utama adalah untuk merealisasikan apa yang dia mahu. Jika dia tidak mampu untuk menghampiri Farid mahupun memiliki lelaki itu, Jazlan adalah orang yang akan menggantikan tempat itu.

Biarlah hanya dia yang tahu strategi serampang dua mata yang sedang dilakukannya. Rakan baiknya, Julia mahupun Jane tidak akan tahu apa yang sedang dia rancangkan.

"Kak Jah, ada tak Jazz pernah bawa girlfriend dia datang sini?" soal Tasha lembut kepada pembantu rumah Jazlan.

"Girlfriend? Kak Jah tak tahu pula dia ada girlfriend. Tak pernah tunjuk pula kat Kak Jah. Cuma Kak Jah tahu dia ada berkawan dengan seorang gadis ni. Kalau tanyapun, Jazz akan cakap masih peringkat mengenal hati budi masing-masing." Beritahu Kak Jah.

Fikiran Tasha mula ligat memikirkan bilik Jazlan. Ketika pertama kali memasuki bilik lelaki itu, tidak pernah pula dia nampak sebarang gambar wanita pada meja atau dinding bilik.

"Kak Jah tahu nama dia?"

"Fea, kot. Nyza yang selalu menyakat abang dia tu, selalu je sebut nama Fea."

Tasha mengangguk kepala. Dia ingin tahu sedalam mana perasaan Jazlan pada gadis yang bernama Fea itu.

"Kak Jah, lama tak Jazz gi JB?"

"Esok lusa baliklah kot. Kenapa?"

"Dah lama tak jumpa dia. Susah betul nak jumpa dia sekarang ni."

"Entahlah sampai bila dia nak bekerja dengan orang. Ayah dia tu dah lama tunggu."

"Kenapa agaknya dia tak nak kerja dengan uncle?"

"Jazz kata dia nak cari pengalaman yang sesuai dengan apa yang dia belajar. Bila masuk company family, dia terpaksa fikir pasal business."

Tasha hanya mengangguk perlahan.

Walaupun pembelajaran pemasaran tidak jauh dengan perniagaan namun ianya tetap berbeza. Tasha sendiri memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dua tahun lalu. Cuma sekarang dia belum ada niat untuk berkerja dengan ayahnya. Malah dia lebih berminat bidang lain.

"Kak Jah, apa yang Jazz tak suka ya?" Tasha mengorek lagi.

"Tak suka apa?"

"Apa-apa sajalah. Perangai ke, makanan ke."

"Jazz tak suka orang paksa dia. Kalau dengan famili, macam dia boleh tolak ansur lagi tapi tak dengan orang lain. Kalau makanan, setakat ni tak ada pula." Tasha mengangguk perlahan.

'Patutlah hari tu aku goda dia, dia tak suka. Hmm... Tak suka kena push rupanya. Orang yang tak suka kena push ni, memang ada sikap pentingkan perasaan sendiri'. Tasha berbicara dalam hati.

"Tasha!" Panggil seorang perempuan dari ruang tamu.

Tasha segera menyahut dan segera meninggalkan Kak Jah.

"Kenapa, kak?" soal Tasha setiba di ruang tamu.

"I am done, you?"

"Sekejapnya." Tasha membuat memek muka.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now